Quantcast
Channel: Mawardi Yunus
Viewing all 1027 articles
Browse latest View live

HARGA MEE SERENDAH RM1.90 DI BOAT NOODLE

$
0
0
HARGA MEE SERENDAH RM1.90 DI BOAT NOODLE | Dah lama rasanya MY meginam nak makan di Boat Noodle, Alhamdulillah selepas Majlis Amal Berbuka Puasa di Klang Parade tempoh hari Blogger Mek Onie bawak MY dan rakan-rakan untuk tapau air teh di Boat Noodle. *what!!!! takkan semata-mata untuk teh ais je kot kan?. Tapi korang jangan melatah dulu, kerana teh ice ni la MY dan Blogger Penaberkala sanggup turunTimesSquare untuk berbuka di Boat Noodle tau. *ha nampak tak pengaruh dia macamana?.Selagi tak dapat kami tak nak balik katanya. hehehe.
Kemeriahan Boat Noodle Time Square
Kemeriahan Boat Noodle Time Square
MINUMAN PILIHAN DI BOAT NOODLE | Memandangkan sebelum ni di Klang Parade kami dah cuba Cha-Yen (Thai Ice Tea) (B01) yang berharga RM 6.90 kali ni kami memilih Ice Blended Thai Tea (B14) yang berharga RM 8.90 pula. Kedua-dua air ni memang tidak mengecewakan tekak ni.
Ice Blended Thai Tea
Ice Blended Thai Tea (B14) – RM 8.90
Selain dari  Cha-Yen (Thai Ice Tea) dan Ice Blended Thai Tea , Boat Noodle juga mempunyai pilihan minuman popular lain seperti Ice Blended Thai Green Tea (B15) (RM 8.90) dan Ice Blended Thai Coffee (B16)  (RM 8.90). Bagi mereka yang sukakan pada minuman segar, bolehlah mencuba Ice Blended Thai Coconut dengan harga RM 8.90.

Apa yang boleh MY katakan  Ice Blended Thai Green Tea cukup berbeza dengan minuman green tea yang pernah MY minum sebelum ni. Ianya cukup lemak manis dan sedap. Tak rugi juga kalau nak try.

MAKANAN BOAT NOODLE | Bila sampai bab makanan ni. Semua sudah sedia maklum dengan signature hidangan di Restoran Boat Noodle ni. Disini dikatakan terdapat 4 jenis mee, 2 jenis hidangan nasi dan 9 jenis makanan sampingan. *memandangkan kami dah keyang, kami sempat oder mee sahaja.
Mee
Jenis mee yang korang pilih bergantung kepada jenis kuah serta bahan utama sama ada ayam atau daging.

Ayutthaya | Resipi ini berasal dari wilayah Ayutthaya dekat Bangkok dan mempunyai rasa sengit berdasarkan kuah sup berkrim gelap yang mempunyai lebih kurang sepuluh jenis herba. Kuahnya mempunyai konsistensi yang lebih tebal daripada Pathumthani dan berwarna keperangan. Mempunyai rasa sedikit kepedasan.

Pathumthani | Resipi Pathumthani menggunakan kicap pekat dan mempunyai rasa masam dengan rasa pedas yang halus. Dibuat dengan kira-kira 19 herba, ia juga mengandungi lima jenis serbuk rempah, bunga lawang dan kulit kayu manis.

HARGA MEE SERENDAH RM1.90 | Jangan terkejut kalau MY katakan bahawa mee dia berharga RM1.90 semangkuk. *what!!!! RM1.90 sen je? Dengan potion yang kecil ni la membuatkan pelanggan mereka boleh memesan dan memakan mee sehingga bermangkuk-mangkuk. Bagi MY ni merupakan strategi pemasaran dan promosi yang cukup unik. *jadi kami pun oderlah banyak-banyak juga. eh hehehe.
Keenakan mee yang tak mustahil akan buat korang oder lagi
Keenakan mee yang tak mustahil akan buat korang oder lagi
KENAPA BOAT NOODLE | Untuk pengetahuan korang Boat Noodle ni merupakan ‘Thai street-food’ yang di ilhamkan oleh pengasasnya daripada konsep peniaga-peniaga kecil di atas sampan di sungai tengah negara Thailand. Disebabkan rasa yang unik dan cara hidangannya yang lain dari yang lain, jadi mereka  telah membawa konsep mee sampan ini ke Malaysia.

Floating Market – Boat Noodle Stall_Sumber guanchuaphotography
Floating Market – Boat Noodle Stall_Sumber guanchuaphotography
CAWANGAN BOAT NOODLE DI MALAYSIA | Restoran Boat Noodle ni mempunyai banyak cawangan. Antara cawangan-cawangannya adalah :
1-Empire Damansara, GO3a, Heritage Lane
2-The School at Jaya One, P2, Same Floor as Cold Storage
3-Ikon Cheras, G Floor
4-Berjaya Times Square, Level 2
5-Publika, Block C5, Level G3, Lot 30a
6-Sutera Mall, Johor Baharu, L2-550C
7-Gamuda Walk, Kota Kemuning
8-Klang Parade, 5th Floor
9-D'Pulze Cyberjaya

WAKTU DILARANG UNTUK MANDI DAN PENJELASANNYA

$
0
0
Waktu larangan untuk mandi _foto hansgrohe-usa.com
WAKTU DILARANG UNTUK MANDI DAN PENJELASANNYA | Pernah kita dengar orang melarang untuk kita mandi di tengah malam kerana ada sebab-sebab tertentu berkaitan dengan kesihatan. Tetapi bukan sekadar waktu malam, masih ada lagi waktu lain yang kita perlu elak untuk mandi. Waktu tersebut ialah seperti berikut:

30 MINIT SELEPAS SOLAT ASAR| 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.

SETELAH MAGRIB | Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh di masuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

SETELAH ISYA' SEHINGGA JAM 12 MALAM | Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air. Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.


Semoga info ini dapat membantu kita supaya dapat meningkatkan kesihatan diri supaya mudah untuk beribadah kepada Allah. Insyaallah, sama-sama kita sebarkan.

KEUNIKAN RUMAH TRADISIONAL MASYARAKAT BUGIS

$
0
0

KEUNIKAN RUMAH TRADISIONAL MASYARAKAT BUGIS | Semasa MY mengikuti rombongan Sahabat Media ke Kampung Sungai Kuali di mukim Kukup, Johor, baru-baru ini, MY telah berpeluang untuk ke sebuah rumah tradisional yang dikatakan dari keturunan masyarakat Bugis di Johor yang mana pada papan alamatnya tertera perkataan rumah‘Seri Salewangeng’.
Rumah ‘Seri Salewangeng’_ Foto kaio.my
Rumah Tradisional  Bugis ini merupakan milik Hajah Indok atau nama sebenarnya Indok Chichuk Daing Hadadek, 70 yang popular di kawasan itu selepas perasmiannya pada tahun lalu. Kehadiran kami Sahabat Media telah disambut mesra oleh Hajah Induk dan anak beliau Abd. Hadi Ambok Intang, 44.
Ruang Tamu_Foto ziksky.com
Pandangan dari bilik atas_Foto ziksky.com
Siapa sangka bahawa Rumah Tradisional Masyarakat Bugis ini telah menelan belanja pengubahsuaiannya sehingga mencecah RM2.3 juta . Susunan perabot jati yang berusia ratusan tahun kelihatan begitu serasi dengan permukaan dinding kayu yang telah dikilatkan dengan rapi.

Dekorasi alatan antik_Foto kaio.my
Di setiap penjuru, terpampang potret-potret tokoh Bugis yang menaikkan lagi aura klasik di rumah berkenaan. Selain kipas dan lampu yang tergantung, hiasan dalaman rumah itu langsung tidak ‘dicemari’ peralatan moden seperti yang biasa dilihat di rumah orang Melayu pada masa sekarang.

Dekorasi barangan antik_Foto kaio.my

Bilik Tidur_Foto ziksky.com
Menurut Abd. Hadi, rumah Seri Salewangeng ini telah dibina sepenuhnya menggunakan kayu belian yang diimport khas dari Jambi dan Kalimantan, Indonesia. Kayu belian ini dikatakan sejenis balak yang tahan sehingga beratus tahun dan tidak lut dimakan anai-anai. Bagaimanapun  usaha untuk mendapatkan kayu tersebut bukan sesuatu yang mudah dan semestinya sangat mahal.

