Quantcast
Channel: Mawardi Yunus
Viewing all 1027 articles
Browse latest View live

6 PETUA RAWAT MASALAH KENCING TIDAK LAWAS UNTUK LELAKI

$
0
0
Masalah kencing tak lawas ni kebiasaannya berlaku pada kita kaum lelaki, tapi harus diingat bahawa ia juga ada terjadi pada kaum hawa. Apa yang saya maksudkan dengan masalah kencing tidak lawas ini adalah keadaan di mana apabila buang air kecil, air kencing macam tidak habis-habis. Dari sumber bacaan saya mengenai masalah ini, ianya juga dikenali sebagai kencing kotor & jangkitan pundi kencing atau bahasa inggerisnya Urinary Tract Infection (UTI). *eh sampai macam tu sekali ke?

Ilustrasi . www.det.it

Masalah ini sudah semestinya tidak boleh di pandang ringan. Kalau tidak dirawat dengan betul, ianya sudah semestinya boleh jadi lebih serius. Dari keadaan kencing tak puas, ia boleh bertukar kepada rasa sakit & pedih tiap kali membuang air kecil. Bukan itu sahaja, jangkitan yang berlaku boleh merebak dari pundi kencing ke uretra & buah pinggang.

Tapi setiap penyakit yang Allah wujudkan itu sudah semestinya ada penawar. Jadi kita harus berusaha dan ikhtiar untuk itu. Jadi kat sini saya nak kongsikan beberapa petua untuk merawat dan mencegah dari masalah kencing tidak lawas ni. Petua yang saya nak kongsikan ni sudah semestinya mudah dan berkesan? InsyaAllah dengan amalan yang konsisten, petua-petua dibawah membantu menghilangkan kencing tak lawas yang anda alami.

6 PETUA RAWAT MASALAH KENCING TIDAK LAWAS UNTUK LELAKI


1. JUS NENAS MUDA

Ilustrasi Nanas. ©2014 Merdeka.com/shutterstock/denio109

Petua orang dulu-dulu, nenas muda ni sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kencing tak lawas. Caranya mudah saja. Ambil sebiji nenas muda, buang kulitnya, cuci sehingga bersih. Kemudian ditumbuk sehingga lumat & dijadikan sebagai jus untuk diminum setiap hari.

Zaman moden sekarang, tak perlu lagi kita tumbuk dalam lesung batu lagi. Potong nipis, masukkan ke dalam pengisar bersama air & kisar sehingga halus. Boleh tambah sedikit gula batu kalau nak rasa manis. Minum satu gelas diwaktu pagi & satu gelas diwaktu malam sebelum tidur. InsyaAllah kencing tak lawas akan beransur hilang.

2. SUP LOBAK PUTIH

Ilustrasi Sup Lobak Putih . www.chinaisgood.com

Lobak putih juga dikenali sebagai makanan yang membantu menghilangkan masalah kencing tak lawas. Cara membuat sup lobak putih sangat mudah. Tumis bawang merah & bawang putih sehingga garing. Masukkan lobak putih yang dipotong kecil, ikan bilis & air.

Garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Kalau nak lagi sedap, taburkan serbuk lada hitam ke dalam sup selepas api ditutup. Sedap dimakan panas-panas dengan nasi. Bukan sahaja sedap, ia juga berkesan untuk masalah kencing tak lawas yang anda alami.

3. AIR BARLI SUAM


Ilustrasi Air Barli Suam . recipes.timesofindia.com

Mesti ramai diantara kita suka minum air barli kan? Air barli bukan sahaja sedap, ia juga dikatakan dapat membantu mereka yang mengalami masalah kencing tak lawas. Caranya cukup mudah, iaitu cuci bersih barli tersebut, rebus sehingga lembut. Minum setiap hari sehingga masalah kencing tak lawas tiada lagi. Anda tak perlu merebus barli setiap hari. Buat air rebusan dalam kuantiti yang banyak, dan simpan didalam peti sejuk.

Panaskan sedikit untuk diminum pada hari berkenaan. Ianya bukan sahaja membantu masalah kencing tak lawas, malah mampu menyejuk dan menyegarkan badan.

4. AIR BASUHAN BERAS YANG TERAKHIR

Ilustrasi Air Beras .http://sini.com.my

Selain dari air barli suam, air basuhan beras yang terakhir juga sebenarnya boleh digunakan untuk mengatasi masalah kencing tak lawas. Ramai yang tak tahu, kan? Biasanya air basuhan beras yang terakhir orang simpan untuk cuci muka. Tapi sebenarnya, ia juga membantu merawat masalah kencing tak lawas.

Jadi, lepas ni bila basuh beras untuk masak nasi, simpan air basuhan yang terakhir. Minum segelas sehari untuk masalah kencing tak lawas yang anda alami.

5. CONSUME MINUMAN BOTANI GlamoHealth



Untuk lagi memudahkan, korang boleh cuba consume produk botani GlamoHealth ni. Ia juga dikatakan dapat membantu merawat masalah kencing tidak lawas. Produk ini merupakan satu minuman dan mempunyai pelbagai fungsi khas yang membantu pelbagai masalah kesihatan lain. Minuman ini tidak hanya khusus membantu pada masalah kencing tidak lawas sahaja, tapi ia juga dapat membantu memecahkan batu karang, masalah jantung, pedih hati, buasir, darah tinggi, kencing manis, jantung dan bermacam masalah kesihatan yang lain.


Saya sendiri telah mencuba produk GlamoHealth ni dan Alhamdulillah ada perubahan positif pada diri saya. Bagi saya yang suka pada benda yang masam memang suka sangat dengan rasa dia yang sedap masam-masam tu. Kalau korang pun ada masalah kencing tidak lawas, bolehlah ikhtiar dengan cuba produk ni.

Petua tradisional amalan turun temurun yang diadun di dalam minuman ini, insyaAllah dengan izin-Nya juga mampu mengatasi masalah lain seperti berikut;
  • 💥Mencegah pengerasan arteri apabila berlaku stress seperti tekanan darah tinggi.
  • 💥Membantu melegakan penyakit pedih ulu hati.
  • 💥Membantu memulihkan penyakit berkaitan hati & buasir.
  • 💥Melancarkan sistem perkumuhan & pembuangan air besar.
  • 💥Membantu membersihkan kolestrol dalam saluran darah.
  • 💥Melancarkan pengaliran darah.
  • 💥Untuk mencegah batu karang yang terdapat di dalam hempedu , buah pinggang , saluran pundi kencing,
  • 💥Menghentikan cirit-birit & melawaskan air kencing.
  • 💥Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
  • 💥Membantu mengawal gula dalam darah (kencing manis)
HARGA JUALAN GlamoHealth

Hasil kaji selidik keatas harga pasaran kosmetik yang dilakukan, GlamoHealth dipasarkan dengan harga runcit RM200/210ss SEBOTOL 400ml TIDAK termasuk postage keseluruh Malaysia.

