Quantcast
Channel: Mawardi Yunus
Viewing all 1027 articles
Browse latest View live

TARIKAN DI PUTRAJAYA

$
0
0
TARIKAN DI PUTRAJAYA | Bermula dari sebuah ladang getah atau kampung terpencil yang mana asalnya dengan nama Prang Besar. Nama tersebut diakatakan berasal dari nama seorang ketua kampung (orang asli) yang sanggup berperang dengan angkatan bintang tiga yang mahu merampas tanah orang asli bagi membina sebuah kem. Tapi, rampasan itu tidak berjaya kerana hebatnya ilmu yang ada pada tok batin tersebut. Maka, begitulah serba sedikit mengenai asal usul dimana sebelum bertukarnya nama tempat tersebut. Putrajaya adalah dari singkatan 'Putra' dimana ianya dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan 'jaya' yang bermaksud 'kecemerlangan'. Maka terjadilah Putrajaya yang anda ketahui sekarang._info Google.

Kini Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan baru yang selama ini terletak di Kuala Lumpur yang sangat sesak dan pesat pada ketika itu. Ini juga merupakan salah satu faktor perpindahannya untuk mengurangkan kesibukan di Kuala Lumpur. Selari dengan pembagunan ini, banyak tempat menarik telah diwujudkan untuk kemudahan penduduk setempat dan sekitarnya.

Semasa Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia anjuran Majalah Gaya Travel yang lepas, MY sempat berkunjung di beberapa tempat menarik di Putrajaya. Antaranya ialah :




MASJID PUTRA | Untuk pengetahuan korang, Masjid Putra ini juga dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. 

Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid. Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.

WEBSITE

________________________________


TAMAN WARISAN PERTANIAN | Taman Warisan Pertanian ini terletak di Presint 16, Putrajaya. Ia menekankan kepada latar belakang pertanian Malaysia dengan nilai komersial. Pelawat yang datang kesini boleh merasa sendiri buah-buahan segar dan melihat pelbagai aktiviti pertanian seperti menoreh getah, mengumpul getah, penjagaan tanaman, pemeliharaan buah-buahan dan banyak lagi.

Antara tarikan di sini termasuk kompleks pelawat, dusun, laluan herba dan rempah, petak getah klon dan banyak lagi.

WEBSITE

________________________________


TAMAN CABARAN | Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan pada cabaran. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan khas untuk pegunjungnya. Antaranya ialah:

*Extreme Sport Facilities(Climbing Sport)
* Extreme Sport Facilities(Sliding Sport)
* Extreme Bike Route
* Thrill Park

WEBSITE

________________________________


foto @Hanifzman


TAMAN WETLANDWetland Putrajaya  merupakan taman wetland buatan manusia pertama di Malaysia. Taman Wetland terdiri daripada Taman Wetland (138 hektar) dan kawasan sekitar wetland (1977 hektar).


Taman Wetland mempunyai menara pemerhati setinggi 18 meter, nurseri tanaman, denai semula jadi, kolam flamingo, kawasan berkelah serta tarikan menarik yang lain. Pelawat juga boleh mendapatkan maklumat di pusat pemuliharaan wetland dan kepentingannya kepada ekosistem di Putrajaya.

WEBSITE

________________________________


SKYRIDES FESTIVALS PARK | Skyrides Perayaan Park adalah Taman Tema Belon Helium pertama dan terbesar di Malaysia. Skyrides ballon ini membolehkan anda untuk menikmati pemandangan 360 darjah di sekitar Putrajaya dari aras 150 meter.


Antara tarikan lain yang ada di sini ialah :

- SkyWarriors Rainforest Challenge ; permainan untuk menguji kekuatan dan ketahanan diri.
- SkyKids ; taman permainan utama untuk kanak-kanak dan golongan muda.
- SkyGallery ; terdiri daripada koleksi yang hebat untuk memperingati memori anda.
- SkyDemo ; dimana anda boleh belajar bagaimana untuk membuat kraftangan sendiri.
- SkyTaste ; makanan ringan yang lazat untuk semua peringkat usia.

Masa beroperasi:

Isnin – Khamis: 10:00 AM hingga 10:00 PM

Jumaat – Sabtu: 10:00 Am hingga 12:00 AM (midnight)

Ahad: 10:00 AM hingga 11:00 PM

HARGA TIKET:

Masuk ke Skyrides Festivals Park adalah PERCUMA . Hanya ride dan makanan sahaja berbayar.

– Skyrides Balloon:
MyKad – Adult RM38, Kid RM30.
Non-MyKad – Adults RM68, Kid RM60.

– Skywarrior Rainforest Challenge:
RM10 with unlimited tries.

– Skykids:
RM10 per child



Selain dari tempat dan lokasi yang MY nyatakan di atas, ada banyak lagi tempat menarik untuk korang lawati jika ke Putrajaya.


Homestay Taman Desa Idaman Durian Tunggal | Homestay Negeri Melaka

$
0
0
Homestay Taman Desa Idaman Durian Tunggal | Homestay Negeri Melaka | Jika anda ke melaka atas urusan kerja atau bercuti bersama keluarga dan memerlukan penginapan selesa bolehlah mencuba ArD Homestay [klik] yang berada di Taman Desa Idaman Durian Tunggal, Melaka.

ArD Homestay Taman Desa Idaman Durian Tunggal

Kawasan Tumpuan Berhampiran ArD Homestay


  • Lapangan Terbang Antarabangsa Baru Berendam - (11 minit - 8 KM)
  • Taman Seribu Bunga - (12 minit - 9.1 KM)
  • Mydin MITC - (14 minit - 9.6 KM)
  • Melaka Planetarium - (13 minit - 9 KM)
  • Zoo Melaka - (10 minit - 7.6 KM)
  • Taman Buaya - (10 minit - 7.6 KM)
  • Bayou Lagoon Park Resort - (17 minit - 13 KM)
  • Melaka Wonderland Theme Park - (15 minit - 7.6 KM)
  • Mahkota Parade - (30 minit - 17 KM)
  • Dataran Pahlawan - (30 minit - 17 KM)
  • Tesco Cheng - (14minit - 10 KM)
  • Taman Rama-Rama - (8 minit - 6 KM)
  • UTeM Melaka - (13 minit - 8.3 KM)
  • Kolej Yayasan Saad - (11 minit - 7 KM)
  • Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (MOZAC) - (18 minit - 12 KM)
  • UiTM Lendu Alor Gajah - (23 minit - 18 KM)
  • Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Selandar - (28 minit - 30 KM)
  • Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILP Selandar) - (20 minit - 20 KM)
  • Kolej Komuniti Selandar - (21 minit - 20 KM)
  • Melaka River Cruise (Taman Rempah) - (25 minit - 14.3 KM)
  • Coconut Shake Batu Berendam - (14 minit - 9.5 KM)
  • Asam Pedas Power - (27 minit - 16 KM)
  • Menara Taming Sari - (30 minit - 16.5 KM)
  • Rumah Merah Bandar Hilir - (29 minit - 16 KM)
  • A'Famosa Resort & Waterworld - (28 minit - 24 KM)
  • AEON Bandaraya Melaka - (24 minit - 14 KM)
  • Ikan Bakar Alai - (34 minit - 21.5 KM)
  • Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai - (36 minit - 28 KM)
  • Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung - (34 minit - 21 KM)
  • Hospital Besar Melaka - (21 minit - 13 KM)
  • Hospital Putra Melaka - (25 minit - 15 KM)
  • Hospital Pantai Melaka - (21 minit - 13 KM)
  • Masjid Al-Azim - (22 minit - 13.5 KM)
  • Pantai Puteri - (32 minit - 24.5 KM)