Kemegahan rumah Seri Salewangeng_Foto kaio.my
Walaupun tidak dibuka kepada umum seperti muzium, rumah Seri Salewangeng pada masa kini menerima kunjungan pelawat yang ingin mengenali adat warisan budaya Bugis.

Sementara itu, pemiliknya Indok Chichuk berkata, beliau turut menerima kunjungan daripada penyelidik dan pengkaji sejarah dari dalam dan luar negara yang datang untuk mendokumentasikan sejarah Bugis. Jadi, sebagai keluarga Bugis, mereka boleh kongsikan adat dan budaya mereka seperti perkahwinan, makanan malah perabot, pakaian dan senjata Bugis berusia ratusan tahun masih disimpan. 

Siapa Sangka Restoran Semewah Ini Harga Makanannya Murah | Restoran Al-Qasr

$
0
0
Siapa Sangka Restoran Semewah Ini Harga Makanannya Murah | Memang tak dinafikan, kalau bercerita sahaja tentang Cyberjaya, ianya cukup popular dengan penduduknya yang majoritinya adalah dari bangsa asing seperti arab dan lain-lain. Jadi tak mustahil kalau banyak restoran makanan arab wujud di Cyberjaya ni. Termasuklah Restoran Al-Qasr ni. *maaf bukan Restoran Saba. Jangan hanya tahu Restoran Saba aja menyajikan makanan arab di Cyberjaya ni. 

MEWAH TAPI MURAH


Pertama kali lalu dihadapan Restoran Al-Qasr ni memang tiada niat langsung untuk masuk. Apatah lagi kalau nak makan di sini. *terdetik dalam hati,  tentu harga dia mahal kan, restoran ni nampak mewah kot.

Tengok dari luar pun dah terpegun dengan rekabentuk dia. *ni kalau MY masuk mau tergadai harta benda, silap-silap dirini pon turut digadaikan. eh. haha. Tapi perasaan tu tak lama. Gara-gara perasaan ingin tahu tu lagi kuat dari segalanya, MY dan beberapa orang rakan blogger telah sepakat untuk lunch di sana. 

Sejurus kami melangkah masuk ke dalam Restoran Al-Qasr ni. Secara tiba-tiba mood tertukar. Seolah-olah bukan lagi berada di Malaysia. *serius tak tipu. Ha ah, rasa seolah-olah di Istanbul, Turkey. *chewah, macam pernah pergi

Serius MY katakan. Rekabentuk dalaman dia sangat-sangat mengujakan. Ya, macam MY bagitau tadi. Seolah-olah berada di Istanbul. Dari segi rekabentuk, susun atur dan jenis perabut yang digunakan memang cukup menggambarkan kita di sana.
Arabic Bread
Roti ni dihidangkan secara percuma kepada setiap pelanggan yang datang sementara menunggu makanan yang dioder siap. Apa yang lebih terkejut, makanan disini sangat-sangat murah. *tetiba rasa macam tak sesuai pulak dengan restoran yang macam ni gahnya. Tapi, itulah hakikatnya yang MY kena terima. Makanan dia murah. makanan dia murah.
Spicy Mandi Chicken
Untuk pengetahuan korang juga, Restoran Al-Qasr  ni baru setahun beroperasi, tapi apa yang membanggakan mereka, Restoran Al-Qasr sudah berjaya menarik perhatian media tempatan seperti majalah Nona yang menjadikan restoran ini sebagai lokasi photoshoot mereka. Sekilas pandang, memang tak expect pun photoshoot ni dibuat dalam sebuah restoran. Memang betul-betul exclusive!
Majalah Nona_ sumber Penaberkala
So, kalau korang taya pendapat MY dengan restoran ni. MY bagi bintang penuh. Suasana persekitaran yang selesa, harga murah, dan yang paling penting layanan yang sangat mesra dari pekerja -pekerjanya . Pekerja-pekerjanya kebanyakan dari arab. Termasuklah chef mereka. Jadi, dengan cara ni diorang dapat pastikan yang makanan dan menu diorang memang asli dari budaya diorang. *pastikan korang bercakap dalam bahasa Inggeris ya, diorang tak tahu bahasa melayu. Maklumlah restoran timur tengah katakan.

Restoran Al-Qasr ni sangat sesuai kalau bagi mereka yang bergelar businessman yang mana perlukan tempat meeting yang sesuai dengan client. Sesuai juga untuk pasangan kekasih untuk date . hehe
Bersama owner restoran_ sumber Penaberkala
Tapi korang jangan terkejut kalau MY katakan bahawa owner dia merupakan orang melayu kita. *wallaweh memang tak disnagka-sangka. MY sangkakan hanya pekerja biasa, rupanya owner restoran . wuwuwuwuwu. *ampunkan saya pak cik, saya ngak tahu. huhu. Serius sangat rendah diri orangnya.

Tak salah kalau MY ingin katakan disini bahawa Restoran Al-Qasr ni merupakan restoran nasi arab terbaik pernah MY datang. Memiliki harga yang murah dan berpatutan. Apa yang paling MY suka adalah layanannya yang sangat ramah dan selesa. *restoran nasi arab murah di cyberjaya.

Bagi korang yang nak datang kat Restoran Al-Qasr ni. Ianya terletak di Street Mall , Cyberjaya. Berdekatan dengan KRU Academy dan terminal bas Cyberjaya.

------------------------------------------------

Al-Qasr,
Lot B Street Mall,
Jalan Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya, 
Selangor Darul Ehs

Facebook:

No telefon:
03-8322 2220
011-1570 8721
012-313 3184

Waktu Beroperasi:
12:00pm - 12:00am

Email:
alqasr.cyberjaya@gmail.com

Marhaba Cyberjaya,
G008, Cyberjaya Commercial Center,
Jalan Multimedia,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan

80 METER DI PUNCAK MENARA TAMING SARI

$
0
0
80 METER DI PUNCAK MENARA TAMING SARI | Alhamdulillah, sempena lawatan sahabat media baru ni ke negeri Melaka, MY telah berkesempatan untuk rasa sendiri bagaimana pengalaman menaiki Menara Taming Sari yang dikatakan boleh melihat keindahan bandaraya Melaka dari ketinggian 80 meter.
Dari berketinggian 80 meter, dipuncak Menara Taming Sari_ Foto penaberkala.blogspot.com
Betullah kata orang, kalau ke Negeri Melaka, Tak sah kiranya kalau korang tak naik kepuncak Menara Taming Sari. Apa yang specialnya dengan menara taming sari nie? Jom kita tengok .
Dari berketinggian 80 meter, ia menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan panorama sebenar Kota Melaka dan dengan pelbagai tempat-tempat menarik seperti St.Paul’s Hill, Independence Memorial Building, Samudra Museum dan kapal, Flor De La Mar, Dataran Pahlawan, Pulau Selat Mosque, Pulau Besar dan Selat Melaka. Selain itu juga secara tidak lansung anda juga dapat melihat sendiri bagaimana pembagunan yang cepat dan pesat di negeri ini.
SPESIFIKASI MENARA TAMING SARI
Masa yang diambil untuk kita berada di bahagian atas puncak menara adalah dalam hanya 7 minit. Dan ianya akan berputar sehingga 360 darjah yang membolehkan semua pegunjung dapat melihat sendiri suasana kota Melaka dari setiap sudut.

Masa 7 minit itu bukanlah menjadi masa yang sangat singakat bila kita berada di atas ketinggian tersebut. Kalau korang perasan, jika dilihat dari struktur Menara Taming Sari ini, ia seolah-olah membentuk sebatang keris yang sangat terkenal di zaman Hang Tuah iaitu Keris Taming Sari. Oleh sebab itulah nama dia pun Menara Taming Sari.

HARGA MENAIKI MENARA TAMING SARI

HARGA MENAIKI MENARA TAMING SARI
HARGA MENAIKI MENARA TAMING SARI
Dengan hanya rate beberpapa belas ringgit, pehunjung mampu untuk melihat sendiri keindahan kota Melaka dari sudut pandangan atas . Bagi yang berpeluang membawa teropong, inilah masanya untuk anta meyelongkar segenap ruang kota Melaka. 

Bagi seorang photographer juga, ini adalah masa yang sangat sesuai untuk beraksi dengan megambil foto terbaik bandar bersejarah ini.
Selain dari itu, pihak Menara Taming Sari juga ada menyediakan tarikan lain untuk kanak-kanak seperti Mini Rider 3D, Pony Ride, dan Italian Bumper Car. Kemudahan seperti kedai cenderahati dan tempat mengurut oku juga ada disini.
Bersama En Mohd Husni Bin Husin selaku Manager Sales & Marketing

-----------------------------------------------------------------

*jadi, amacam, teruja tak? Tak rugi MY rasa kalau korang ambil peluang ni untuk rasai sendiri pengalaman hebat menaiki Menara Taming Sari ni.