Untuk Promosi, pihak syarikat mengadakan jualan PENGENALAN dengan harga cuma RM120/130ss termasuk postage ke seluruh Malaysia .

Kepada mereka yang mencari solusi alternatif untuk penyakit batu karang, boleh dapatkan info lanjut mengenai produk ini di;

Laman web
Facebook
Instagram
Email
Telefon 
012 2266953
013 6918656

LUGAR DE LA BODA DEWAN PERKAHWINAN KONSEP TAMAN DI PUCHONG

$
0
0


Pada 5 Januari 2019 yang lepas, saya berkesempatan menghadiri Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda Puchong yang terletak di Lake Vista Puchong. Untuk pengetahuan korang, Lugar De La Boda ni merupakan sebuah dewan perkahwinan terbaru yang diperkenalkan oleh Hanana Group Sdn Bhd. Jika korang pernah baca artikel saya mengenai Hanana Group Sdn Bhd sebelum ni, mesti tahu dimana terletaknya dewan perkahwinan pertama mereka iaitu Ambassador kan.

Gambar bersama pemilik Lugar De La Boda Puchong, Pn Norazlin Abd Ghafar

MAJLIS GRAND OPENING & FOOD TASTING LUGAR DE LA BODA PUCHONG

Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda Puchong ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Puan Norazlin Abd Ghafar, iaitu pemilik Hanana Group Sdn Bhd bersama-sama keluarga. Majlis tersebut telah dimulakan dengan Solat Mahgrib berjemaah dan majlis bacaan Yassin, kemudian disusuli dengan Solat Isya' berjemaah. Kemudian, para tetamu dihiburkan dengan persembahan dari The Potai's Band dan host jemputan, Azlee Senario.


Majlis ini diadakan untuk membuka peluang kepada pasangan yang bakal berkahwin untuk mengetahui pakej-pakej perkahwinan 2019 yang disediakan oleh Hanana Group Sdn Bhd di Lugar De La Boda Puchong. Majlis ini sudah semestinya mempamirkan keseluruhan majlis dan pakej lengkap yang mereka boleh tawarkan dengan hiasan pelamin, katering, meja makan utama, DJ dan PA system. Ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka yang hadir merasai sendiri bagaimana menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang diaturkan oleh mereka di Lugar De La Boda Puchong.



Para tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai hidangan seperti Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Ayam Goreng Berempah,  Sambal Sotong, Dalca dan banyak lagi menu wajib majlis perkahwinan yang lain.


Selain itu, mereka juga ada menyediakan beberapa buah booth / gerai yang mana pelanggan mereka boleh membuat permintaan tambahan dalam tempahan pakej sedia ada. Antaranya adalah seperti gerai Kambing Grill, Ais Krim, Ayam Gunting, Kuih-Muih Tradisional, Cendol , Apam Balik, laksa Penang, cekodok bawang, char koe teow, satay dan lain-lain.


Harga asal pakej mereka adalah sebanyak RM28,000, dan akan tetapi untuk tempoh promosi pembukaan pelanggan mereka berpeluang untuk dapat diskaun RM5000 yang menjadikan pakej perkahwinan di Dewan Lugar De La Boda cuma RM23,000 sahaja. Berikut adalah harga pakej per pax selepas potongan harga.
  • 1000 pax - RM23,000
  • 800 pax - RM 20,800
  • 700 pax - RM 18,000
  • 500 pax - RM 16,000
  • 300 pax - RM 14,000

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lengkap Lugar De La Boda, anda boleh rujuk flayer di bawah ini.


Antara kemudahan-kemudahan lain yang mereka sediakan untuk pengantin dan para tetamu yang hadir adalah seperti tandas, surau dan juga bilik khas untuk acara akad nikah. Di samping itu untuk pengetahuan anda juga dewan ini mampu memuatkan 50 buah meja dan 500 kerusi chivari gold di dalam satu masa. Tidak lupa juga ruang parking yang selesa.


MENGENAI LUGAR DE LA BODA 

Lugar De La Boda merupakan nama yang meminjam perkataan wedding places di dalam bahasa Sepanyol. Dewan perkahwinan di Puchong ini merupakan konsep "garden wedding" yang pertama di kawasan Puchong dan ia juga menampilkan konsep ciri ciri Modern English yang bertatahkan warna emas dan juga warna putih manakala daun-daun dan pokok-pokok yang ditanam terdiri dari pokok pokok palm dan juga pokok pokok taman. 

Jadi buat anda yang ingin melangsungkan perkahwinan anda di Lugar De La Boda ini bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:

Alamat :
Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.

Hanana Group Sdn Bhd
No.92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,
Presint 15, 62050 Putrajaya
Office - 0166700471
Office - 0166700473

Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

Fazlin - 0172345297
Farah - 0166700457
Liana - 0164318434
Hanis - 0166700752

Website :
Facebook :
Instagram :
Pakej lengkap perkahwinan Puchong 2019 | Dewan perkahwinan Puchong | Garden wedding puchong | Pakej lengkap perkahwinan | Dewan puchong | Pakej lengkap perkahwinan puchong | Event space Puchong | Pakej Perkahwinan terbaik termasuk dewan & katering | Wedding Hall Puchong


AZLAN TYPEWRITER KINI JADI USAHAWAN MINUMAN TENAGA TURBO 3

$
0
0
Pernah merangkul sebagai juara di Anugerah Juara Lagu ke 23 dan juga Kumpulan Baru Terbaik di dalam Anugerah Planet Muzik 2008, Azlan Typewriter kini bergelar usahawan dengan memasarkan produknya sendiri iaitu minuman bertenaga Turbo 3 yang kini sudah mula berada si pasaran tempatan (Malaysia).


Minuman Tenaga Turbo 3 ini telah di rasmikan pelancarannya bersama muzik video Turbo 3 pada 9 Januari 2019 lepas bertempat di WOW KL. Apa yang menariknya, muzik video Turbo 3 telah membawa penglibatan King Lhota ( warganegara sanegal ) yang mana beliau boleh menyanyi dalam bahasa melayu. Pengambaran muzik video Turbo 3 tersebut telah dilakukan di kawasan kilang Maxfinitt ( Turbo 3 ) sendiri.



Malah dalam majlis yang sama, Azlan turut melancarkan single dan muzik video terbarunya yang bertajuk KUKUH. Ia merupakan lagu irama balada yang dicipta oleh beliau sendiri manakala lirikya ditulis oleh Mars. Ia mengisahkan tentang kehidupan masyarakat yang sering dilanda perasaan dan lagu ini dapat menguatkan lagi perasaan dan tekad agar terus KUKUH.