    Kemudahan lain di sekitar ArD Homestay


    • Petronas dan Shell di Pekan Durian Tunggal
    • ATM di Petronas dan Shell
    • Pejabat Pos
    • Medan selera 
    • Kedai runcit

    Kemudahan yang disediakan di ArD Homestay


    • Kelengkapan dapur lengkap
    • Periuk nasi
    • Pemanas air
    • Peti sejuk 
    • Ruang tamu sofa (3+2+1) 
    • 3 bilik tidur (queen size)
    • 2 bilik air (water heater)
    • Astro ENJOI 
    • Parkir kereta luas 
    • Penghawa dingin (bilik tidur utama & ruang tamu) 
    • Kipas angin tersedia di setiap bilik tidur dan di ruang tamu

    Keselesaan Penginapan


    • 6 hingga 10 orang (bagi menjaga keharmonian kejiranan berdekatan)

    Harga Semalaman


    • (Promosi sah sehingga akhir tahun 2014 sahaja)

    • RM180 / hari
    • (Hari Biasa / Cuti Umum / Cuti Sekolah)


    Maklumat Penting


    • ArD Homestay khas untuk MUSLIM BERKELUARGA sahaja

    Masa


    • Check In/Masuk : 3.00 Petang 
    • Check Out/Keluar : 12.00 Tengahari

    Panduan ke ArD Homestay Taman Desa Idaman Durian Tunggal


    Peta dan lokasi
    • Exit Plaza Tol terdekat : 

    • Plaza Tol Ayer Keroh


    Koordinat GPS ArD Homestay Taman Desa Idaman Durian Tunggal


    2.030615, 102.280067

    Nombor Untuk Dihubungi 


    AZAHAR : 0105071639

    Website


    (lihat sekitar homestay luar dan dalam)


    TEATER MUZIKAL MAK CUN BEST

    $
    0
    0
    Barisan pelakon teater Mok Cun
    TEATER MAK CUN BEST | Siapa yang tidak tahu akan kisah Mak Cun (Mok Cun) yang mana merupakan usahawan desa yang mempunyai cita-cita tinggi berasal dari Kodiang, Kedah. Kisah  dari drama bersirinya cukup popular dan menjadi fenomena pada semua golongan usia tak kira yang tua, muda mahupun kanak-kanak.

    Rahim Razali bersama para pelakon utama Mak Cun iaitu Datin Seri Umie Aida (kiri), Erma Fatima (kanan) dan Balqis Samundur Khan (duduk) – Foto TV3


    Selepas drama bersiri Mok Cun tamat di tayangkan di tv3, atas permintaan peminat-peminatnya. Eirma Fatima telah menghasilkan sebuah pementasan teater Mok Cun diIstana Budayaiaitu bermula 14 November sehingga 22 November 2015 lepas. Dengan berkonsepkan teater musikal komedi, sudah semestinya ia sangat menghiburkan.


    Memang rugilah bagi MY kalau tak dapat tengok pementasan teater Mok Cun ni. Tambah pulak bila ianya hasil dari karyawan dan pelakon hebat Eirma Fatima kan? Walaupun ianya sudah ditayangkan sebagai drama bersiri di tv. MY yakin bahawa Eirma Fatima akan membawakan sesuatu kelainan pada pementasan teater Mok Cun ni. Ternyata ianya tidak mengecewakan.



    Teater Mok Cun ini bukanlah satu pementasan atau cerita yang sia-sia. Ianya penuh dengan nilai positif dan pengajaran untuk kita khususnya usahawan melayu. Kalau nak bercerita mengenai lawak, ianya cukup perfact. *tidak mungkin akan ada yang tertidur semasa menonton teater ini barangkali. Semua watak yang ada memainkan peranan masing-masing dengan cukup baik. Tidak kira dari watak utama iaitu Eirma Fatima sendiri sehingga sekecil-kecil watak pelakon tambahan.

    Apa yang MY harapkan, pementasan Mok Cun ini tidak berhenti hanya disini. Tolong buat lagi please.

    Foto : Khai Artzfar

    TEATER BAWANG PUTIH BAWANG MERAH DI ISTANA BUDAYA

    $
    0
    0

    TEATER BAWANG MERAH BAWANG PUTIH DI ISTANA BUDAYA | Selepas berjayanya teater musikal Mak Cun pada beberapa minggu yang lepas, kini Eirma Fatima memeriahkan kembali Panggung Sari Istana Budaya dengan pementasan Teater Musikal Bawang Putih Bawang Merah (TBPBM). *apa yang menariknya dengan pementasan TBPBM kali ni?

    perbalahan antara mak Kundur dan mak Labu
    Semua sudah sedia maklum dengan jalan cerita lagenda ini. Bagaimana nasib ibu Labu bersama anaknya si Merah selepas kematian ayah si Merah. Keadaan semakin teruk setelah ibu si Merah iaitu Labu mati dibunuh madu sendiri akibat cemburu dendam. Sudah semestinya Eirma Fatima telah membawakan suatu kelainan pada pementasan TBPBM pada kali ini.

    penambahan watak si bongkok yang dilakonkan oleh beto  kusyairy
    Ada watak baru cuba beliau tonjolkan untuk membantu menghidupkan lagi penceritaan sebenar iaitu Si Bongkok yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy.

    peyiksaan mak Kundur terhadap anak tiri beliau si Merah
    Penggunaan prop dan lagu pada TBPBM arahan Eirma Fatima ini boleh dipuji.

    adengan mencuit hati




    Apa yang MY boleh katakan, persembahan TBPBM ini sangat berbaloi ditonton. Penuh dengan nilai-nilai murni dan pengajaran. Ianya merupakan Teater rakyat sesuai untuk tontonan umum. Dapatkan tiket anda sekarang.

    Foto : Khai Artzfar

    POWERBANK PINENG PN920 DARI LAZADA

    $
    0
    0
    POWERBANK PINENG PN920 DARI LAZADA | Sudah sampai masanya untuk bertukar kepada powerbank baru setelah bertahun powerbank lama bertahan. *itupon rosak sebab tertumpah sup masa dinner tempoh hari. Jika dulu MY menggunakan powerbank yang berjenama PINENG, untuk kali ni juga jenama sama MY pilih kerana kualitinya. Semua sedia maklum bagaimana pentingnya benda yang bergelar powerbank ni. *kalau tak ada powerbank boleh muram beberapa jam, sebab tak leh on telefon kan. Oleh keranaLAZADA ada membuat promosi, sekali lagi MY membeli powerbank di LAZADA.


    Sistem yang boleh dipuji, dari awal barang dioder sehingga proses barang dihantar dan sampai ke tangan MY. Perkhidmatan penghantaran barang yang tidak menyusahkan pelanggan. Bila barang dalam proses penghantaran notification akan diberikan melalui masej dan email untuk memudahkan pelanggan seperti MY menunggu barang sampai. *tidak perlu menunggu berhari-hari tanpa kabar berita.

    Walaupun dari jenama yang sama iaitu PINENG, model powerbank yang MY beli kali ini berbeza dari yang sebelumnya.