Address :

 MENARA TAMING SARI

Jalan Merdeka Banda Hilir, 
75000 Melaka, Malaysia.

Tel : 
06-2881100
06-2813366

Fax :
06-2881551

Kredit_  www.projektravel.com

RUMAH TERBUKA RAYA MAJALAH GAYA TRAVEL

$
0
0


RUMAH TERBUKA RAYA MAJALAH GAYA TRAVEL | Rumah terbuka raya pertama yang MY hadir selepas balik beraya di kampung halaman iaitu Rumah Terbuka Raya Majalah Gaya Travel yang telah diadalan di RUANG EVENT SPACE, Seksyen 16, Shah Alam. Majlis Rumah Terbuka Raya Majalah Gaya Travel ni telah berlansung dari jam 5 pm hingga 9 pm.
Ggarage51my Coffee
Semangat Hari Raya masih ada bila memakai pakaian kebangsaan baju melayu desama sampin dan songkok ni. *rasa macam jadi YB seketika pun ada. eh. Bukan senang nak tengok MY pakai complete set baju melayu macam ni. Maklumla dah lama tak beli baju raya. Tahun ni je tetiba rasa nak beli baju raya. huhu.
Para Blogger yang turut memeriahkan Rumah Terbuka
Banyak aktiviti menarik telah diadakan dengan hadiah yang cukup hebat, antaranya seperti pertandingan memakai sampin, pertandingan membuat ketupat, pertandingan pakaian terbaik kategori lelaki dan wanita, pertandingan teka lagu raya dan banyak lagi. *aktiviti bergambar tu adalah wajib la kan.haha
pertandingan pakai sampin
Cabutan bertuah juga diadakan untuk para tetamu yang hadir dengan pelbagai hadiah menarik termasuk pakej percutian yang mencecah ribuan ringgit. *woah memang berbaloi datang beraya disini. Tak hairanlah ramai yang datang dan sanggup tunggu sampai habis event baru nak balik rumah kan. hahahaha. Alhamdulillah, MY pun bertuah jugak, dapat 3 tiket masuk ke taman tema Lost World of Tambun. *yeay, syukur rezeki kat sini.
ruang terbuka majlis
Ruang atas
Antara para sponsor yang turut menjayakan majlis Rumah Terbuka Raya Majalah Gaya Travel  ni ialah  Aireka Moment, instaboothKualalumpur, Ruang dan Garage51MY .

Blogger dan team Gaya Travel
Terima kasih diucapkan kepada pihak Gaya Travel kerana sudi menjemput saya dan ahli ProjekTravel untuk bersama-sama memeriahkan majlis rumah terbuka ni. Serius MY ucapkan, ni merupakan rumah terbuka paling happening yang pernah MY hadir. Tahniah diucapkan. hehe

PENERBANGAN AIRASIA X KE HOKKAIDO JEPUN

$
0
0
Leaf-peeping season Hokkaido _ Foto www.huffingtonpost.com
PENERBANGAN AIRASIA X KE HOKKAIDO JEPUN | 28 Julai 2015 yang lepas MY telah berkesempatan menghadiri majlis pelancaran laluan baru penerbangan AirAsia Xiaitu ke Hokkaido Jepun. AirAsia X peneraju syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh telah mengumumkan akan memulakan penerbangan terus 4x seminggu dari Kuala Lumpur ke Sapporo bermula 1 Oktober 2015. 
AirAsia X peneraju syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh
PROMOSI SERENDAH RM99* | Bersempena dengan ini, AirAsia X telah menawarkan promosi tambang termasuk semua bermula dari serendah RM99* sehala bagi tempat duduk ekonomi atau RM999* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed.
PROMOSI SERENDAH RM99*
Promosi ini boleh didapati untuk tempahan melalui laman web bermula dari semalam sehingga 2 Ogos 2015 dan bagi tempoh perjalanan dari 1 Oktober 2015 hingga 31 Ogos 2016. Kesemua tambang promosi ini boleh ditempah menerusi laman web diairasia.com atau aplikasi AirAsia bagi iPhone dan peranti Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com.
Jadual penerbangan bagi Kuala Lumpur Malaysia (KUL)- Sapporo-Chin Chitose, Japan (CTS)
(KUL-CTS) (D7 550) ( Berlepas 11.35pm) (Ketibaan 8.10am) (Kekerapan: Selasa, Sabtu, Khamis & Ahad)
(CTS-KUL) (D7 551) (Berlepas 9.20am) (Ketibaan 5.00pm) (Kekerapan: Isnin, Selasa, Jumaat & Ahad)
Benyamin Ismail, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad | "Kami amat teruja untuk mengembangkan rangkaian kami di Jepun dengan penerbangan terus ke Sapporo, Hokkaido ini ! Kami berbesar hati melihat rangkaian kami berkembang dengan kukuh kerana AirAsia X adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang beroperasi penerbangan terus berjadual dari Kuala Lumpur ke destinasi bertaraf dunia ini!"
Foto bersama Mr. Benyamin Ismail, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad
"AirAsia X telah membawa lebih dari 1.5 juta tetamu antara Jepun dan Malaysia. Kami yakin laluan ini akan lebih menarik lebih ramai pelancong Jepun dari Sapporo yang berminat untuk menerokai bandar-bandar dirantau ini. Laluan terus ini akan menarik minat mereka untuk mengunjungi Malaysia dan seterusnya menyambung ke pelbagai destinasi ASEAN dan lebih jauh lagi." tambah beliau.
Bersama rakan blogger di Majlis Pelancaran AirAsiaX ke Hokkaido

KENAPA PERLU KE HOKKAIDO | Hokkaido merupakan sebuah pulau di utara Jepun. Hokkaido pada ketika ini menjadi pulau terbesar ke 21 di dunia. Ada banyak acara tahunan khusus dari Hokkaido termasuk panorama indah empat musim, keindahan alam yang cukup megah, dan makanan laut yang sedap yang wajib dicuba.
Hokkaido Flower World_foto www.mwtravel.com.au
Blue Pond, Hokkaido_foto travel.nationalgeographic.com
fresh and high-quality seafood_ foto supervaluetours.com
Jadi ni merupakan peluang keemasan untuk kita ke Jepun dengan tambang yang rendah. Jangan buang masa jom kita ke Hokkaido. yeah.

MENANG KUIZ PASPORT ASEAN MINGGU PERTAMA

$
0
0
Pasport Asean 2015
Masih ingat lagi ke peristiwa MY conteng kain pelikat Blogger Penaberkala gara-gara khusyuk megambil nota untuk join kuiz Pasport Asean di TV1 minggu lepas?
MENANG KUIZ MINGGU PERTAMA | Ternyata semua tu tidak sia-sia kerana MY telah menang untuk kuiz tersebut. Alhamdulillah. Memang tidak disangka kerana MY ingat dah tak ada peluang untuk menang. Tapi mungkin ini dikatakan rezeki.  Majlis peyampaian hadiah telah berlangsung masa Event Perasmian Pasport Asean pada hari selasa lepas ( 28/07/2015). *agak-agak apa yang MY menang ya?.
Majlis peyampaian hadiah dan perasmian Pasport Asean
Ha ni la nak cerita kat korang, hadiah dia cukup exclusive dan awesome sangat. Pakage percutian 3 hari 2 malam untuk 2 orang di Philea Resort & Spa Melaka

Philea Resort & Spa Melaka
PAVILION Room
*wallaweh tak pernah terfikir nak stay in kat resor semewah nie. Terima kasih banyak-banyak kepada pihak Gaya Travel untuk hadiah yang awesome ni ya :). Nak nangis rasa, teruja sangat-sangat. Alhamdulillah, boleh masuk dalam list projek travel seterusnya.

PASPORT ASEAN | "Pasport ASEAN" merupakan satu rancangan TV baru yang dihasilkan oleh Gaya Travel Nusantara, Radio Televisyen Malaysia (RTM), dan Air Asia sebagai rakan penerbangan rasmi.