MINUMAN BERTENAGA TURBO 3

Turbo 3 merupakan air minuman yang menjalani proses penyelidikan dan pembangunan selama tiga tahun sebelum dikilangkan. Turbo 3 merupakan sejenis minuman bertenaga yang dicipta khas untuk menyokong pembentukan tenaga dalaman individu dengan segera. Menariknya, Turbo 3 ni 100 peratus produk keluaran tempatan dan disahkan halal dan bersih.


Air minuman bertenaga Turbo 3 mengandungi glukosa, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, perasa Tutty Fruity, dan perasa epal. *jadi korang boleh agak macamana rasanya kan? Memang sedap. Turbo 3 sesuai diminum dan membantu atlit sukan, pelajar, pemandu, dan pekerja yang memerlukan tenaga efektif yang memberi kesegaran. Dari segi harga pula, Turbo 3 akan dijual dengan harga RM3.50 untuk setin yang bersaiz 325ml.

Tahniah Azlan Typewriter!

Maklumat lanjut berkenaan minuman bertenaga Turbo 3 ni, boleh terus ke website www.turbo3energybooster.com atau follow mereka di laman sosial seperti Instagram @turbo3energybooster dan Facebook Turbo3.

IKUT 6 LANGKAH NI! MEMANG KORANG BOLEH SIMPAN BANYAK DUIT

$
0
0

Ramai diantara kita mempunyai masalah untuk membuat simpanan selepas menerima gaji bulanan dari majikan kita. Kadang-kadang, gaji tinggi pun masih tak cukup kan? Kenapa hal ni terjadi ya? Jom saya kongsi beberapa langkah yang korang boleh ikut, yang boleh bantu korang untuk menyinpan banyak duit.







Sumber asal info : gilahartanah.com

Dapatkan Unit Trust Dana Pilihan Anda Sekarang!

Sekiranya anda memerlukan pandangan ataupun lebih penerangan mengenai simpanan pelaburan Unit Trust, anda boleh bertanyakan terus kepada saya.   (Mawardi Yunus, perunding unit trust RHB). Anda boleh menghubungi saya di talian dan info di bawah untuk mendapatkan unit trust pilihan anda sekarang!

MAWARDI YUNUS | PERUNDING KEWANGAN UNIT AMANAH RHB
Hubungi: +60182266623

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

$
0
0
Awal tahun tempohari saya telah menghadiri satu event beauty yang berlansung di The Pearl Hotel Kuala Lumpur. Jarang saya menerima jemputan atau hadir event untuk niche beauty ni, tapi memandangkan saya dimaklumkan bahawa ada sesi food review dan staycation jadi saya tidak berjaya menolak. Jadi ini merupakan staycation pertama yang saya review untuk tahun 2019 ni.


Memandangkan untuk ke sana agak jauh dari rumah saya dan memerlukan aku naik dan tukar train berulang kali, aku pilih untuk menaiki grab. Memandangkan hari tersebut hari jumaat jalan sudah semestinya jammed dan saya sampai tepat-tepat pada waktu dijanjikan. Pada awalnya, saya agak keliru sikit dengan kedudukan hotel ini kerana signboardnya terpampang dengan nama "The Pearl International". Tapi memandangkan grab dan waze membawa tepat ke lokasi tersebut saya yakin bahawa itulah lokasi sebenar yang saya tuju.

THE PEARL KUALA LUMPUR

Hotel The Pearl Kuala Lumpur merupakan penjenamaan baru dari Hotel Pearl International. Ianya terletak di satu lokasi yang sangat strategik diantara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. The Pearl Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel ikonik yang berkelas perniagaan terletak di tengah-tengah Jalan Klang Lama yang menawarkan 480 bilik tetamu yang cukup selesa yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti menarik.

Tetamu hotel ini dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah kerana hotel ini terletak di Pusat Beli-Belah Pearl Point. Para tetamu boleh akses dengan mudah ke pasaraya Econsave, Old Town White Coffee, 7Eleven, Starbucks, Mr Dakgalbi, Watson, Popular, Subway, Caring Pharmacy, Poh Kong, Kenny Rogers Roasters dan banyak lagi. The Pearl Hotel Kuala Lumpur ni juga tak jauh daripada Mid Valley Shopping Mall dan juga Sunway Lagoon Theme Park.


Sebelum event berlansung, sempat juga saya check-in bilik untuk simpan barang-barang. Bilik yang saya stay pada hari tu merupakan Deluxe Room yang berkeluasan 366 sqf. Bilik ini berharga RM253 semalam termasuk sarapan untuk 2 orang. Memandangkan masa pergi tempohari mereka ada buat promosi, jadi bilik ni hanya berharga RM180 sahaja.




Untuk pengetahuan korang The Pearl Hotel Kuala Lumpur ni sudah berusia 20 tahun. Perabot dalam bilik hotel boleh dikatakan agak lama dan outdated. Tapi ianya masih bagus dan yang paling penting ianya bersih dan besar.


Antara kemudahan lain yang korang boleh dapat kat sini seperti Kolam Renang, Gym (Level 5), Pusat Perniagaan, Dobi, Perkhidmatan Internet, In-Room Dining, Parking, dan bilik seminar.

MAKAN MALAM DI EXECUTIVE LOUNGE TINGKAT 23

Masa untuk makan malam merupakan hal yang paling dinantikan sewaktu menginap kat sini. Makan malam kami adalah berkonsepkan makanan Itali iaitu King Of The Grill di Executive Lounge Tingkat 23. Harga yang ditawarkan untuk buffet inia adalah RM98++ untuk dewasa dan RM45++ untuk kanak-kanak. 


Makanan yang pihak hotel hidangkan sepanjang King Of Grill Barbeque Buffet Italian ni memang sedap dan puas hati. Terlalu banyak menu yang buat saya tak tahu nak makan yang mana dulu. Antara menu yang ada seperti beef steak, lamb steak, baby lobster, oyster yang dihidangkan dengan pelbagai rasa, pizza, spaghetti dan yang paling istimewa adalah menu ekor lembu dia.





sup ekor lembu


King Of The Grill - Chinese New Year ( 1 - 1 Feb 2019 )

Dewasa : RM98+
Kanak-Kanak : RM45+

Chinese New Year Eve ( 4 Februari harga akan naik)

Dewasa : RM118+
Kanak-Kanak : RM45+

Chinese New Year Eve ( 4 Februari 2019 sahaja, Level 5, Cafe 5). 
Menu seperti di Executive Lounge Level 23 ( King Of The Grill, Buffet Italian)

Dewasa : RM98+
Kanak-Kanak : RM35

Untuk buat tempahan bilik korang boleh ke www.pearl.com.my atau walk in di alamat mereka di :

The Pearl Kuala Lumpur 
Batu 5, Jalan Klang Lama, 
58000 Kuala Lumpur 

Phone : 603-7983 1111 
Fax : 603-7621 9777 


Facebook : 

Instagram : 

TRAILER SPIDER-MAN 2019 SUDAH KELUAR !