    Pineng PN920 20000mAh Powerbank Dual USB Port with New Design (Black)
    + Free Hi Speed Charger




    Sengaja pilih yang 20000mAh, sebab kalau travel atau berjalan mesti akan makan masa untuk balik ke rumah. *jadi powerbank lah penyelamatnya. Apa yang best dengan powerbank ni, dia membantu untuk charge telefon kita dengan cepat, manakala kelemahan yang ada pada powerbank ni pula seperti berikut:


    Kekurangan:

    *masa charge powerbank yang sangat makan masa
    *saiz yang besar dan berat
    *tidak disertakan dengan cable untuk charge telefon
    (hanya chager powerbank sahaja diberi)



    Powerbank ni MY beli hanya dengan harga RM74 termasuk GST dan delivery. *bayar masa barang sampai (COD). Jadi bagi mereka yang takut nak beli barang online tu, korang tak perlu risau la sebab boleh bayar masa korang terima barang ya. Apapon, masih awal lagi kalau MY nak buat review penuh. Apa yang MY harapkan ianya tak akan mengecewakan MY sepertimana perkhidmatan abangnya sebelum ni.

    LAZADA BUAT HAL LAGI | ONLINE REVOLUTION SALE

    $
    0
    0

    Sangat sibuk dengan kerja sampai lupa akan hobi sendiri iaitu travel. Kalau diikutkan pada keadaan sekarang, hobi tu dah boleh menjadi satu keperluan. * arghhhhh, i need a vacation. Insyaallah kalau takde aral melintang, semua akan selesai sebelum early of February 2016 nanti. *tapi kemana kah kita?. Okay yang ni rahsia, kena tunggu update dari MY dari masa ke semasa. *tapi syok jugak kalau ada yang sudi taja kan?.



    Tapi macam macamana nak travel kalau tak ada persediaan kan?. Banyak benda nak kena fikir kalau nak dapat kualiti pada perjalanan kita nanti. *luggage tak ada? masalah besar tu. *kamera pun nak kena ada yang terbaik? kalau tak ada macamana nak rakam memori travel kita kan.


    Nak dijadikan cerita LAZADA pulak buat hal. *apa kes wei? Diorang tengah dok buat diskaun tak hengat wei. Maka tersebutlah alkisah MY ternampak luggage yang sweet mueet yang supder duper murah kat website diorang tu.


    Travel Star TS020 Ultralight Weight Luggage 2 in1 Set 20 Inch+24 Blue Rainbow



    Ko tak rasa nak meninggal tengok harga sebelum bag ni? wallaweh 70% tu dia offer. Kalau tak caya nak link dia, korang leh rujuk SINI [klik]. Ni kalau dapat beg ni MY rasa, kalau jalan kat airport tu memang tak pandang kiri kanan la, mendogak je ke atas tanda berlagak kaya kan. Boleh menangis orang sekeliling airport tengok. *harap-harap jalan tu tak tersadung jatuh ditimpa luggage plak la kan. hahahahah.

    Bila bercerita pasal kamera pulak, dah lama MY mengidam nak memiliki model kamera Sony Alpha A6000. Pilihan terbaik untuk seorang traveller macam MY ni. Tapi sebelum ni leh gigit lidah ajelah bila tengok harga dia kan.


    Sony Alpha A6000 w/16-50mm (Silver) Mirrorless Digital Camera + 16GB + Case



    Tapi, sekarang LAZADA ada buat promosi sehingga 24% untuk kamera model ni. Kalau tak percaya jugak korang boleh rujuk SINI [klik]. Memang berbaloi-baloi kan. *eh kamera pun ada ke kat LAZADA?. Kenapa pulak tak ada, kat Lazada ni amcam-macam ada tau, kecuali orang je diorang tak jual.

    psst: korang jangan ingat MY dok usha dua benda ni je tau, sebab harga dia boleh buat orang meninggal tau tak!!!!! hahaha



    Ha!!!! korang nampak tak apa yang MY nampak? yang tu pun boleh masuk list jugak tu. GoPro Hero 4 tu. wuwuwuwuwuwu.

    Takkan korang nak tengok je kan. Semuanya dengan HARGA RUNTUH. Korang mesti ingat Online Revolution Lazada berlansung pada 10 hingga 12 Disember 2015 sahaja. Jangan buang masa lagi jom pakat shopping di http://www.lazada.com.my/online-revolution/ [klik].

    KENAPA LAZADA | Kenapa MY suka sangat rujuk pada online shopping website seperti LAZADA ni oleh kerana mudah, menjimatkan masa dan duit. Tambah pula bila ada musim-musim harga runtuh macam ni. Tapi awas, jika korang salah pilih, korang akan menghadapi masalah dalam beberapa perkara seperti dapat barang yang lain dari apa yang dioder, dan perkara paling MY selalu hadapi ialah masalah service penghantaran yang teruk.

    Sepanjang MY menjadikan LAZADA sebagai tempat untuk MY shopping secara online. Perkara yang paling best yang MY nampak ialah bagaimana cekap dan bagusnya pengurusan sistem penghantaran barang diorang. Mereka menggunakan sistem notification pada masej dan email untuk memberitahu pada setiap pelanggan mereka akan status barang yang akan diorang hantar. Boleh rujuk SINI [klik] untuk barang yang pernah MY beli dengan LAZADA.


    Ini merupakan contoh email yang kita akan dapat. Jika anda berada di dalam kawasan berdekatan, biasanya barang akan sampai kurang dari separuh hari dari email yang korang dapat. *serius service LAZADA memang tidak menyusahkan pelanggan mereka. Pelanggan akan tahu bila barang akan sampai dan boleh bersedia untuk menunggu. bagi mereka yang tidak percaya pada online shopping, korang tak perlu risau kerana LAZADA menyediakan perkhidmatan Cash On Delivery. Bayar semasa anda menerima barang yang dioder. *its fair rite.





    DASHING TINGKATKAN KEYAKINAN BERGANDA LELAKI AKTIF

    $
    0
    0

    DASHING MEN IN ACTION | Lelaki sekarang bukan seperti dulu. Sudah menjadi satu tren atau kemestian dalam menjaga penampilan diri. Bukan sekadar dari segi fesyen, tetapi juga jari segi penjagaan diri termasuk kulit wajah.*siapa tak nak kelihatan kacak, macho kan? 

    Baru-baru ini DASHING dengan bangganya memperkenalkan rangkaian baru pembersih wajah yang diilhamkan dan diperakui oleh Manchester City Football Club. Rangkaian pembersih wajah ini telah dibuat khusus untuk iklim dan kulit Asia.


    Kesemuanya terdiri dari lima produk, setiap darinya direka untuk menyelesaikan  isu-isu kulit yang paling biasa yang dihadapi oleh lelaki yang mempunyai gaya hidup aktif.


    ACNE FREE : Kick off Jerawat yang ada dengan Dashing Acne Free yang telah dirumus khas dengan Zinc & Clay untuk melawan jerawat yang menyebabkan bakteria. Ia juga menggalakkan kulit wajah yang licin dan sihat, skor kulit yang jelas dalam masa yang singkat!

    OIL CLEAR : Dashing Oil Clear telah dirumuskan dengan ramuan rahsia arang buluh yang akan membantu untuk menghilangkan kotoran & minyak berlebihan yang ada pada kulit wajah. Membina pertahanan yang paling kuat terhadap minyak.

    WHITE EXTRA: Telah dirumuskan dengan Tumbuhan Swiss Alpine, Dashing White Extra akan membantu meringan, mencerahkan & memulihkan tona kulit .

    FRESH ICY: Dashing Icy Fresh mengandungi Ice Glacier Water untuk kesegaran segera dan penghidratan kulit. Ia memberi kesegaran yang tahan lama dan rasa sejuk kepada kulit dengan serta-merta dengan mengurangkan haba yang berlebihan pada kulit wajah. Ia juga boleh membantu menangani kekeringan kulit wajah.

    WHITENING SCRUB : Siapa kata lelaki aktif tidak boleh memiliki kulit yang sempurna? Dashing White Scrub dirumuskan dengan Garam Laut yang akan membantu membersih kulit muka secara mendalam & exfoliates. Ia membantu untuk unclog liang, membuang kekotoran dan bintik hitam yang ada pada kulit wajah.