Mempunyai matlamat sendiri selain daripada program pelancongan yang lain, "Pasport ASEAN" membawa penonton untuk meneroka destinasi di seluruh negara-negara ASEAN.
Selaras dengan Malaysia yang memegang peranan ASEAN 2015, "Pasport ASEAN" bertujuan untuk meningkatkan intra-ASEAN pelancongan dan idea pasaran ASEAN tunggal.
*ha..kalau korang nak menang hadiah macam MY. Jangan lupa untuk mark calendar korang untuk meyaksikan rancangan “Pasport ASEAN” ni yang ditayangkan pada setiap hari ahad di TV1 pada pukul 9.30 malam.

Bukan MY saja-saja suruh tengok tau. Ini kerana mereka ada menawarkan pelbagai hadiah menarik dan eklusive sehingga RM30,000 termasuk pakage percutian untuk penonton bertuah. *amacam !! bergetar tak tulang rusuk korang? eh hahaha. Rancangan ini mempunyai 13 episod kesemuanya.

Jadi jangan lepaskan peluang yang ada. Mereka ada menawarkan 13 kuiz mingguan dan 1 kuiz terkumpul. Jadi apa tunggu lagi. Follow media sosial diorang untuk update.


Terima kasih lagi sekali MY ucapkan kepada Majalah Gaya Travel. Kepada korang semua MY ucapkan semoga berjaya .


DELIVERY SANDWICH SEDAP AREA KUALA LUMPUR | GARSA KITCHEN

$
0
0
Garsa Kitchen
DELIVERY SANDWICH SEDAP AREA KUALA LUMPUR | GARSA KITCHEN | Ada penggemar sandwich tak kat sini? entry kali ni MY nak kongsikan mengenai kedai sandwich terbaik di Kuala Lumpur ni. Korang tak perlu risau kerana ianya halal dan dibuat oleh orang melayu islam. 

Jadi bagi korang yang nak try sandwich ni bolehlah buat oder. Sangat sesuai untuk mereka-mereka yang busy, tak ada masa untuk turun lunch. Oder je sandwich ni, silap-silap boleh makan sampai balik kat office kan.

Pertama kali MY oder sandwich ni dan minta untuk buat delivery. Ternyata memang tidak mengecewakan. Dari segi perkhidmatan penghantaran, persembahan dan rasa memang sangat dipuji. 
Sandwich sedap
Kalau nak bercerita mengenai rasa tu memang sangat terbaiklah. Kiranya MY boleh katakan rasa sandwich paling sedap yang MY pernah makan. Apa yang MY perasan jugak sandwich dari Garsa Kitchen ni tahan lama. 

SENARAI SANDWICH DAN HARGA | Berikut merupakan senarai harga dan jenis sandwich yang available untuk di oder di Garsa Kitchen:
FIESTA (Mixed Sandwiches)
BEEFTASTIC
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

CHICKSTER
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

EGGXTRA-ORDINARY CHICKEN
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

TUNA TURNER
L RM35 (24pcs)
M RM22 (12pcs)

EGGSTACY
L RM35 (24pcs)
M RM22 (12pcs)

TUNA ON FIRE
L RM35 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

CHICKEN IN A BIKINI
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

FIESTA (Mixed Sandwiches)
L RM45

CARA MEMBUAT TEMPAHAN | Pastikan pesanan dibuat 2 jam sebelum supaya pesanan korang dapat di hanta pada masa yang ditetapkan. Pastikan korang menghantar detail seperti dibawah ni ke nombor yang tertera.
Perkhidmatan penghantaran terus ke tempat anda di sekitar Kuala Lumpur
Nama:
Nombor Telefon Bimbit:
Tarikh dan masa :
Alamat untuk penghantara / Self Pick Up:
Whatsapp (9 pagi – 9 malam) ke 011 3291 6119
Minimum Order : RM40

Sebelum deliver, delivery boys akan call dulu untuk confirmation. Pre-order boleh dibuat ANY DAY & ANYTIME! Dan jangan lupa untuk rujuk area yang available untuk service penghantaran sandwich ni. Bagi senarai kat bawah ni, korang boleh oder hari-hari untuk service penghantaran.


Bagi mereka yang berada di luar kawasan seperti di atas, seperti Bangi , Putrajaya, biasanya mereka akan buat road tour pada hari dan tempat tertentu untuk pickup oder. Jadi korang kena sentiasa tengok update kat instagram diorang lah.

MEDIA SOSIAL | Follow dan rujuk media sosial mereka untuk update-update mengenai mereka.

PENGGUNA SETIA LENOVO

$
0
0
PENGGUNA SETIA LENOVO | Walaupun banyak jenama smartphone yang ada di pasaran Malaysia sekarang, MY tetap memilih Lenovo sebagai jenama smartphone peribadi MY. Setakat ni sudah 3 model Lenovo MY guna . Model smartphone pertama ialah Lenovo K900, manakala yang kedua ialah Lenovo K901. Kedua-dua model ini mempunyai persamaan pada jenis bateri build in (bateri tak boleh cabut dari body). 

Lenovo A916_ foto http://kylekeeton.com/
Kali ni MY telah memilih smartphone Lenovo A916. Ini kerana fungsi yang hebat dengan harga yang mampu milik. Paling MY suka ialah fungsi kamera belakang yang cukup sharp dan memuaskan.*rasa macam guna phone mahal pulak. eh.

Cover belakang_ foto http://kylekeeton.com/
Selain dari itu, model Lenovo A916 ni lebih kemas dan nampak exclusive dengan cover belakang seakan leather. Lenovo A916 ini mempunyai skrin 5.5″  dan memiliki kamera belakang 13 MP . Cuma agak kecewa sedikit dengan kamera depan yang tak berapa ok. Tapi tak kisahla kan sebab kamera belakang dah cukup power dengan harga smartphone yang murah. Untuk more info mengenai smartphone Lenovo A916 ni boleh rujuk sini www.chinaphonereview.com .

KAD RAYA PERTAMA DAN TERAKHIR 2015

$
0
0
KAD RAYA PERTAMA DAN TERAKHIR 2015 | Alhamdulillah sudah 20 hari kita di bulan syawal. Apa yang MY terkejut pada 19 Syawal kelmarin MY telah menerima satu kad raya dari sahabat di media sosial. Walaupun tak pernah bertemu mata tapi beliau telah seiklas hati mengirim kad hari raya untuk MY tahun ni.

Kad Raya yang cukup kreatif dan masih ditulis ucapannya dengan menggunakan pen dengan setulus hati. Cukup rasa diri ini dihargai . Terima kasih banyak-banyak ya sahabat.

TEATER MADUKU KALUT RETURNS KEMBALI DI ISTANA BUDAYA

$
0
0


TEATER MADUKU KALUT RETURNS KEMBALI DI ISTANA BUDAYA | Berita baik buat penggemar teater. Teater komedi MADUKU KALUT RETURNS kembali di atas permintaan orang ramai yang mana akan di pentaskan pada tarikh 7, 8 dan 9 Ogos ini, di pentas Panggung Sari, Istana Budaya. 

MADUKU KALUT RETURNS , itulah judul pementasan semula naskah yang pernah mendapat 6 pencalonan di Boh Cameronian Awards edisi ke 11 di antaranya, Pelakon Lelaki Terbaik (Izzue Islam), Pelakon Pembantu Terbaik (Soffian Bujang dan Fazleena Hishamuddin), Rekaan Set Terbaik, Rekaan Muzik dan Lagu Terbaik serta Rekaan Kostum Terbaik. 

Untuk pementasan pada kali ini teater ini akan menaruhkan Remy Ishak, Jihan Muse, Nad Zainal, Sherry Alhadad, Dafi dan Atoi Tohet, pastinya Maduku Kalut Returns  menjanjikan sesuatu kelainan kepada dunia seni teater negara.

Maduku Kalut Returns merupakan satu naskhah komedi yang diadaptasi oleh Mazli Abdul Rahman daripada satu karya “farce” yang ditulis oleh Ray Cooner iaitu Run For Your Wife. 

Maduku Kalut Returns mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya.

Memaparkan nilai nilai komersial yang tinggi, Maduku Kalut Returns bakal membawa penonton, untuk mengupas mengenai isu-isu semasa, dengan secara lebih santai dan bersahaja. Biarpun bergenre komedi, MKR diharapkan mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton yang hadir.

Saat diajukan pertanyaan mengenai pementasan semula teater Maduku Kalut Returns, Amer Syafiq selaku penerbit eksekutif mempunyai alasan tersendiri untuk tersenyum lebar. Bagi beliau, Maduku Kalut Returns lebih dari sebuat pementasan teater. Maduku Kalut Returns  merupakan simbol survival dan persahabatan yang terjalin di antara penggiat-pengiat seni teater, yang rata-ratanya berada di dalam linkungan usia belia.