$
0
0

SPIDER-MAN: FAR FROM HOME

Mesti ramai yang ternanti-nanti akan trailer filem Spider-Man terbaru iaitu SPIDER-MAN: FAR FROM HOME . Berikut merupakan Trailer SPIDER-MAN: FAR FROM HOME yang korang kena tengok.


Filem ini dikhabarkan akan berada di pawagam padaJulai 2019.

KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019

$
0
0
Siapa tidak kenal kumpulan penyanyi anak muda dari negara seberang iaitu SABYAN GAMBUS yang cukup popular dengan lagu-lagu keagamaan. Kewujudan mereka seolah munculnya sinar baru kepada industri muzik bergenre islamik sebegini.


Fenomena mereka mula menular ke negara kita Malaysia dengan begitu cepat, hampir semua lagu-lagu mereka menjadi siulan di bibir-bibir khususnya anak muda kita. Oleh sebab yang demikian juga, mereka telah datang ke Malaysia untuk bertemu peminat mereka dengan mengadakan satu Konsert di Stadium Melawati Shah Alam pada 12 Januari 2019 yang lepas.

KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA

THE HELMIES | Konsert KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA telah bermula sekitar 8.45 malam dengan persembahan pembukaan oleh The Helmies iaitu adik beradik, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.


Selepas persembahan mereka, penonton seterusnya dihidangkan dengan tazkirah oleh seorang penceramah jemputan yang berkongsi mengenai adab berhibur dalam Islam.

KUMPULAN UNIC | Persembahan pembukaan seterusnya adalah daripada kumpulan UNIC yang mendendangkan empat lagu mereka iaitu Sedar, Hanya Tuhan Yang Tahu, Zinnirah dan Ainul Mardiah.


Selepas dihiburkan oleh dua kumpulan nasyid dari negara kita iaitu The Helmies dan UNIC, kumpulan Sabyan akhirnya muncul menghiburkan peminat sekitar 9.45 malam dengan irama rancak selawat berjudul Nassim diikuti Ahmad Ya Habibi yang mendapat tepukan gemuruh daripada peminat.


Sejurus selepas persembahan lagu Ya Asyiqol medley Ya Habibal, Nissa kelihatan sebak dan menyampaikan lagu dengan penuh perasaan sedih kerana terkenangkan sahabat mereka yang meninggal dunia pada tahun lalu.


Ketika menyampaikan lagu yang mempopularkan kumpulan asal Indonesia ini berjudul Deen As Salam yang mencapai lebih 190 juta tontonan di YouTube, suara peminat mereka kembali bergema.


Pada malam tersebut, mereka juga turut menyampaikan single keempat mereka yang berjudul Sukron Lillah dan ia bercerita pasal syukur kepada setiap nikmat Allah. Sementara itu, sebelum menyampaikan lagu Ya Maulana, Nisa meminta semua penonton untuk memasangkan lampu telefon bimbit bagi memberi momen indah.

Sebanyak 13 lagu disampaikan oleh kumpulan Sabyan yang turut dianggotai Ahmad Fairuz aka Ayus (keyboard), Sofwan Yusuf aka Wawan (Percussion), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh aka Tebe (biola) dan Anisa Rahman (backing vokal). Konsert telah berakhir kira-kira jam 11 malam dengan lagu bonus Assalamualaika yang diberi nafas baru.

Kredit Photo : SeenGraphy

JADUAL BARU 2019 AKAUN 1 KWSP UNTUK KELAYAKAN PELABURAN DI UNIT AMANAH

$
0
0
JADUAL BARU 2019 AKAUN 1 KWSP UNTUK KELAYAKAN PELABURAN DI UNIT AMANAH | Berkuatkuasa pada 1 Januari 2019, Kuantum Simpanan Asas (basic saving table) dinaikkan daripada RM 228,000 kepada RM 240,000. Jumlah ini akan ditetapkan sebagai jumlah sasaran simpanan minimum ahli perlu ada apabila mencecah umur 55 tahun. Simpanan Asas merujuk kepada jumlah simpanan yang mencukupi untuk menampung kos persaraan asas apabila mencapai umur 55 tahun seseorang.


Gambar di atas menunjukkan simpanan asas mengikut umur ahli KWSP.

Ahli KWSP perlu mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP untuk melayakkan mereka menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP ke dalam unit amanah.

Simpanan Asas akan digunakan sebagai panduan untuk ahli-ahli untuk menentukan jumlah yang dibenarkan untuk dipindahkan untuk pelaburan di bawah skim ini. Kelayakan pengeluaran yang melebihi Simpanan Asas daripada Akaun 1 untuk melabur di bawah Skim Pelaburan Ahli adalah kekal 30% seperti sebelumnya.

Contoh pengiraan pelaburan melalui KWSP

Situasi 1

Anda berumur 25 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 24,000.

Cara pengiraan

(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%

RM 24,000 – RM 18,000 = RM 6,000

RM 6,000 x 30% = RM 1,800

Kelayakan

Anda layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda. Jumlah yang layak dikeluarkan adalah minimum RM 1,000 dan maksimum RM 1,800.

Situasi 2

Anda berumur 25 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 19,000.

Cara pengiraan

(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%

RM 19,000 – RM 18,000 = RM 1,000

RM 1,000 x 30% = RM 300

Kelayakan

Anda tidak layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda disebabkan baki minimum untuk pelaburan adalah RM 1,000.

Jadi sekiranya anda layak, apa tunggu lagi. Inilah masanya yang sesuai untuk anda bertindak sebelum terlambat.

P/S: Jom gandakan simpanan Akaun 1 KWSP anda di tempat yang sewajarnya! Waktu terbaik untuk merancang simpanan adalah pada 10 tahun yang lepas dan waktu kedua terbaik untuk merancang simpanan pula adalah sekarang. Rancang pelan persaraan anda dari sekarang. Menyimpan ketika muda untuk hari tua lebih selesa. Jika Berminat, untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi: 0182266623 (En.Mawardi).



MEDLEY 12 LAGU FINALIS AJL33 (CALIPH BUSKERS)

$
0
0

Bahang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 makin terasa. Agak kecewa bila tahun ni saya tak berkesempatan untuk menyaksikan secara live bersama kawan-kawan blogger yang lain pada 3 Februari ni di Axiata Arena, Bukit Jalil. Apa yang paling saya tunggu adalah sudah semestinya gadingan Sherry Al Hadad dan Alif Satar sebagai pengacara Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas berjayanya gandingan mereka pada persembahan live AJL pada tahun lepas.