    Bagi korang yang ingin mendapatkan produk Dashing Facial Cleansers ini, semuanya boleh di dapati dengan, 100g dengan harga RM10.90 dan 50g pula dengan harga RM6.90.So guys, go explore your active lifestyle without worrying about your skin issues; Dashing will take care of it.



    NATIONAL CONTEST | To add to your delight, Dashing is also running a National contest and will be giving opportunity to 11 lucky winners to go on a 6 day 5 nights fully paid trip to Manchester, UK. This trip will include a 3 day training camp at the City Football Academy with Academy.

    coaches, an opportunity to get up close to the 1st team players, an Etihad Stadium tour and not forgetting VIP tickets to watch the LIVE match between Manchester City FC and Manchester United on 19th March 2016. 

    It’s a simple SMS based contest and all one needs to do is to buy any Dashing or Elite products and send a simple SMS to enter the contest which ends on 31st December 2015.

    KADAR HARGA BARU TAMBANG ERL, KTM ,LRT DAN MONORAIL

    $
    0
    0

    Berat mata memandang, berat lagi bahu ni yang nak memikulnya. Bagi pengguna kenderaan sendiri dah terbiasa dengan permainan turun naik harga minyak, ditambah lagi dengan kenaikan harga tol yang agak terasa keterlaluannya. Kini tibalah masa untuk rakyat yang setia menggunakan perkhidmatan awam yang katanya sangat efektif tu. *efektif sangat lulz.

    Kenaikan harga baru bagi perkhidmatan KTM Komuter sudah mula dilaksanakan bermula 2 Disember 2015 yang lepas. Dengan kenaikan harga tambang yang rasanya memang sangat ketara getaran dijiwa ni diharap perkhidmatannya pun harus dipertingkatkan jugalah.

    Sumber : Facebook
    Bermula 1 Januari 2016 ni pula kadar tambang ERL pula bakal dinaikkan. Bukan RM5, bukan RM 10, tapi sehingga RM20 untuk KLIA Ekspress KL Sentral ke KLIA / KLIA 2. *banyak tu weh. Kalau dulu ERL ni memang akan jadi pilihan utama kalau MY nak ke KLIA/KLIA2, tapi sekarang memang fikir banyak kali jugak la. Nampak gaya kalau nak ke oversea untuk travel, memang kena pastikan kita betol-betol kaya dulu haha. Mana taknya, belum keluar negara dah banyak duit kena keluar semata-mata atas public transport. Silap-silap tiket kapal terbang korang lagi murah dari naik ERL ni.

    Memandangkan ekonomi negara makin merusut. Pandai-pandailah kita berjimat dan selalulah berdoa supaya ALLAH SWT kurniakan pemimpin negara yang baru buat MALAYSIA yang lebih baik, lebih bertanggungjawab dan mampu memajukan negara kita.

    MENANG LAGI

    $
    0
    0


    Alhamdulillah, rezeki untuk tahun 2016. Entry yang MY buat untuk peraduan di blog sayaiday telah berjaya menarik minat juri untuk dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama.


    Kalau korang tak percaya boleh rujuk SINI [klik].


    Ini bermakna MY bakal menerima 20 000 AirAsia Big Point. *wah boleh travel sakan la ye. Sekurang-kurangnya leh jejak 2-3 buah negara jugak tu. Siapa tak teruja kan. Tak sangka pula, dari ramai-ramai peserta yang join, entry MY yang terpilih untuk dapat tempat pertama tu.

    Alhamdulillah, kalau dikira, ni kali kedua dalam tahun 2015 MY menang hadiah pertama dalam peraduan penulisan blog. Entry sebelum ni ialah berkenaan dengan iklan produk Afy Haniff [klik]. Insyaallah, hal ni membuatkan MY lebih kuat dan bersemangat untuk terus berbloging.

    Terima kasih diucapkan kepada Iday kerana meganjurkan peraduan ni. Nanti anjurkan lagi ya. hehe

    D'SAJI KL TITIWANGSA | RESTORAN TERPILIH DI KUALA LUMPUR

    $
    0
    0



    Restoran D'Saji KL Titiwangsabaru sahaja beroperasi pada tahun 2015 dimana lokasinya dulu merupakan Restoran Nelayan. Ianya mula diambil alih sepenuhnya oleh pengurusan Felda D'Saji pada bulan Mei 2015. Keunikan Restoran D'Saji KL Titiwangsa ini adalah kerana ianya merupakan sebuah restoran terapung. Lokasi Restoran D'Saji KL Titiwangsaini sangat mudah untuk dijejaki kerana ianya terletak di atas Tasik Titiwangsadan berdekatan dengan Istana Budaya.

    Terapung di atas Tasik Titiwangsa
    BUFFET | Untuk pengetahuan korang,  Restoran D'Saji KL Titiwangsa  mempunyai tiga jenis buffet iaitu Buffet Pagi, Buffet Tengah Hari dan Buffet Makan Malam.


    BUFFET PAGI
    Masa
    7.30 pagi – 10.00 pagi (Sabtu & Ahad)
    Harga
    RM12+(dewasa)
    Menu
    Egg Counter (Omelette,Sunny Side Up), Nasi Lemak,Roti Bakar


    BUFFET TENGAH HARI
    Masa
    11.30 pagi – 2.30 petang (setiap hari kecuali Jumaat)
    Harga
    RM 40+(dewasa)
    Menu
    Masakan Melayu seperti Telur Itik Masak Lemak, Ayam Kalio, Asam Pedas Ikan Tenggiri,Ayam Masak Lemak Cili Api


    BUFFET MAKAN MALAM
    Masa
    6.30 petang – 10.30 malam (setiap hari)
    Harga
    RM45+(pemegang mykad)/ RM70+(bukan pemegang mykad)
    Menu
    Lamb with Kuey Teow, Live Counter Pasta, Carving Section Roasted Beef, Steamboat

    A’LA CARTE | Selain konsep buffet, pelanggan juga mempunyai pelbagai pilihan makanan ala carte.


    A’LA CARTE
    Masa
    2.30 petang – 6.30 petang (setiap hari)
    Harga
    *mengikut harga pada buku menu
    Menu
    Beef Short Rib, Lamb Bone “Gear Box”, Fried Kway Teow With Lamb

    *Menu wajib rasa : Fried Kway Teow With Lamb
    Pelbagai pilihan minuman
    Fizzy Lime
    PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN | Bagi korang yang bertandang untuk makan malam, korang akan berpeluang untuk meyaksikan persembahan kebudayaan dan nyanyian akustik​. Persembahan kebudayaan akan bermula dari 8.00 malam sehingga 9.00 malam setiap hari.


    ramah mesra bersama penari kebudayaan
    group foto bersama penari kebudayaan
    PAKEJ MAJLIS | Restoran D'Saji KL Titiwangsa juga ada menyediakan beberapa pakej seperti Pakej Pertunangan, Pakej Akad Nikah, Pakej Perkahwinan dan Pakej Aqiqah.