HARGA TIKET TEATER | Tiket untuk menonton persembahan ini boleh didapati secara online di www.AirAsiaRedtix.com dengan harga RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan 155 untuk tiket platinum. 

MENGENAI MASKTEAM | Mula memahatkan nama sekitar awal 2011, Mask Team merupakan sebuah organisasi yang memfokuskan kepada pengkhususan penganjuran acara, dan “Rumah Media”. Ditunjangi oleh sekumpulan anak muda, Mask Team berorientasikan, kreativiti dan sentuhan kelainan didalam setiap perkara yang diceburi.

Setelah hampir 4 tahun beroperasi, Mask Team ternyata sudah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan organisasi lain. Antara hasil kerja yang mendapat sentuhan Mask Team adalah seperti, Teater Projek Kahwin, Teater Juta-Juta, Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka dan penganjuran acara Rejunevasi Lahad Datu hasil kerjasama bersama dengan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, terbaru, Konsert Malam Keajaiban Cinta Dato’ Rossa dan konsert Malam Inspirasi Kun Anta.

Pelbagai pengiktirafan telah di raih Mask Team antaranya Persembahan Kumpulan Teater Terbaik, Pengarah Teater Terbaik dan Skrip Asli Terbaik untuk Boh Cameronian Awards. 

Selain daripada penganjuran acara, Mask Team juga mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran sosial media, penjenamaan dan pemasaran serta produksi televisyen. Secara mudahnya, dengan Mask Team, segala permasalahan media anda, kami selesaikan. 

Peluang menganjurkan Konsert Malam Keajaiban Cinta Dato’ Rossa bersama Airish Events, diharapkan dapat menaikkan lagi nama Mask Team, sebagai salah sebuah organisasi penganjuran acara yang berkaliber dan disegani.

PERSIDANGAN & PAMERAN BIOMALAYSIA & ASEAN BIOECONOMY 2015

$
0
0

PERSIDANGAN & PAMERAN BIOMALAYSIA & ASEAN BIOECONOMY 2015 | Pada 2 Julai 2015 yang lepas, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) telah mengumumkan bahawa  Persidangan & Pameran BioMalaysia & ASEAN Bioekonomi akan diadakan pada 17-19 Ogos 2015 ini, dan akan berlangsung diPusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. 

Dengan kerjasama bersama Malaysia‘s Chairmanship of ASEAN 2015, MOSTI dan BiotechCorp berkerjasama sekali lagi dengan peserta-peserta dari ASEAN& industri Bioteknologi di BioMalaysia 2015.
Dato 'Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi | Tahun ini kita akan bakal melihat beberapa perubahan menarik dalam BioMalaysia 2015. Satu perubahan yang ketara adalah melalui kerjasama Bioekonomi ASEAN, yang akan mendorong perubahan industri berasaskan bioteknologi dan dapat memberikan faedah ekonomi kepada semua.

BioMalaysia & ASEAN Bioekonomi telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu key meeting points for industry professionals di rantau ini. Selama bertahun-tahun, program ini terus menjadi platform untuk melahirkan idea-idea baru, penyelesaian yang lebih praktikal dan kerjasama yang efektif untuk peringkat peserta-peserta Malaysia dari industri bioteknologi dan juga peringkat global.


Bertemakan "Bioekonomi ASEAN: Biodiversiti untuk Kesejahteraan", BioMalaysia tahun ini & Acara Bioekonomi ASEAN akan dirasmikan oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Acara yang akan berlangsung selama 3 hari itu dijangkakan akan menerima lebih 10,000 trade visitors, 250 exhibitors termasuk dari Gulf Cooperation Council (GCC), Multi-national Corporations (MNCs), badan-badan kerajaan dan agensi-agensi berkaitan. GCC ni apa? GCC is a political and economic alliance yang terdiri daripada enam negara Middle East; Saudi Arabia, Kuwait, the United Arab Emirates, Qatar, Bahrain, and Oman.

Dengan kerjasama daripada Small and Medium Enterprises (SMEs) dan 10 negara ASEAN; Malaysia, Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Myanmar, Singapore, Thailand, Vietnam dan Philippines, exhibitors akan showcase their best and most innovative products & services, membuka peluang business dan banyak lagi. 

Speakers dari pelbagai company yang besar dan sukses juga akan berada di sana untuk berkongsi rahsia kejayaan, tips, dan ilmu-ilmu dalam industri ni dalam conference yang akan berlangsung selama tiga hari. Antara speakers yang akan hadir ialah:





BioMalaysia& ASEAN Bioekonomi 2015 bersedia untuk mendorong perkongsian dengan peserta global dan merangsang inovasi dan pertumbuhan dalam sektor berasaskan bio, dengan bertujuan untuk menjadikan kedudukan Malaysia sebagai kuasa besar Bioekonomi di masa hadapan. Fokus tahun ini ialah juga pada kesihatan dan penjagaan kesihatan - fasa yang berbeza untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

Jom kita beramai-ramai ke Biomalaysia & ASEAN Bioeconomy Conference & Exhibition 2015 yang akan diadakan pada 17 hingga 19 Ogos 2015 di PWTC, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut tentang event ni boleh terus lawati website mereka di www.biomalaysia.com.my[klik].

MAJALAH LAWAK POPULOR TIADA LAGI DIPASARAN

$
0
0
Sumber_www.thehypemedia.com
MAJALAH LAWAK POPULOR TIADA LAGI DIPASARAN | Agak terkejut bila heboh di media social berkenaan dengan isu Majlah Ujang dan Apo? sudah tidak lagi dipasarkan dan Moy Publicationiaitu sebagai penerbit majalah lawak popular itu Ujang dan Apo? itu dikatakan telah menutup operasi mereka.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh kakitangannya, Kartunis Ubi, melalui laman social Facebook beliau. Bagaimanapun, puncanya sebenar penutupan syarikat itu tidak pula dinyatakan.

Majalah ni dah menjadi sangat istimewa buat MY, boleh dikatakan membesar bersama. Dari majalah Ujang dan Apo jugalah MY belajar cara melukis sehingga MY berjaya mendapat Ijazah dalam Rekabentuk Perindustrian di UPM. Bukan MY je yang terlalu addited dengan kedua-dua majalah ni, satu keluarga pun gemar membaca majalah lawak ni.

Jadi bahan untuk menunggu waktu berbuka, menunggu bas, atas teksi, menunggu iklan di tv, stress dengan anak sedara dan macam-macam lagi.

Apapon MY akan kenang dan simpan koleksi-koleksi majalah-majalah ujang dan apo yang MY ada baik-baik. Terima kasih kepada mereka yang menceriakan hari-hari MY sebelum ni. MY pasti ramai yang kecewa dengan keputusan ni.

LINDUNGI RUMAH ANDA DENGAN HARUMAN SERAI WANGI AFY HANIFF

$
0
0
LINDUNGI RUMAH ANDA DENGAN HARUMAN SERAI WANGI AFY HANIFF | MY yakin bahawa bukan MY je yang mempunyai masalah dengan serangga perosak di dalam rumah atau kediaman. *mesti ada diantara pembaca blog MY ni pun menghadapi masalah yang sama kan? Seharusnya kediaman kita harus bebas dari segala gangguan termasuklah serangga-serangga dan haiwan yang merbahaya dan membawa penyakit seperti lipas, nyamuk, tikus dan sebagainya. *tapi bagaimana? Bunuh ?

Untuk membunuh serangga dan haiwan perosak seperti ni kita memerlukan bahan kimia atau racun yang cukup kuat. 

ALERGIC PADA ASAP | Memandangkan MY ni merupakan seorang yang alergic pada asap atau bauan chemical yang kuat jadi penggunaan racun serangga seperti spray ubat nyamur dan lingkaran ubat nyamur khususnya memang tidak boleh digunakan sama sekali. Perkara ini amat serius dan boleh menyebabkan MY demam jika terhidu. *pernah demam sehingga seminggu kerana terhidu asap ubat nyamuk.
alergic asap rokok_foto http://www.huffingtonpost.com/2013/04/01/secondhand-smoke-exposure-during-pregnancy_n_2994293.html
Dirumah MY memilih untuk tidak menggunakan ubat nyamuk dan ridsect untuk mengelakkan dari terhidu. Oleh sebab tiada penggunaan ubat nyamuk dan ridsect ni juga MY pernah disahkan mengidap sakit denggi. Jika diberi pilihan, hanya kelambu sahaja yang boleh menjadi pilihan terakhir untuk MY guna untuk mengelakkan dari terkena gigitan nyamuk.