Jadi untuk menghangatkan lagi Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 yang bakal tiba tu, jom kita saksi dan dengarkan Medley 12 Lagu Finalis AJL33 yang dipersembahkan oleh kumpulan istimewa Caliph Busker.  


Untuk pengetahuan korang Medley 12 Lagu Finalis AJL33 ini telah dihasilkan oleh pihak Faithful Music. Yang menariknya setiap ahli kumpulan Caliph Buskers dapat menyanyikan setiap lagu dengan baik walaupun tanpa bantuan autotune. Jadi bakat yang dimiliki ahli kumpulan Caliph Buskers memang hebat dan tidak perlu dinafikan lagi. Antara 12 lagu yang ke final AJL, lagu mana yang anda jangka bakal menjuarai AJL 33?

LIRIK LAGU VROOM VROOM - NABILA RAZALI

$
0
0


NABILA RAZALI

Lirik Lagu Vroom Vroom - Nabila Razali

Kelmarin
Kau cuba berpujangga
Kenali dirimu sudah putus asa

Hampanya bila kau ingat semula
Sia sia bazir masa
Kau sekejap saja

Woo oh oh Wo oh oh oh Wo ohh
Entah bagaimana harus aku jatuh cinta
Woo oh oh Wo oh oh oh Wo ohh
Sebesar mana takkan ku ulang semula

Kelmarin 
Kau cuba berpujangga
Tetapi diriku sudah putus asa

Hampanya bila ku ingat semula
Sia sia bazir masa
Kau sekejap saja

Woo oh oh Wo oh oh oh Wo ohh
Entah bagaimana harus aku jatuh cinta
Woo oh oh Wo oh oh oh Wo ohh
Sebesar mana takkan ku ulang semula

Woo oh oh Wo oh oh oh Wo ohh
Entah bagaimana harus aku jatuh cinta

Entah bagaimana harus aku jatuh cinta
Sebesar mana takkan ku ulang semula
Sebesar mana takkan ku ulang semula

Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik: Hael & Ezra Kong
Penyanyi: Nabila Razali

Video Klip Lagu Vroom Vroom Nabila Razali



LIRIK LAGU FAZURA : CAN'T FORGET ME

$
0
0

Lirik Lagu Can't Forget Me - Fazura

I'm a woman on mission
I'm a rebel with a vision
And maybe you should keep a distance
Coz i run my own business
So baby get out of my business
Coz i keep it independent
I bet you're thinking bout my body late at night
I bet you missing you use to hold me tight
I see you lurking in my story on the gramm
I know this picture gonna remind you of who i am

When i take a look in the mirror
I'm feeling sexy
I'am feeling so free
When i feels my hand on my body
I understand why you can't forget me
You can't forget me
You can't forget me

You've been taking me for granted
For a second there was magic
Now for you it's a tragic
Huuh...

Should have left me when you had it
I was carrying your baggage
Have to drop you like a habit
I bet you're thinking bout my body late at night
I bet you missing you use to hold me tight
I see you lurking in my story on the gramm
I know this picture gonna remind you of who i am

Coz when i take a look in the mirror
I'm feeling sexy
I'am feeling so free
When i feels my hand on my body
I understand why you can't forget me
You can't forget me
You can't forget me

When i take a look in the mirror
I'm feeling sexy
I'am feeling so free
When i feels my hand on my body
I understand why you can't forget me


Artist : Fazura
Album : Can't Forget Me - Single
Released: 18 Jan 2019
Label : Universal Music Sdn Bhd

Fazura - Can't Forget Me (Official Music Video)

LIRIK LAGU TEMBERANG - AYDA JEBAT

$
0
0

LIRIK LAGU TEMBERANG - AYDA JEBAT

Chorus
Duh' aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engaku temberang

Duh' aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engaku temberang

Verse
Bilang pada ku, Apa kau mahu
Mahu diriku, Dekat dekat tapi engkau malu
Katakan saja, Ku yang kau punya
Janji bahagi, Jangan biar tunggu lama-lama

Pre C/O
Kerna ku mahu kau selamanya untukku
Katakan engkau mahu

Verse 2
Hadir dirimu dalam hidupku
Biar selalu malam-malam ku impikan kamu

Repeat Pre C/O
Repeat Chorus
Solo

Chorus
Duh' aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engaku temberang

Bridge
Aku tahu kau suka kerna aku juga sama
(Jangan kau temberang)
Aku tahu kau suka kerna aku juga sama
(Jangan kau temberang)

Jangan kau temberang
Jangan kau temberang

Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik: Ayda Jebat, Hael Husaini & Ezra Kong
Penyanyi: Ayda Jebat

VIDEO KLIP OFFICIAL TEMBERANG - AYDA JEBAT

INSTAFAMOUS CIKGU VNKERY PEROLEH RM500K DALAM 2 BULAN HASIL JUAL SAMBAL HITAM

$
0
0

Sambal hitam merupakan makanan tradisi orang Pahang khususnya di daerah Kuala Lipis, Raubdan JerantutSambal hitam biasanya dijadikan sebagai pencicah atau hidangan sampingan yang amat sedap jika dimakan dengan nasi panas.

Sambal hitam memang nampak simple dari mata kasar kita, tapi hakikatnya proses membuat sambal ini daripada merebus hingga siap untuk dimakan, mengambil masa lebih 10 jam. Jadi tidak hairanlah harganya agak mahal sedikit.


Jadi sebelum saya membebel lebih panjang, meh saya kongsikan salah satu Sambal Hitam yang korang semua patut cuba iaitu Sambal Hitam Tokthevaini.

SAMBAL HITAM TOKTHEVAINI

Sambal Hitam Tokthevaini merupakan resipi sambal hitam asli orang Raub Pahang yang diusahakan oleh seorang Instafamous tempatan iaitu Cikgu Vnkery.


APA YG BEST SANGAT SAMBAL HITAM TOKTHEVAINI

🌶ORIGINAL PAHANG : Resipi Raub pahang Yang Pedas yang Original Gabungan Masam, Masin, Manis dan Pedas dengan texture yang bagus dan basah.

🌶RESIPI ASLI : Resepi ikan bilis, bawang merah, bawang putih, asam belimbing, garam gula kerek gula putih, cili merah, dan sudah semestinya resepi air tangan seorang ibu.

🌶 STOCK FRESH : Stock sambal hitam yang sentiasa baru kerana stok yang ada tidak dapat disimpan lama atas permintaan tinggi seluruh negeri.


🌶 SEDIA UNTUK DIMAKAN : Tidak perlu dipanaskan kerana ianya sudah sedia untuk dimakan. Bukak je boleh terus dimakan.

🌶 SKALA PEDAS : Tersedia dalam dua skala pedas iaitu Original dan Pedas Giler.