    PAKEJ PERTUNANGAN
    Harga
    RM 5500 untuk 50 orang
    Tempahan
    Minimum 50 orang
    Fasiliti



    PAKEJ AKAD NIKAH
    Harga
    RM 6000 untuk 50 orang
    Tempahan
    Minimum 50 orang
    Fasiliti
    Bilik Persalinan, Surau Berhawa Dingin,Unit RELA Kawalan Lalu Lintas


    PAKEJ PERKAHWINAN
    Harga
    Bermula dari RM30/seorang
    Tempahan
    Minimum 500 orang
    Fasiliti
    Bilik Persalinan, Surau Berhawa Dingin,Unit RELA Kawalan Lalu Lintas

    PAKEJ AQIQAH
    Harga
    RM 5000 untuk 50 orang
    Tempahan
    Minimum 50 orang
    Fasiliti


    Bagi korang yang mengimpikan majlis perkahwinan yang cukup lain dari yang lain, Restoran D'Saji KL Titiwangsa ini boleh memberikan sesuatu yang cukup unik untuk korang. Jika korang ada bajet lebih, pihak Restoran D'Saji KL Titiwangsa juga ada menyediakan perkhidmatan kereta kuda atau helikopter untuk pengantin. *wallaweh memang meriah habis.

    perkhidmatan kereta kuda
    perkhidmatan helikopter
    Selain dari majlis-majlis di atas, korang juga boleh sewa Restoran D'Saji KL Titiwangsa ini untuk sebarang event seperti majlis hari jadi, majlis rasmi, majlis tidak rasmi dan amcam-macam lagi.


    Ini kerana mereka mempunyai beberapa buah bilik dan ruang makan terbuka.



    Untuk Maklumat lanjut Boleh rujuk :

    GALERI SATE KAJANG

    $
    0
    0

    Kajang memang cukup popular dengan Sate, yang mana ianya telah diiktiraf sebagai salah satu dari jenis makanan warisan di negeri SelangorTapi, tahukah korang bahawa di Kajangmempunyai sebuah Galeri Sate ?. Walaupun sudah berapa tahun duduk di kajang, MY sendiri tak pernah tahu akan kewujudan Galeri Sate Kajang. Ianya terletak bersebelahan dengan medan sate lama yang mana tidak jauh dari Medan Sate Haji Samuri


    Sempena program Eat Travel Write anjuran Gaya Travel yang lepas, MY dan rakan media berkesempatan untuk datang ke Galeri Sate Kajang dan mempelajari mengenai sejarah sate di negara kita.

    "Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidikelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.
    Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19."


    Di sini korang akan dapat mengetahui secara lebih mendalam bagaimana sejarah sate di negara kita mula berkembang dari tahun ke tahun. Galeri Sate Kajang beroperasi setiap hari Sabtu hingga Khamis dari 11 pagi hingga 8 malam. Waktu rehat pada 3 petang hingga 4 petang. Setiap hari jumaat Galeri Sate Kajang akan tutup. Masuk adalah PERCUMA!


    VIDEO KLIP & LIRIK LAGU GERUA FILEM DIWALE

    $
    0
    0
    VIDEO KLIP & LIRIK LAGU GERUA FILEM DIWALE

    Filem Diwale menjadi satu fenomena di Malaysia, mungkin kerana sudah lama filem yang mengandingkan oleh 2 pelakon popular iaitu Shah Rukh Khandan Kajoltidak dibuat. Kemunculan filem Diwale ini seolah-olah mengembalikan memori zaman kegemilangan BOLLYWOOD di Malaysia pada suatu masa dahulu.

    Apa yang menarik ramai peminat filem bollywood untuk ke panggung menonton filem Diwale ini adalah kerana lokasi pengambaran filem yang cukup hebat dan memukau. Dua buah lagu juga telah menjadi bisikan setiap orang ketika ni. Ianya adalah lagu Janam-janam dan Gerua. Antara kedua-dua lagu ni MY lebih gemar pada lagu Gerua. Jom kita tonton video klip Gerua ni.





    Lirik lagu Gerua Filem Diwale

    Dhoop se nikal ke
    Chhaanv se phisal ke
    Hum mile jahaan par
    Lamha tham gaya

    Aasmaan pighal ke
    Sheeshe mein dhal ke
    Jam gaya to tera
    Chehra ban gaya

    Duniya bhula ke tumse mila hoon
    Nikli hai dil se ye duaa
    Rang de tu mohe Gerua
    Ranjhe ki dil se hai duaa
    Rang de tu mohe gerua

    Haan nikli hai dil se ye duaa
    Ho.. Rang de tu mohe gerua

    Ho tumse se shuru.. tumpe fanaa
    Hai Sufiyana yeh dastaan
    Main kaarwaan manzil ho tum
    Jaata jahaan ko har raasta

    Tumse juda jo
    Dil zara sambhal ke
    Dard ka wo saara
    Kohra chhan gaya

    Duniya bhula ke tumse mila hoon
    Nikli hai dil se yeh duaa
    Rang de tu mohe gerua
    Ho.. Ranjhe ki dil se hai duaa
    Rang de tu mohe gerua

    O.. veeraan tha, dil ka jahaan
    Jis din se tu daakhil huaa
    Ik jism se.. ik jaan ka..
    Darza mujhe haasil huaa

    Haan.. pheeke hain saare
    Naate jahaan ke
    Tere saath rishta gehra ban gaya

    Duniya bhula ke tumse mila hoon
    Nikli hai dil se yeh duaa
    Rang de tu mohe gerua
    Ranjhe ki dil se hai duaa
    Rang de tu mohe gerua

    Haan nikli hai dil se ye duaa
    Ho.. Rang de tu mohe gerua

    BUTIK VENDOR DALIA JAMIL DI SHAH ALAM

    $
    0
    0
    BUTIK VENDOR DALIA JAMIL DI SHAH ALAM| Kalau korang perasan, butik yang berkonsepkan vendor cukup popular dan  menjadi platform kepada penjual-penjual barangan online untuk lebih kehadapan.

    Antara salah satu darinya adalah Butik Vendor Dalia Jamil yang telah dibuka berlokasi di Seksyen 19 Shah Alam. Lokasi yang agak strategik kerana ianya tidak terlalu tertumpu seperti di Seksyen 7 Shah Alam dimana terdapat pelbagai butik vendor dan juga butik lain muncul yang menjadikan masalah kepada tempat letak kereta pengunjung.

    Puan Mastura Abdul Rahman
    Puan Mastura Abdul Rahman selaku pemilik butik vendor ini memilih lokasi ini kerana ianya mudah untuk diakses oleh pelanggannya kerana berdekatan dengan landmark popular iaitu, SALAM Medical Centredan juga Hotel De Palma Inn. Selain itu, keselesaan tempat letak kereta pengunjung juga menjadi keutamaan kepada Puan Mastura yang menjadikan pengunjung mudah untuk membeli belah di butik ini.


    Bermula dengan hanya sebagai peniaga online dengan menjual handsock dan juga stokin mesra solat menjadikan pemilik butik vendor ini bertekad membuka butik tersendiri yang berkonsepkan vendor dimana penjual lain juga berpeluang untuk turut serta dibawah satu payung


    Antara jenama yang turut serta didalam butik vendor ini adalah Qilayya Hijab, Ninth Avenue, Al Hadeef, Niemia dan beberapa label lain yang akan turut serta kemudian. Selain menjual kelengkapan wanita, Butik Vendor Dalia Jamil ini juga turut menjual pakaian lelaki yang berkonsepkan muslim seperti jubah dan kurta bagi lelaki.

    Kelengkapan yang dijual disini bermula pada harga RM2 sehinggalah RM250 meliputi pin tudung, handsock, stokin, inner tudung, blous, jubah, kurta dan sebagainya.