Tapi kelambu untuk tidur bolehla, kalau untuk buat kerja memang susah. Memandangkan MY ni jenis bekerja malam menghadap laptop di meja so ia sangat tidak sesuai. Nyamuk masih boleh datang dan mengganggu.

Teringat semasa berada pada tahun akhir first degree my di UPM dahulu, sebagai seorang pelajar Rekabentuk Perindustrian. MY telah memilih kajian dan mencipta alat untuk menghalau burung di sangkar ikan. Dan banyak pegertian dan kelebihan disebaliknya termasuk untuk kestabilan ekosistem dan alam sekitar, jadi pernah terfikir untuk mencipta sendiri bahan untuk menghalau serangga berpeyangit ni especially nyamuk yang sangat bahaya.

PRODUK SERAIWANGI AFY HANIFF | Sehinggalah MY telah menemui satu produk yang cukup bagus di pasaran untuk menyelesaikan masalah yang MY hadapi. Produk tersebut adalah dari keluaran Afy Haniff. *tak perlu nak cipta produk baru dah sebab yang terbaik sudah ada di pasaran. Apa yang bestnya produk ini merupakan produk yang selamat dan tidak beracun dan tidak merbahaya*tetapi ia tidak bermakna ia boleh dimakan. hehe.
Produk serai wangi Afy Haniff
Banyak produk-produk yang bagus dan berkualiti keluaran Afy Hanif ni yang sudah ada di pasaran. Setiap produk mempunyai kelebihan dan cara guna yang berbeza.


MASALAH NYAMUK BERPENYAKIT | Hanya gantung di tingkap pintu dan haruman serai wangi yang tajam tu mampu menghalau dan menghalang nyamuk dan serangga lain dari memasuki bilik MY dan ada juga MY gantung di dalam almari baju dan bilik air untuk menghalau lipas. Apa yang boleh MY katakan ia terbukti berkesan dan MY boleh buat kerja pada malam hari tanpa diganggu oleh nyamuk. Insyallah MY akan keep use this produk untuk menjaga kediaman dan bilik dari nyamuk dan lipas.



MASALAH TIKUS DI SYILING RUMAH KAMPUNG | Jika bercerita mengenai ikus, ia cukup sinonim dengan haiwan yang membawa penyakit merbahaya. Selain dari itu tikus juga selalu mendatangkan masalah dengan merosakkan barang-barang peribadi kita termasuk koleksi buku di almari rumah. Rumah di kampung MY juga menghadapi masalah yang sama. Apa yang paling jelas, tikus juga suka pada tempat yang sunyi dan gelap. Bila waktu malam, akan kedengaran tikus berlari-lari di atas syiling rumah.


Apa yang MY boleh buat ialah mencari sesuatu untuk menghalau tikus-tikus ni dari terus stay di bahagian syiling tu. Jika diberi racun di khuatiri tikus-tikus tersebut akan mati dan bangkai mereka akan busuk di atas syiling. Alhamdulillah, dengan hanya diletakkan pada beberapa tempat, masalah tikus di syiling selesai.

Produk ini juga boleh digunakan di luar rumah untuk menjaga tanaman dari diganggu dan dirosakkan oleh serangga dan haiwan perosak.

MASALAH LALAT SEMASA HIDANGAN MAKANAN | Kita cukup tahu dengan akibat jika makanan kita di hinggap oleh serangga kotor seperti lalat. Masalah lalat di kampung memang tidak boleh dielakkan. Apa yang paling bermasalah ialah apabila semasa hidangan makanan buffet kenduri atau rumah terbuka. Lalat sangat tertarik pada makanan yang dihidangkan.


Lalat bukan sahaja kotor dan merbahaya pada manusia, tetapi ia juga boleh mengganggu persekitaran majlis. masalah ini dapat diatasi dengan Serai Wangi Pelita yang produk keluaran Afy Haniff ini. Ia bukan sekadar dapat menghalau lalat, tetapi dari segi fizikal rekabentuknya boleh juga dijadikan sebagai lilin/ pelita hiasan .

Berikut merupakan masalah yang dihadapi oleh MY sendiri beserta cara dan produk terpilih untuk meyelesaikan masalah yang telah MY hadapi di rumah dan di kampung MY sendiri. Alhamdulillah pilihan produk ini sangat membantu dalam meyelesaikan masalah yang seperti dinyatakan.

KELEBIHAN AFY HANIFF | Antara kelebihan produk dari Afy Haniff ini yang menarik perhatian MY untuk dicuba ialah seperti berikut:

>>Selamat untuk persekitaran
>>Berasaskan dari tumbuhan semulajadi
>>Tidak memberi kesan bahaya jika terkena kulit
>>Tidak megandungi bauan kimia merbahaya.

Bagi korang yang ingin mendapatkan produk-produk dari Afy Haniff ni bolehlah rujuk di store atau outlet seperti dinyatakan dibawah:
Store jualan Afy Haniff
1) Giant
2) Mydin
3) Tesco
4) Jaya Grocer
5) Econsave
6) Family Store
7) Kipmart
8) Songmart
9) Mercato
10) Sam's Groceria

Dan banyak lagi outlet dengan total dekat 980 outlet seluruh Malaysia termasuk Sabah.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Afy Haniff ni korang boleh rujuk


NASI DAGANG MENU TERBARU AIRASIA DAN AIRASIA X

$
0
0

Santan AirAsia
Santan AirAsia
NASI DAGANG MENU TERBARU AIRASIA DAN AIRASIA X | MY telah berpeluang ke majlis pelancarkan menu dalam pesawat terkini AirAsia dan AirAsia X yang diberikan nama "SANTAN", dengan pengenalan baru bagi kedua syarikat penerbangan bagi pembelian dalam pesawat atau pra tempah.

WOLO Bukit Bintang
WOLO Bukit Bintang
Majlis pelancaran "SANTAN" ini telah diadakan di Penthouse WOLO Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lokasi hotel ini sangat stategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur malah sangat dekat dengan stesyen Monorail Bukit Bintang.




PENERBANGAN AIRASIA BERHAD | Antara hidangan terbaru yang sudah tersedia di dalam penerbangan AirAsia Berhad (AK) bagi pembelian dalam pesawat ialah Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan dihidangkan bersama Dodol, Nasi Kepal Ayam Teriyaki dan Sandwich Pizza Ayam Salai.

Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan dihidangkan bersama Dodol
Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan dihidangkan bersama Dodol
Sementara untuk menu pra tempah pula ialah Nasi Tomato dengan Ayam Percik, Balutan Satay Ayam dan Pasta Sayuran dengan Ayam Panggang.

PENERBANGAN AIRASIA X BERHAD | Bagi penerbangan Air Asia X Berhad (D7) pula, menu pra tempah yang boleh dinikmati oleh pelanggan ialah Kombo Nasi Dagang dan Kombo Mee Goreng Mamak yang mana ianya termasuk dengan 350ml air mineral. Nasi Dagang juga tersedia bagi pembelian dalam penerbangan AirAsia X.


Pelanggan bagi kedua-dua syarikat AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad sudah boleh mula menikmati menu tambahan baru ini bermula dari sekarang.
Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia | Pasukan pendapatan sampingan kami sentiasa melihat cara bagaimana kami dapat menambah baik pengalaman penerbangan bagi tetamu kami. Makanan semestinya memainkan peranan penting tetapi kami tidak hanya mahu menjual makann tetapi juga menggunakan pengalaman dalam penerbangan bagi mengenalkan hidangan Asean bagi kesemua tetamu kami. Kami berbesar hati memperkenalkan Nasi Dagang terlebih dahulu, yang mana adalah hidangan terkenal di Malaysia sebagai pengenalan, dan kami akan melihat memperkenalkan hidangan lain dari pelbagai tempat di Asean dalam pusingan Menu Asean"Santan" yang seterusnya.
Roti canai juga merupakan salah satu menu popular di negara kita yang mana korang harus cuba ketika terbang bersama AirAsia.

Roti Canai AirAsia
Roti Canai AirAsia
Banyak lagi hidangan best yang boleh dinikmati di dalam pesawat AirAsia. Selain pra tempah makanan dalam penerbangan AirAsia, pelanggan juga kini boleh menambah pencuci mulut yang manis dengan pilihan "Maximise Your Meal"yang termasuk Salted Caramel Cookie Bar dan Kit Kat untuk hanya RM 7.