HARGA SAMBAL HITAM TOKTHEVAINI | Sambal Hitam Tokthevaini ni hadir dalam dua (2) saiz pakaging iaitu SAMBAL HITAM TOKTHEVAINI (MINI) dan SAMBAL HITAM TOKTHEVAINI (TRAVEL). Untuk saiz Mini (40g) ianya adalah RM6 sahaja, manakala untuk saiz Travel (100g) pula adalah berharga RM12.

Sambal Hitam Tokthevaini

KETAHANAN SAMBAL HITAM TOKTHEVAINI | Sambal hitam sebenarnya boleh tahan lama jika betul cara simpanannya. Jika pakagingnya masih belum dibuka ianya boleh disimpan dan tahan sehingga tahan 3-4 bulan, tapi rasanya sudah semesti akan tidak seperti yang baru.

Jika dibuka dan tidak disimpan dalam peti ais, ianya boleh bertahan sehingga 1-2 bulan kalau disimpan didalam bekas tertutup dan diambil menggunakan sudu bersih.


Jangan tak percaya kalau saya kata, bahawa beliau dapat perolehi RM500K hanya dalam masa 2 bulan sahaja dengan jualan Sambal Hitam Tokthevaini ni. Jadi sambal hitam yang beliau jual ni bukan biasa-biasa, betul-betul menjadi ni.


NOMBOR AGEN SAMBAL HITAM TOKTHEVAINI | Bagi korang yang berada disekitar Kuala Lumpur boleh terus hubungi atau whatsapp ke nombor ni untuk tempahan +60 17-811 9015 (Fb:Aputsu Senpai). Selain dari itu mereka juga mempunyai ramai lagi agen diseluruh malaysia seperti Pahang, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, dan Sabah.

MAIN PUBG MOBILE SECARA PERCUMA DENGAN YOODO

$
0
0
Player Unknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai (PUBG) semakin popular dan sudah menjadi fenomena di beberapa buah negara termasuk negara kita Malaysia. Tidak dinafikan ya kalau mak budak pun boleh terjebak dengan permainan ni especiallyPUBG MOBILE.


Oleh hal yang demikian, satu event besar-besaran iaitu Kejohanan Rasmi Kebangsaan PUBG MOBILE Official (PMNC) telah dianjurkan oleh PUBG Corporation dan Tencent Games dengan Yoodo sebagai Telco Digital Rasmi kejohanan.


Yoodo telah bukan saja telah menjayakan peranannya sebagai salah satu penaja PMNC, tapi mereka juga telah berbesar hati menyediakan (PUBG) MOBILE Add-on untuk para pelanggan mereka. Untuk pengetahuan korang, Yoodo merupakan telco Malaysia yang pertama ada menyediakan add-on untuk permainan popular PUBG ini. Apa yang menariknya, mereka menawarkan data PERCUMA untuk akses permainan PUBG MOBILE.


Untuk menikmati PUBG MOBILE Add-on eksklusif Yoodo, pengguna hanya perlu menavigasi senarai add-on. Seterusnya pilih PUBG MOBILE Add-on. Dengan ini, pengguna akan dapat menikmati 20GB data mudah alih PUBG untuk bulan tersebut.

 

Jadi bagi korang yang suka main PUBG MOBILE tu, tunggu apa lagi segera bertukar kepada Yoodo dan mainlah sepuasnya tanpa masalah data. Untuk maklumat lanjut mengenai PUBG MOBILE Add-on dan tawaran hebat dari Yoodo bolehlah melayari mana-mana medium berikut:


PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-33 (AJL33)

$
0
0


Akhirnya pemenang Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) sudahpun diumumkan sebentar tadi. Jadi tahniah kepada semua pemenang.

Keputusan rasmi pemenang Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) :

Juara RM50,000 : Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Naib Juara RM35,000 : Ara Johari

Tempat ke3 RM20,000 : Misha Omar

Persembahan Terbaik RM12,000 : Sufian Suhaimi

Vokal Terbaik RM12,000 : Misha Omar

Photo kredit : FB Page TV3 Malaysia

PENGALAMAN MENGINAP DI HULO HOTEL ZEN ROOMS PREMIUM HULO HOTEL PUDU

$
0
0


Pemilihan sebuah penginapan seperti hotel atau hostel menjadi salah satu faktor penting dalam sebuah perjalanan percutian mahupun perjalanan business. Selain dari pengangkutan, penginapan juga menjadi penyumbang kepada biaya terbesar dalam perjalanan. Jadi untuk menjimatkan biaya pada penginapan, apa yang biasa dilakukan oleh sesetengan traveller adalah dengan membuat tempahan di penginapan seperti hostel yang mana harganya lebih murah tetapi sudah semestinya kurang privacy. Tapi hakikatnya ada caranya untuk kita dapat penginapan yang selesa dan privacy dengan harga lebih murah.

ZEN ROOMS HOTEL

Sebelum ini saya pernah berkongsi dengan pembaca tentang satu artikel berkaitan dengan tempahan penginapan bilik hotel yang murah dengan aplikasi Zen Rooms. Apa itu ZEN rooms? Merujuk pada websitenya di zenrooms.com, ZEN rooms adalah Virtual Hotel Operator (VHO) yang berpartner dengan hotel-hotel budget terbaik di Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Filipina, Sri Lanka, dan Brazil. Jadi bilik-bilik Zen rooms ni ada di banyak hotel-hotel. Anda hanya perlu buat tempahan melalui website atau aplikasinya sahaja untuk dapat rate rendah yang ditawarkan oleh mereka.


Pada hujung minggu lepas sebelum berangkat ke Batam, Indonesia, saya bersama Amir Nawawi mengambil keputusan untuk beristirahat di salah satu bilik ZEN rooms dekat ibu kota Kuala Lumpur. Setelah melihat keseluruhan apa yang ditawarkan di aplikasi Zen rooms, akhirnya kami membuat pilihan untuk menginap di ZEN Premium Hulo Hotel. Jadi selain dari hotel biasa, kami tahu bahawa Zen rooms juga ada menyediakan Hotel Premium untuk penggunanya. Total harga untuk dua (2) malam saya stay di Zen Premium ni adalah RM260.


Hulo Hotel + Gallery merupakan sebuah butik hotel yang mempunyai 63 buah bilik bertema. Setiap daripada 63 bilik di sini mempamerkan karya seni dan reka bentuk dari artis dan kreatif tempatan dan serantau yang berlainan. Selain dari itu terdapat juga banyak kanvas dan hasil seni dipamerkan di sepanjang koridor setiap aras dan lobi.





Dari segi service, ianya cukup memuaskan. Tak kira dari staf di reception sehinggalah ke housekeeping semuanya ramah. Apa yang menarik perhatian saya adalah lobi hotel ni. Cukup menarik dan penuh dengan arca, lukisan dan artwork yang menarik. Ada juga sebahagian dari artwork tu available untuk dijual. Tandas di lobi jugak sangat cantik.