    Bagi mereka yang ingin melihat sendiri butik vendor ini korang boleh ke:


    BUTIK VENDOR DALIA JAMIL
    No. 49, Jalan Nelayan 19A
    Seksyen 19, Shah Alam
    Selangor

    Telefon:
    013-272 5881

    Waktu Perniagaan:
    10.30 pagi - 10.00 malam

    Facebook:

    Instagram:

    TONTON FILEM FRIEND REQUEST 2016

    $
    0
    0

    TONTON FILEM FRIEND REQUEST | Filem Friend Requestmerupakan filem Inggeris bergenre seram yang hanya boleh ditonton oleh mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Filem ini mula ditayangkan di pawagam bermula 7 januari 2016. Filem berdurasi selama 1 Jam 40 Minit yang diarah oleh Simon Verhoeven ini menampilkan barisan pelakon seperti Alycia Debnam-Carey, William Moseley, Connor Paolo, Brit Morgan.


    Ringkasan Info Filem :

    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: 18
    Tarikh Tayangan: 7 Januari 2016
    Genre: Seram
    Durasi: 1 Jam 40 Minit
    Pengedar: RAM ENTERTAINMENT
    Pelakon: Alycia Debnam-Carey, William Moseley, Connor Paolo, Brit Morgan
    Pengarah: Simon Verhoeven

    Apa yang MY boleh katakan, ianya merupakan sebuah filem seram yang mempunyai jalan cerita yang cukup menarik. *tidak terlalu mendatar dan ianya sangat psyco. Ianya boleh dikata sebuah filem seram alaf baru dimana menjadikan social media sebagai kunci utama.


    Bermula dari Laura menerima permintaan Marina untuk menjadi rakan di media social facebook, sehingga berlaku salah faham sehingga Laura terpaksa untuk membuang Marina dari senarai rakannya di Facebook. Oleh kerana terlalu kecewa, Laura telah disahkan membunuh diri dengan membakar dirinya sendiri. Namun yang demikian mayatnya tidak dapat dikesan.

    Apa yang pelik, video pembunuhan diri Laura telah diupload ke wall facebook Laura tanpa pengetahuannya, sehingga semua kenalannya tahu akan kematian Marina. Tapi, apa sebenarnya terjadi? siapa yang telah memuat naik video pembunuhan tersebut di facebook Marina? Kalau korang nak tahu apa yang terjadi dan apa penyelesaiannya. Pergi dan tontonlah sendiri. Sekian hehehehe. 

    Nah belanja trailer je.


    Jadi, ingatan untuk semua yang terlalu obses dengan Facebook tu, sila berhati-hati. Stalker di mana-mana. eh

    3 LOKASI SATE TERBAIK DI KAJANG & BANGI

    $
    0
    0
    LOKASI SATE TERBAIK DI KAJANG & BANGI | Bercerita pasal makanan ni, korang tahu tak bahawa SATE telah diiktiraf sebagai salah satu makanan warisan untuk Negeri Selangor. Manakala lokasi paling popular dengan SATE pula adalah di daerah KAJANG.


    Ada beberapa lokasi & restoran SATE menarik yang MY nak kongsikan dengan korang yang berada di sekitar Kajang dan Bangi ni. Ini merupakan restoran pilihan yang mana ada jual SATE yang sangat memuaskan dengan resepi tersendiri.

    1# Willy Satay

    Willy Satay @ Ramal Food Junction
    Jalan Sungai Ramal,
    43000 Kajang

    Tel:
    017-210 7008

    Business hours:
    4pm to 12am


    2# Sate Baung

    Restoran Sate Baung
    No. 8-G Jalan 7/1G,
    Seksyen 7, Bandar Baru Bangi,
    Selangor Darul Ehsan

    Tel:
    03-8912 4926 / 012-200 4800 / 019-681 8111

    Business hours:
    3pm to 2am


    3# Sate UK

    Restoran Sate UK (Urat Ketin)
    No.80, Jalan 7/7A,
    Seksyen 7 Bandar Baru Bangi,
    Selangor

    No telefon :
    014-331 6061/ 016-3910302/ 013-3636455


    Apa yang MY cadangkan ni merupakan lokasi restoran sate yang pernah MY pergi dan rasai sendiri. Ianya ada tarikan tersendiri dan yang penting ianya lebih sedap dari restoran sate popular di kajang yang MY tak nyatakan *tuttttttttttttttttttt. kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai asal usul SATE di Malaysia ni, korang boleh berkunjung ke Galeri Sate Kajang .

    LOKASI MAJLIS PERKAHWINAN FELDA D'SAJI DI KAJANG PERDANA AVENUE

    $
    0
    0


    Bila kita bercerita tentang D'Saji, sudah semestinya cukup terkenal dikalangan orang-orang kita. Jika dulu, mereka sangat popular dengan perkhidmatan catering, sekarang mereka sudah mula melebarkan sayap kepada restoran dan service pakej perkahwinan.

    Kalau korang masih ingat tentang satu entri yang MY dah tulis sebelum ni berkenaan VENUE PERKAHWINAN BARU DARI FELDA D'SAJI DI KAJANG. Baru-baru ni, MY telah berkesempatan untuk kesana untuk melihat sendiri lokasi tersebut.


    Untuk pengetahuan korang di luar sana tu, Kajang Perdana Avenue ni merupakan lokasi ke 11 yang diuruskan secara eksklusif oleh Felda D'Saji. *banyak tu, memang cukup nak buktikan yang mereka mempunyai pengalaman luas dalam bidang ni.

    Apa yang MY suka dengan Kajang Perdana Avenue ni kerana ia mudah diakses dan lokasinya dekat dengan jalan raya. *masa dalam perjalanan tu dah nampak gahnya bangunan dia di tepi jalanKajang Perdana Avenue ni dikatakan boleh memuatkan sehingga 700 orang dalam satu masa. Dengan adanya kemudahan dewan berhawa dingin dan juga ruang terbuka pelanggan boleh pilih mengikut kehendak masing-masing.

    Ruang tertutup berhawa dingin

    Pada bahagian terbuka, mereka ada menyediakan kipas besar yang mampu memberi keselesaan kepada para pegunjung.

    Ruang terbuka
    *PARKING???. Jangan risau, ruang paking yang besar dan dekat dengan dewan.


    Harga pengenalan pakej perkahwinan yang dilancarkan adalah bermula RM28 seorang. Selain majlis perkahwinan, majlis lain seperti akikah, majlis bertunangan, seminar, hari keluarga, akad nikah boleh diadakan disini.* majlis konvo budak tadika pun boleh tau.

    Kemudahan yang disediakan:-

    • Parking sehingga 250 buah kereta dalam satu masa
    • Bilik menunggu VVIP/VIP 
    • Bilik persalinan pengantin yang dilengkapi bilik air,tandas, surau
    • Pejabat jualan

    Akses yang mudah melalui:-

    • SILK Highway
    • Persiaran Kajang-Semenyih By pass
    • Cheras-Kajang Highway
    • Seremban-Kajang Highway
    • Jalan Semenyih

    Pakej perkahwinan di Kajang Perdana Avenue ini termasuk:-

    • Penggunaan tempat 
    • Penyediaan katering, layanan tetamu dan VVIP
    • Hiasan Pelamin
    • Walkway dan Archo Dummy Cake 3 tingkat
    • Standard PA sistem
    • Kawalan lalulintas oleh RELA

    Avenue juga sesuai untuk acara:-

    • Konvokesyen tadika
    • Makan Malam Korporat
    • Fashion Show
    • Pelancaran Produk
    • Seminar
    • Bengkel pembelajaran

    MAJLIS PERASMIAN KAJANG PERDANA AVENUE | Majlis perasmian KAJANG PERDANA AVENUE telah berlansung pada 21 Januari 2016 , dan telah dirasmikan oleh YB Pengerusi Kumpulan Felda iaitu YB Tan Sri Datuk Sri Utama Hj. Mohd Isa Abdul Samad.