Pemanis mulut
Bagi mereka yang bersama kanak-kanak, untuk kedua penerbangan AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad kini boleh menikmati pra tempah hidangan kanak-kanak yang terdiri dari dua Burger Ayam Mini dan Ribena.

Burger Ayam Mini
Burger Ayam Mini AirAsia
Jadi apa tunggu lagi, buat tempahan awal sebelum terbang bersama AirAsia untuk lebih banyak penjimatan.


JOM JELAJAH KOPERASI NEGERI SARAWAK 2015

$
0
0
JOM JELAJAH KOPERASI NEGERI SARAWAK 2015 | Pada 10-15 ogos 2015 yang lepas, MY telah berpeluang meyertai FAM trip Jom Jelajah Koperasi Sarawak. Untuk pengetahuan korang, ini merupakan kali pertama MY menjejaki bumi Sarawak ni, dan ianya sangat mengujakan.

Tujuan program Jom Jelajah Koperasi Sarawak ini adalah untuk mempromosikan produk-produk pelancongan koperasi dan aktiviti hiliran yang berkaitan dengannya. Ternyata banyak koperasi yang wujud di negeri Sarawak ni dan diantaranya yang menarik minat MY ialah seperti berikut:

KOPERASI TEBAKANG MELAYU SERIAN BERHAD | Kami disini berpeluang untuk menaiki boat panjang menyusuri sungai kayan untuk berkelah.

Merentasi Sungai Kayan dengan bot panjang
Pegunjung juga boleh membuat aktivit lain yang disediakan di sini seperti lawatan ke kampung, penglibatan dalam aktiviti pertanian, jungle trekking, memancing ikan, menyusuri sungai Batang Kayan, long boat river safari and picnic. Koperasi ini turut menyediakan homestay bagi mereka yang ingin tinggal lama.

Kek jantung pisang
Disini juga kami telah diperkenalkan dengan Kek Jantung Pisang [klik] yang mana ianya dikatakan merupakan pelopor kepada Kek Lapis Sarawak sekarang.

Koperasi Kampung Melayu Tebakang Serian Berhad
Alamat : Kampung Melayu Tebakang, 94750, Tebakang Serian, Sarawak Malaysia

KOPERASI KAMPUNG MONGKOS SERIAN BERHAD| Disini kami berpeluang untuk mengenali dan mendekati budaya masyarakat Bidayuh. Dari awal kehadiran kami disambut meriah dengan penuh adat istiadat kepercayaan masyarakat Bidayuh ini. Kami juga turut dihiburkan dengan beberapa buah tarian tradisi oleh anak-anak Bidayuh.

Rumah panjang masyarakat Bidayuh Sarawak
Mereka juga mempunyai tarikan yang cukup unik iaitu sebuah rumah panjang 24 pintu [klik] yang masih berfungsi mengekalkan budaya masyarakat Bidayuh di Sarawak.

Untuk pengetahuan korang, jarak untuk ke sempadan indonesia hanya 2.5 km sahaja dari perkampungan ini. Tapi kerana kesuntukan masa kami tidak sempat untuk ke sempadan.

Dekat untuk ke sempadan Indosesia
Selain dari tarikan utama iaitu rumah panjang, mereka juga mempunyai beberapa buah homestay dan pelbagai aktiviti menarik untuk pegunjung yang datang. Antara tarikan lain yang korang boleh dapat di sini adalah Air Terjun Silungkong, ianya megambil masa 45 minit treking dari kampung, sepanjang perjalanan itu anda juga boleh menikmati keindahan flora dan fauna. Di sini juga sangat popular dengan sambutan Pesta Gawai / Harvest yang disambut pada bulan Mei-Jun.

Koperasi Kampung Mongkos Serian Berhad
Alamat : Daerah Serian, d/a Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Sarawak, 94700 Serian, Malaysia.

KOPERASI WARISAN PELANCONGAN BAKO KUCHING | Berpeluang untuk mendekati alam semulajadi dengan membuat lawatan ke Taman Negara Bako.

Lawatan ke kampung Melayu Bako
Disini juga kami berpeluang ke Kampung Melayu Bako iaitu antara perkampungan nelayan yang wujud di sini. Menikmati makan tengahari bersama penduduk kampung dengan makanan laut yang sangat fresh.

Belacan Bako
Kami juga berpeluang untuk melihat sendiri proses pembuatan belacan Bako yang cukup popular di negeri Sarawak.

Koperasi Warisan Pelancongan Berhad
Alamat : Jeti Terminal Taman Negara Bako, Kampung Bako, Kuching, Sarawak.
Tel: +6017-8857798
Email: pbptnbsarawak@gmail.com

KOPERASI KELUARGA SUMIRAN KUCHING BERHAD | Satu-satunya koperasi yang lain dari yang lain yang telah kami lawati di negeri Sarawak ni. Diuruskan sepenuhnya oleh keluarga Sumiran. Ianya merupakan Eco-Camp yang sangat sesuai untuk pelbagai aktiviti lasak dan outdoor.

Camp fire
Program yang ditawarkan Sumiran Eco-Camp ialah:

* Teambuilding
* Leadership and Prefect Training
* Family Day Reatreat and Birthday
* Outdoor Zumba
* Boot Camp, dengan syarat :

* Minima 30 peserta
* Termasuk makan dan minum
* Dengan penginapan
* Termasuk fasilitator/jurulatih

Koperasi Keluarga Sumiran Kuching Berhad
Alamat : Lot 896, Rantau Panjang, Batu Kawa, Matang Land District 93250 Kuching, Malaysia.
Tel : 010-979 2061 / 012-881 1952 / 082-645 591
Email : sumiran.ecofarm@facebook.com
_____________________

Selain dari 4 yang dilawati ini, masih banyak lagi koperasi yang wujud dan aktif di seluruh Malaysia termasuk negeri Sarawak ni sendiri. Ianya boleh dilihat jika korang berpeluang ke Hari Koperasi Negara 2015 yang lepas.

Terima kasih kepada Majalah Gaya Travel kerana telah memberi peluang kepada MY untuk terbang ke bumi kenyalang ni bersama-sama dalam program JOM JELAJAH KOPERASI SARAWAK 2015 ni.


MENU TERBARU AUNTIE ANNE'S 2015

$
0
0

MENU TERBARU AUNTIE ANNE'S 2015 | Korang perasan tak, kalau ke shopping mall mesti je ada outlet Auntie Anne's ni. Dan apa yang MY perasan di setiap outlet dia mesti ramai orang. *boleh dikatakan sampai beratur orang nak beli.

Serius MY nak bagitau, kalau dulu hanya lalu je depan outlet Auntie Anne's ni. Teringin sangat nak singgah beli. Tapi tak terbeli jugak. Bukan apa, sebenarnya takut, tak tahu nak oder apa. Kang salah oder kena gelak kat orang plak kan.

PENGALAMAN PERTAMA | Akhirnya dapat juga rasa Auntie Anne's ni. Alkisahnya bila keluar dengan geng Projek Travel ni, diorang ajak pergi pekena Auntie Anne's. *so nilah masanya nak cuba kan. Pada mulanya hanya mampu ikut je apa yang kawan lain oder. Apa yang sangat di recommen oleh diorang ialah Pretzel Dogs Cheese. *wow, tak menyesal beli weh. Bila dapat makan masa dia panas-panas tu. *wallaweh terangkat.

Dalam dok melahap Pratzel Dogs Cheese tu tangan ni sempat juga merayap ke makanan orang lain. *nak rasa ciked katanya. eh. hahahah. Hope diorang halalkan lah cubitan MY tu.


Alhamdulillah, cubit sana, cubit sini, dapat jugak merasa semua, dari pratzel bermacam rasa, pretzel dogs dan pretzel stick yang sangat menggiurkan tu.

MENU BARU | Untuk pengetahuan korang, Auntie Anne's baru sahaja memperkenalkan menu baru iaitu Chili Topped Mini Pretzel Dogs. Rasanya agak pedas sedikit, tapi tidak terlalu pedas. Walaupun ianya nampak sikit tapi ianya boleh membuatkan korang kenyang. 

Chili Topped Mini Pretzel Dogs
Chili Topped Mini Pretzel Dogs

Amacam? Ada rasa cair meleleh tak? kalau dah rasa begitu kena lah pergi beli dan rasa sendiri menu baru nie. Ia memang mengeyangkan perut ni.