Hotel ini juga sangat dekat dengan Berjaya Times Square Kuala Lumpur serta galeri seni. Bilik yang kami sewa juga menghadap menara TRX yang masih belum siap.

Untuk info lanjut berkenaan promosi dan tempahan bilik hotel di Zen rooms, korang boleh layari social media dan website mereka di :


PENGALAMAN DI DESA BATU BERLOBANG RIAU UNTUK ACARA NONGSA NEPTUNE REGATTA SAIL TO LINGGA

$
0
0

Saya pernah berkongsi dengan kalian pengalaman saya pertama kali ke bumi Batam, Indonesia di blog Projek Travel berkenaan dengan acara besar HALALBIHALAL: HIMPUNAN TERBESAR MASYARAKAT JAWA . Kali ini, saya kembali lagi ke Batam buat kali ke dua (2) untuk satu lagi acara hebat bertaraf dunia. Apapon Batam bukanlah lokasi yang kami tujui, tapi ianya hanya lokasi persinggahan kami untuk ke Lingga.

Ilustrasi ringkas perjalanan kami ke lokasi acara

Dari awal lagi kami sudah diingatkan untuk bersedia dengan perjalanan jauh yang bakal kami tempuh. Dari Batam Centre (terminal feri antarabangsa) kami menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak penganjur dan perjalanan kami menuju ke Pelabuhan Telaga Punggur memakan masa selama hampir 45 minit. Untuk pengetahuan korang, Batam Center merupakan terminal feri antarabangsa, manakala  Pelabuhan Telaga Punggur pula adalah terminal untuk perlepasan feri domestik ke sekitar Kepulauan Riau ini. Perjalanan di katakan akan mengambil masa agak lama untuk ke destinasi iaitu Desa Batu Berlobang.

Menaiki feri di Pelabuhan Telaga Punggur

Setelah menaiki feri di Pelabuhan Telaga Punggur, kami perlu berhenti di Dermaga Chempa Pasir Panjang untuk transit dan menunggu feri ke Desa Batu Berlobang. Feri yang kami naiki di Pelabuhan Telaga Punggur tersebut akan terus perjalanan ke Pulau Lingga. Dari jeti Dermaga Chempa Pasir Panjang kami meneruskan perjalanan dengan menaiki satu feri lain yang lebih kecil dan ia mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.

DESA BATU BERLOBANG, RIAU

Walaupun waktu perjalanan agak panjang dengan pelbagai hal yang berlaku sepanjang perjalanan, hati terus sejuk dan teruja bila menjejakkan kaki di Desa Batu Berlubang. Sebuah perkampungan nelayan yang sangat bersih dikepung dengan perairan yang cukup jernih. Penduduknya saling tak tumpah seperti Melayu kita di Malaysia. Lupa pula bahawa kita juga sebahagian dari mereka. Berbahasa Melayu, cara hidup mereka mengimbau kembali zaman kecil saya. Sebuah perkampungan yang cukup damai dengan muafakat.

Kedudukan geografi di atas peta Desa Batu Berlobang

Melihat keindahan kampung ni yang cukup bersih dan indah, ianya membuatkan kami rasa tidak sabar untuk berjalan menerokai seluruh desa tersebut. Kata mereka ada sebuah gua di pesisiran pantai kampung ini yang menjadikan kampung mereka digelar sebagai Desa Batu Berlobang.

Dalam perjalanan ke lokasi batu berlubang

Beramah mesra bersama sebahagian dari anak muda penduduk Desa Batu Berlobang

Lokasi batu berlobang yang dikatakan menjadi asbab kampung mereka digelar Desa Batu Berlobang

Keindahan dan kejernihan air pantai di Desa Batu Berlobang

Kehidupan mereka cukup sederhana, masih banyak diantara mereka yang masih tinggal di rumah kayu tradisional, malah ada juga yang sudah mula membina rumah batu. Tapi apa yang boleh saya katakan, suasana kampung tu memang cukup terasa disini. Ianya seolah-olah kehidupan saya pada zaman awal 90-an begitu.




Saya difahamkan terdapat lebih kurang 300 keluarga yang menghuni desa ni. Penduduk desa ni hanya berbekalkan generator untuk mendapatkan kuasa elektrik. Perhubungan talian telefon dan internet juga sangat limited. Jadi mereka di sini banyak melakukan aktiviti kampung dan bermasyarakat.

Aktiviti anak muda di sekitar Desa Batu Berlobang

Pada sebelah malam, kami juga berpeluang untuk rasa keenakan Nasi Lemak signature di desa ni yang diberi nama Nasi Lemak Batu Berlubang yang dijual di gerai bersebelahan rumah yang kami inap di sini. Texture nasiknya dan sambal bilisnya seakan sama dengan nasi lemak kita cuma ianya ada ditambah ikan masak merah/pedas. Rasanya sudah semestinya sangat sedap.

Nasi lemak batu berlobang

Menarik bukan?? Wujudnya sebuah perkampungan Melayu sebegini, agak tersorok di dalam peta seolah-olah tidak sedar akan kewujudannya. Tapi siapa sangka bahawa Desa Batu Berlobang ini telah menjadi lokasi persinggahan para pelayar dunia dalam event "Nongsa Neptune Regatta" setiap tahun bermula dari tahun 2016 lagi.

NONGSA NEPTUNE REGATTA SAIL TO LINGGA

Salah satu kapal layar milik peserta

Aktiviti Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga adalah perlumbaan kapal layar yang terbesar di dunia dan tahun ini merupakan tahun keempat (4) perlumbaan kapal layar ini diadakan. Kemuncak perasmian telah diadakan di Desa Batu Berlubang ini, dan inilah sebab kenapa saya dan rakan-rakan berada di sini.

Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga

Pada pagi keesokan harinya, kami semua bersiap untuk aktiviti kemuncak perasmian Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga yang akan berlansung di Desa Batu Berlubang ini. Aktiviti hari tu telah bermula dengan kehadiran semua pelayar yang menyertai perlumbaan ini. Semua peserta disambut meriah oleh orang kampung dengan paluan kompang daripada Jeti Desa Batu Berlubang sehingga ke tapak aktiviti di tepi pantai.

Sambutan pelayar yang menyertai Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga

Acara dimulai dengan simbolik pemakaian tanjak kepada wakil pelayar juga menjadi tumpuan kerana ia merupakan eksesori rasmi orang Melayu di sini. Semua pelayar yang hadir terdiri dari serata dunia ini telah diraikan dengan persembahan silat dan juga tarian menyambut tetamu yang juga menjadi budaya Melayu Riau.