    Ucapan perasmian oleh YB Tan Sri Datuk Sri Utama Hj. Mohd Isa Abdul Samad



    Semasa majlis perasmian ni, ramai yang puji dengan masakan yang D'Saji sediakan. Ada juga makanan yang terpilih yang mana menjadi kegemaran ramai pelanggan-pelanggan D'Saji antaranya Apam Balik Seri Menanti dan Cendol Songkok Tinggi. Kedua-dua menu ini boleh di tambah di dalam menu jika diminta oleh pelanggan mereka.

    Apam Balik Seri Menanti
    Apam Balik Seri Menanti
    Ramai yang memuji dengan kesedapan rasa Apam Balik Seri Menanti ni, rasa satu memang tak cukup. *MY saja sudah berapa keping.

    Cendol Songkok Tinggi
    Cendol Songkok Tinggi
    Untuk mereka yang ingin keterangan lanjut, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:


    Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue
    Taman Kajang Perdana
    Kajang
    Selangor

    Telefon:
    03-88811311
    03-26988302
    013-3680453 ( En. Syaiful)
    019-2956232 (Cik. Nurul Nadia)

    Facebook:

    Instagram:



    Terima kasih kepada pihak pengurusan Felda D'Saji atas jemputan team Projek Travel dan rakan bloggerke majlis perasmian ini dan sesi pengenalan kepada Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue.

    Foto : 

    FILEM OLA BOLA, FILEM WAJIB TONTON 2016

    $
    0
    0

    FILEM OLA BOLA, FILEM WAJIB TONTON 2016 | Apa yang korang rasa jika seorang bukan penggemar bola diajak untuk menonton filem yang berkisarkan tentang sejarah bola? *oh my god, hope aku tak tidur dalam panggung nanti. Tapi apa yang telah terjadi adalah perkara sebaliknya.

    Sejak dari minit awal filem ni ditayangkan, MY sudah rasa sesuatu. *satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Jiwa ni seolah sangat menerima. Perasaan seolah-olah sudah lama tidak menonton sebuah filem yang cukup berkualiti seperti ni. *ianya mengingatkan MY kepada arwah Yasmin Ahmad. Filem ini amatlah berkualiti tinggi dan boleh dikatakan setanding dengan filem-filem hebat luar negara. Dari segala segi ianya cukup perfect, dan cukup segalanya.

    Chiu Keng Guan
    Filem ini merupakan sebuah filem arahan Chiu Keng Guan, yang mana beliau pernah berjaya memecahkan rekod kutipan kedua tertinggi selepas Filem Polis Evo melalui filem arahannya sebelum ini iaitu , The Journey dengan kutipan sebanyak RM17.28 juta pada 2014. *semoga filem ini akan lebih berjaya hendaknya.


    SINOPSIS | Kisah OlaBola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia ini. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.


    Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran di mana pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.

    OlaBola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.


    PELAKON AMATUR | Apa yang MY nak puji di sini ialah dari segi pemilihan pelakon. MY seolah tidak percaya bahawa hampir semua watak utama yang ditonjolkan di dalam filem ini merupakan pelakon baru. Kualiti lakonan yang mereka berikan mengalahkan pelakon berpengalaman yang ada di dalam industri lakonan kita.


    Antara pelakon-pelakon baru yang berbakat besar itu, JC Chee, 29 (Tauke), Saran Kumar, 21 (Muthu), & Luqman Hafidz, 25 (Ali). Filem ini juga didokong oleh beberapa orang pelakon lain seperti Lim Jian Wen (Tiam Cai), Mohamad Taufiq (Abu), Eric Teng(Eric), Marianne Tan (Marianne), Katrina Ho (Tan Siew Lee), Daphne Low (Chow Mei Ling) & Mark Williams(Harry Mountain). Semua watak yang ditonjolkan di dalam filem ini sangat memberi impak yang bagus. *sekecil-kecil watak berjaya menghidupkan jalan cerita filem ni. Mereka berjaya menterjemahkan emosi dengan baik sekali sehingga mampu menyentuh hati penonton. *pertama kali MY boleh nangis masa menonton wayang.



    Selain dari barisan pelakon yang MY nyatakan di atas, Bront Palarae juga menjadi salah satu pelakon yang cukup menonjol di dalam filem ini. Dengan hanya memegang watak sampingan sebagai seorang pelatih pengulas sukan, ada pengisian yang cukup untuk membuat kita terhibur.


    Apa yang membuatkan MY untuk terus menonton filem ni sehingga habis ialah kerana, ianya bukan hanya sekadar bercerita mengenai bola sepak, tetapi lebih kepada persahabatan, kekeluargaan, perpaduan kaum dan perjuangan dalam pasukan.







    Jadi apa tunggu lagi, MY sudah. Korang pulak bila lagi? Filem OlaBola ini akan mula di tayangkan di pawagam mulai 28 JANUARI 2016 ini.

    Tonton bukan hanya kerana anda minat kepada bola sahaja, tapi tonton kerana inilah KUALITI FILEM YANG RAKYAT MALAYSIA NAK. Ingat ! bukan bola semata-mata, tapi lebih berkisar mengenai kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Apa yang MY nak katakan, MY amat menyukai filem ini dari segala aspek. *Speechless!!!


    Maklumat lanjut sila layari:

    KITA TRY PAKAI MALAYA POMADE PULAK

    $
    0
    0
    Gambar Hiasan : Sumber www.mynewshub.cc
    Rambut ni boleh di ibaratkan sebagai mahkota kepada lelaki tau. Masalah pada rambut jugak akan membuatkan lelaki kurang berkeyakinan untuk keluar menonjolkan diri di khalayak ramai. MY sendiri pun ada masalah dengan rambut dan kulit kepala sejak beberapa tahun nie. Kalau dulu rambut tebal dan sihat. kini dah makin jarang. *orang kata sebab salah pakai minyak rambut. Kalau tengok pada keadaannya memang betol la kot. Sebab semenjak MY mula pakai Wax untuk stylekan rambut, kulit kepala mula tak sihat.

    Bermacam ubat dan shampoo dah MY guna untuk rawat tapi, hasilnya kurang memberangsangkan. Satu cara yang MY fikir mungkin boleh membantu adalah dengan meninggalkan terus penggunaan wax. *bila dah tak guna wax, mesti kena cari penggantinya kan.

    Nak dijadikan cerita MY ada join peraduan pomade di Instagram dan telah menang . Hadiah yang MY dapat tu mestilah POMADE.

    Malaya Pomade
    • Pomade merupakan zat berminyak dan berunsurkan lilin yang digunakan untuk menata gaya rambut. Penggunaan pomade benar-benar menjamin rambut anda kelihatan lebih rapi, berkilat dan kemas. Pomade yang mula popular sekitar tahun 1900an ini mengandungi sumber dari minyak kelapa, lanolin, wax dan pewangi. Berbeza dengan wax, gel atau penyembur rambut, pomade tidak mudah kering dan mengeras .


    Cara nak pakai MALAYA POMADE:

    Rambut lembab skit. Pastu amik secalit pomade. Ratakan kat tangan pastu usapkan dengan manja kat rambut. Akhir sekali boleh sikat.


    Baru tiga hari pakai, MY boleh katakan bahawa pomade ni cukup menepati citarasa. Mungkin kena tunggu seminggu lagi untuk tengok hasil macamana. Apapon MY dah mula suka dengan Malaya Pomade ni. 