Location : [klik]
Website : www.auntieannes.com.my

TARIKAN POPULAR NIPAH GUESTHOUSE DI PULAU PANGKOR

$
0
0

TARIKAN POPULAR NIPAH GUESTHOUSE DI PULAU PANGKOR | Pulau Pangkor merupakan salah satu pulau pilihan percutian popular di Malaysia. *siapa tidak teruja bila berpeluang untuk bercuti ke Pulau Pangkor.

Kali ini MY cukup bertuah dan berterima kasih kepada Gaya Travel [klik] dan Tourism Perak [klik] kerana sudi membawa MY untuk meneroka dan menikmati keindahan Pulau Pangkor ni buat pertama kalinya.

Pihak Gaya Travel dan Tourism Perak
Pihak Gaya Travel dan Tourism Perak


Apa yang MY nak cerita kali ni bukan mengenai pulau, tapi ianya mengenai keunikan sebuah guesthouse yang berada di Pulau Pangkor ni. Ianya ialah NIPAH GUESTHOUSE. Memang MY tak sangka, di Malaysia pun boleh ada guesthouse sebegini.

Nipah GuestHouse

NIPAH GUESTHOUSE | 
Untuk pengetahuan pembaca, Nipah GuestHouse ini dimiliki oleh Encik Anuar Razak. Apa yang membuatkan MY lagi teruja, ia adalah hasil titik peluh keluarga iaitu beliau dan isteri. Bak kata isterinya, suaminya mampu melakukan banyak perkara. Dialah pemilik, dialah tukang kebun, dialah tukang paip dan sebagainya. Manakala isterinya pula menjaga hal ehwal pengurusan. *sangat teruja dan respect keluarga ni.

Nipah GuestHouse

Nipah GuestHouse

Berkat usaha dan minat yang kuat, mereka telah pergi lebih jauh dan banyak mendapat penghargaan dan anugerah termasuk dari TripAdvisor [klik]. *Tahniah dari team kami untuk mereka.

Antara anugerah yang pernah mereka terima
Apa yang lebih menarik tentang NIPAH GUESTHOUSE ini, ia menyediakan dapur terbuka untuk pelanggannya meyediakan makanan sendiri terutama pada waktu makan pagi . Pelanggan boleh memasak dan membersihkan sendiri alatan yang mereka telah gunakan semasa sarapan. 

Sekitar cafe / kantin Nipah Guest House
Tidak hairanlah jika ramai pelangganya berpuas hati jika datang ke sini. Layanan dari kedua suami isteri ini sangat mesra dan meyenangkan sesiapa sahaja yang datang.


KADAR HARGA BILIK

A- Frame Cottage ( Max 2 orang termasuk kanak-kanak ) 

A- Frame Cottage


Ahad - Khamis: RM120.00 seunit / malam 
Jumaat, Sabtu & Cuti Sekolah : RM150.00 seunit / malam 
Musim Puncak : RM180.00 seunit / malam 
Terdapat 4 unit

Menara Cottage ( Max 3 orang termasuk kanak-kanak ) 

Menara Cottage

Menara Cottage

Ahad - Khamis: RM180.00 seunit / malam 
Jumaat, Sabtu & Cuti Sekolah : RM210.00 seunit / malam 
Musim Puncak : RM240.00 seunit / malam 
Hanya 1 unit

Deluxe Chalet ( Max 3 orang termasuk kanak-kanak ) 

Ahad - Khamis: RM150.00 seunit / malam 
Jumaat, Sabtu & Cuti Sekolah : RM180.00 seunit / malam 
Musim Puncak : RM210.00 seunit / malam 
Terdapat 2 unit

Guesthouse ( Sehingga 6 orang termasuk kanak-kanak ) 

Ahad - Khamis: RM300.00 seunit / malam 
Jumaat, Sabtu & Cuti Sekolah : RM350.00 seunit / malam 
Musim Puncak : RM400.00 seunit / malam 
Hanya 1 unit

** Sarapan rumah DIY termasuk dalam kadar harga bilik

Walaupun hanya memiliki beberapa buah bilik untuk disewakan kepada pelanggannya, mereka mempunyai sebab yang kukuh tentangnya. Apa yang mereka fokuskan disini adalah Kualiti, bukan pada Kuantiti.


Apa yang MY nak pesan pada korang. Bagi mereka yang ingin berbulan madu disini bersama pasangan anda, pastikan anda mempunyai / bawa bukti perkahwinan korang. Jika tidak, anda dan pasangan anda tidak dibenarkan untuk menginap di sini. (hanya untuk pasangan beragama islam sahaja)

Jika ingin bercuti disini, pastikan anda membuat booking seawal mungkin kerana ianya sentiasa penuh terutama untuk hujung minggu.

Bagi mereka yang ingin kesini dari Jeti Pulau Pangkor, mereka boleh menyewa teksi dengan kadar RM15 sebuah. (harga dari jeti pulau pangkor ke Nipah GuestHouse)

Untuk Maklumat Lanjut Boleh Hubungi :

NIPAH GUESTHOUSE

*HOME AWAY FROM HOME*
Safety, Clean, Comfort.

Anuar Abd Razak 
017-5069259

Alamat : 
Lot 4506, 
Teluk Nipah, 
32300 Pulau Pangkor, 
Perak. 

E-Mail : 
nipah.guesthouse@gmail.com 


PISANG GORENG SAMBAL KICAP DI JOHOR BAHRU

$
0
0

PISANG GORENG SAMBAL KICAP DI JOHOR BAHRU | MY difahamkan bahawa PISANG goreng merupakan salah satu kudapan 'wajib' dan menjadi identiti rakyat Johor. Apa yang menariknya lagi, pisang goreng ini akan dimakan bersama sambal kicap. *agak aneh, tapi ternyata ianya sangat sedap.

Pisang Goreng Mawar
LOKASI PISANG GORENG POPULAR | Alang-alang MY dah berada di Johor Bahru, haruslah kena cari 'port' goreng pisang yang terkenal kan? Rezeki MY barangkali bila berkesempatan untuk singgah dan rasa sendiri pisang goreng ni di gerai yang cukup popular di Johor Bahru ni.

Apa yang lebih menarik port goreng pisang popular dan menjadi tarikan pelancong adalah Mawar Cafe di Jalan Sungai Chat, berhampiran Hotel Thistle (iaitu hotel dimana kami menginap) dan ianya betol-betol menghadap Pantai Lido.

Mawar Cafe
Gerai Mawar ini diberi dipanggi kerana dahulunya ia terletak berhampiran bangunan Majlis Wanita Johor (Mawar) dan mempunyai tarikan tersendiri iaitu menjual pelbagai jenis pisang yang menjadi teras perniagaannya. Jadi sehingga sekarang nama itu menjadi ikutan kepada semua pelanggan-pelanggan yang datang.

Address : 
Banana Fritters Mawar 888, 
Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, 
Johor Malaysia 
GPS : 
N01 27.767′  E103 44.474′

Anak pemilik, Noraznia Rasid, 25, berkata, antara jenis pisang yang digunakan untuk membuat pisang goreng di kafenya adalah pisang nipah, tanduk, nangka dan paling eksklusif adalah pisang raja.

HARGA PISANG GORENG | Dari segi harga, untuk pisang biasa RM 1 untuk 2 manakala untuk pisang raja, ianya hanya digoreng jika dioder khas dan ianya berharga RM2 untuk sebiji pisang.

dapur terbuka
pelanggan boleh melihat sendiri cara penyediaan
juga boleh dibungkus untuk bawa balik
Untuk melengkapkan pisang goreng ini, ia disediakan bersama sambal kicap cair. *nampak biasa, tapi korang kena rasa sendiri.

disediakan dengan sambal kicap
Selain pisang goreng, pihaknya juga menjual kuih-muih tradisional dan moden, nasi lemak, pelbagai jenis mi dan roti berlauk yang turut menjadi tarikan pengunjung ke situ. Gerai ini dikatakan mula beroperasi pada tahun 2003. Waktu perniagaan ialah bermula pada 11.00 pagi sehingga 7.30 petang. Mereka beroperasi setiap hari kecuali hari sabtu.

Rakan media
Gerai ini dikatakan sentiasa penuh dengan pelanggan. *korang boleh tengok sendiri dalam foto. Tidak hanya dari penduduk setempat, mereka juga menerima kunjungan dari orang kenamaan dan artis. Jadi, korang pun kalau turun Johor Bahru ni kena datang dan rasa sendiri pisang goreng disini.


Viewing all 1027 articles
Browse latest View live