    Kalau korang nak try Malaya Pomade ni, boleh beli secara online, rujuk Instagram @mrtakky or whatsapps ke no 012.652.1542

    SPA DI RUMAH JE | PURE BY SAFIYYAH OSMAN

    $
    0
    0

    Spa di rumah
    gambar hiasan_www.praniglowdayspa.com.au
    Pertama kali dalam sejarah hidup MY nak memanjakan diri dengan body scrub. Nak ke spa dah tentu tak mampu kan?. Tapi dengan hanya bermodalkan beberapa ringgit je, korang mampu menguruskan spa tersendiri di rumah.Tak ada alasan lagi bagi lelaki untuk melakukan body scrub dengan adanya Susa Detox Body Scrubdari Pure by Safiyyah Osman*tak ada alasan takut diraba lagi kan. hahahah

    SANGAT MUDAH OKAY!!!


    Susa Detox Body Scrub (Lavender Me)

    Tak perlu ambil kelas pun nak pakai scrub kat badan ni. Apa yang korang boleh buat hanya basahkan badan, dan sapu Susa Detox Body Scrub (Lavender Me) ke bahagian badan tertentu dengan gerakan memutar. Tunggu beberapa ketika dan boleh basuh dengan gembira.heheh. Kalau nak dapat hasil yang terbaik, boleh rujuk 8 CARA LULUR Body Scrub [klik] ni. Amacam, mudah kan?

    Susa Detox Body Scrub (Lavender Me)

    Bila dah siap pakai tu mesti korang sangat teruja dengan kulit tubuh korang sendiri. Selepas bilas dengan air, MY sendiri rasa macam nak peluk je badan ni tak nak lepas-lepas haha. *eh eh eh. Bau wangi dia *aummmmm. Bukan wangi je, kulit rasa gebu dan lembut je. huhu. Tak perlu nak berhabis berarus riban ke spa semata-mata kan.

    Untuk pengetahuan korang jugak, fungsi sebenar Susa Detox Body Scrub (Lavender Me) ni adalah untuk:

    •      ✿ Menghilangkan bau badan *sesuai bagi mereka yang ada masalah bau badan
    •      Mencerahkan kulit *kalau nak kulit cerah boleh cuba
    •      Membuang sel kulit mati *menanggalkan daki-daki kat kulit badan
    •      Melembabkan kulit tanpa perlu menggunakan moisturizer.
    •      ✿ Berfungsi untukDETOXkeseluruhan badan.
    •      Melancarkan peredaran darah.
    •      ✿ Bagus untuk hilangkan stress, insomnia dan sekatakan kulit tona tidak sekata.

    *kenapa special sangat Susa Detox Body Scrub (Lavender Me) ni? Bagi mereka yang tertanya-tanya akan bahan yang ada di dalam Susa Detox Body Scrub (Lavender Me) ni, ini adalah jawapannya. Susa Detox Body Scrub (Lavender Me) ni terhasil dari bahan-bahan hebat seperti susa detox blend (secret recipe), madu asliminyak zaitun, grape oildry lavender, & pure oil. Ramuan asli tanpa bahan kimia.Insyaallah selamat untuk semua jenis kulit terutama kulit sensitif.

    You guys might be wondering if our products is HALAL and KKM CERTIFIED, isn't it.Hey,fret not!We're in the midst of getting KKM approval.Of course, all of our ingredients are safe and Halal as we are using 100% Pure and Natural resources.Hope your love and confidence stay with us!

    Selain flavour Lavender me, Susa Detox Body Scrub juga mempunyai pilihan flavour lain seperti, flavour Chamomile Me (marvelous wangi dan relaxing!!) dan Choco Honey (terbaik untuk kurangkan stretch mark dan kedutan kulit). 


    Selain itu  Pure by Safiyyah Osman juga mempunyai produk lain seperti:


    Pure by Safiyyah Osman

    1. 1. Detox Soap and Body - Combination&Dry and Sensitive skin.
    2. 2. ESA Lavandula Mist Toner Pore Perfecting
    3. 3. Under Eye Serum
    4. 4. Susa Detox Body Scrub - 3 flavour
    5. 5. Hero Face Mask - Green Tea Clay
    6. 6. Heroin Face Mask - Chocolate CLay
    7. 7. Foot Soak - Chamomille & Lavender
    8. 8. Hotlips Lip Balm
    9. 9. Lip Scrub

    Untuk pengetahuan korang, produk Pure by Safiyyah Osman ni sesuai untuk lelaki dan wanita. Bukan perempuan je kena jaga kesihatan dan kecantikan kulit, lelaki pon harus okay.

    Meh kita tengok testimoni berjaya dari pelanggan produk Pure by Safiyyah Osman ni.

    testimoni Pure by Safiyyah Osman


    Macam mana nak dapatkan produk ini? 


    Facebook Page : Pot-pure-y
    Contact No. : 013-3789442
    untuk mendapatkan produk/beli/consultant


    Sekarang Pot-pure-by sedang mengadakan Promosi CNY( bermula 5-13 Feb aje ) dan juga Special Offer untuk set berpantang (1 - 29 Feb).




    MAKAN MALAM ALA DIRAJA PIZZA HUT | PIZZA CHEESY CROWN

    $
    0
    0
    Dah lama rasanya tak dapat jemputan dari Pizza Hut untuk food review menu baru diorang, tapi baru-baru ni MY telah dijemput untuk menghadiri Pizza Hut Blogger Party yang diadakan diPizza Hut, Pavilion, Kuala Lumpur.*rezeki makan malam.

    Kemeriahan Pizza Hut Blogger Party kali ni sangat berbeza dengan sebelumnya, dekorasi majlis yang sangat mengujakan sesiapa saja yang datang. *kenapa?. Kata mereka malam ni kami akan dilayan sepertimana makan malam diraja. *nampak gayanya bukan sekadar rezeki makan malam je ni kan.


    Sapa tak teruja bila tengok hiasan macam ni kan, MY sendiri rasa seolah-olah berada dalam istana raja. *tetiba rasa macam baru dapat jemputan makan malam dengan Tuanku pulak . eh


    Apa agaknya menu baru diorang? Jom kita tengok.


    Wah rupa-rupanya, Pizza Hut ada memperkenalkan menu baru iaitu Pizza Cheesy Crown. *agaknya apa yang membuatkan pizza terbaru ni special ya?


    Pizza Cheesy Crowndihidangkan dengan 12 poket keemasan yang diisi dengan keju dua perisa iaitu mozzarella dan chedar, dilitupi fondue Alfredo dan chedar. Ditambahkan lagi kelazatan dengan isi ketam, cebisan ayam, hirisan lada benggala, bawang, nenas dengan sos pedas dan masam.


    Jangan tengok aje, kalau korang nak rasa kehebatan Pizza Cheesy Crown ni, bolehlah pergi ke mana-mana Pizza Hut berdekatan dengan korang di seluruh Malaysia. Pizza Cheesy Crown ni boleh dibeli dalam bentuk hidangan Hidangan Ala'Carte atau Hidangan Kombo. Pilihan ditangan korang.

    Hidangan Ala'Carte
    Pizza Cheesy Crown saiz biasa berharga RM32.20*

    Hidangan Kombo
    Hidangan lengkap pada harga serendah RM39.90*

    * Harga jualan dan kombo mungkin berbeza-beza mengikut lokasi


    Jangan sampai jadi macam 2 budak kat atas ni. *berebut pizza hahahaha


    Kami dah rasa Pizza Cheesy Crown ni, *korang pulak bila lagi?Untuk maklumat lanjut, boleh terjah laman media sosial Pizza Hut Malaysia


    Delivery
    1 300 88 2525

    Kalau dah try, jangan lupa share feedback korang di Instagram dengan hashtag #MyCheesyCrown.
    Viewing all 1027 articles
    Browse latest View live