Persembahan silat selamat datang

Tarian selamat datang

Mas Edi membantu tetamu menjamah sireh

Tetamu yang diraikan dijamukan dengan makanan tengah hari dengan makanan laut yang segar. Ikan  Jebong bakar bersama pencicah asam nanas menjadi hidangan paling dinanti. Tetamu juga dihidangkan dengan air kelapa muda segar untuk menghilangkan dahaga panas. 

Ikan Jebong bakar

Persembahan diteruskan dengan seloka dan tarian. Tetamu juga turut diundang untuk menari joget bersama penari yang ada.



Akhirnya para tetamu dibawa bersiar di sekitar untuk menikmati keindahan Desa Batu Berlobang ini disamping melakukan aktiviti sukan seperti bola tampar.

Bergambar bersama anak tempatan dan Bapak Raja Fahrurazi

Kepulauan Riau Lingga adalah di selatan Batam dan pastinya suatu destinasi pelayaran yang indah bagi pelayar di seluruh dunia. The Neptune Regatta cukup memenuhi keperluan pelayar bagi semua kategori terutamanya perlumbaan pelayaran merentasi khatulistiwa yang mana tiada di tempat lain, hanya satu-satunya di dunia diadakan di Kepuluan Riau Lingga, Indonesia.


Untuk maklumat lanjut mengenai hal yang berkaitan, bolehlah terus menghubungi Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, iaitu Bapak Raja Fahrurazi di aplikasi whatsapp +62 08117011961.

APA ITU INFLASI

$
0
0

Inflasi dalam ekonomi merujuk kepada, kenaikan secara umum bagi harga barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa maka nilai wang dan kuasa membeli akan semakin mengecil. Ini kerana, inflasi mengakibatkan kehilangan nilai wang.


Apakah jenis inflasi yang berbeza ; Inflasi secara umum dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

  • (a) Demand-pull inflation : Keadaan yang melibatkan konsep demand dan supply sesuatu barangan. Ini berlaku apabila permintaan sesuatu barangan melebihi penghasilannya dan menyebabkan harga barangan meningkat.
  • (b) Cost-push Inflation : keadaan dimana kos penghasilan sesuatu barang meningkat yang mana memaksa pengeluar meningkatkan harga barang mereka bagi mengekalkan margin keuntungan. 
  • (c) Monetary Inflation : Keadaan di mana bekalan dan penghasilan wang yang berlebihan dalam sesuatu ekonomi. Ini mangakibatkan nilainya semakin jatuh. 



JOM TERBANG KE BANGKOK BERSAMA THAI AIRWAYS MALAYSIA

$
0
0

Macam mana hari korang semua? Mesti best kan kalau dapat dengar something good from you guys. Kalaulah korang lalui perkara yang kurang baik sepanjang hari tu, jangan risau okay? It’s just a bad day, not a bad life. So kalau korang dah lama sangat kerja, saya nak cadangkan kat korang supaya take a break and bagilah diri korang relax walaupun sekejap.

Maksud saya, ambil masa sedikit untuk diri sendiri pergi bercuti kat tempat yang boleh tenangkan fikiran and boleh chill chill sikit kan. Sekali sekala korang kenalah lari sekejap dari dunia kerja ni supaya korang tak terlampau tertekan. Takut nanti bila stress lagi lah susah nak buat kerja pulak.  Saya sendiri faham dunia kerja ni macamana. Memang tak lari dari tekanan.

Selain dari bercuti di Malaysia, apa kata ambil peluang untuk bercuti di luar negara. Tapi kalau ke luar negara ni sudah semestinya nak guna banyak duit sikit kan. Tapi once for a while, why not kan? Bila nak travel luar negara ni mesti lah kena guna kapal terbang kan. Bila guna kapal terbang ni faham-faham lah harga mesti lah a bit pricy tapi apa yang bestnya korang boleh jimatkan masa travelling korang. Jadi tak adalah cuti korang sia-sia untuk perjalanan pergi balik je kan? Nak nak kalau ke Thailand naik keretapi, memang makan masa lah.

travel menggunakan pengangkutan darat (train)

Tapi naik apa-apa jenis pengangkutan pon mesti kena ada tiket kan, kalau tak macam mana korang nak travel. It is like pass untuk korang nak lepas satu checkpoint lah. Contohlah kita pilih kapal terbang untuk pergi bercuti. Korang nak beli tiket, korang boleh dapatkan kat kaunter tiket ataupun beli online ja terus lagi senang. Online ni lagi mudah and jimatkan masa sebab semua dah ada kat situ. Korang cuma perlu buka ja website dia and then semua info korang boleh dapatkan dekat situ. Korang dah tak payah pergi airport nak check tiket flight lagi, tapi korang guna online website terus ja then korang boleh tengok and tempah terus tiket.

THAI AIRWAYS MALAYSIA

Jadi, korang mesti lah ada banyak pilihan syarikat penerbangan mana yang korang nak pilih kan. As for me, saya akan cadangkan korang pilih thai airways Malaysia. Contohlah korang nak pergi ke Thailand and korang dari Malaysia, syarikatthai airways Malaysiani confirm akan bagi layanan yang sangat best untuk korang.

Ilustrasi foto pesawat Thai Airways

Korang akan lalui pengalaman yang lain dari yang lain bila korang travel dengan syarikat ni. Selalunya, kalau korang terbang ke Thailand, flights akan mendarat dia Don Mueang International Airport. Untuk pengetahuan korang, lapangan terbang ni sangatlah famous dekat Thailand. Banyak juga pelancong yang datang ke sini dan ia juga salah satu lapangan terbang yang terbesar dekat Thailand.

CARA TEMPAHAN TIKET THAI AIRWAYS SECARA ONLINE

Untuk korang yang nak tempah tiket tu, korang boleh terus buka website syarikat thai airways Malaysia ni secara online. Dekat situ lagi mudah dan cepat untuk korang semakada lagi tak seat untuk ke tempat yang korang nak pergi pada tarikh yang korang nak. Bila korang dah buka website tu, korang boleh search for flights to Bangkokand lepastu click search. Ni contoh kalau korang nak pegi Bangkok lah, kalau korang nak pergi tempat lain korang tulis ja tempat yang korang nak. Kalau korang bertuah, mungkin waktu korang tengah cari tiket tu korang akan dapat harga promosi yang jauh lebih murah. So korang boleh la jimat duit untuk korang shopping ke apa ke kat sana nanti.

Interface laman sesawang traveloka untuk Thai Airways Malaysia

Dekat website tu korang cuma perlu masukkan tarikh bila korang nak pergi, tarikh bila nak balik, tempat yang dituju and berapa jumlah penumpang. Lepastu terus klik search. Nanti website tu akan tunjuk senarai tempat duduk yang available and pakej yang murah hinggalah mahal. Korang kena selalu check lah harga tiket and tarikh yang korang nak pergi tu mestilah kena rancang awal-awal supaya tiket tak habis.

Korang boleh menikmati pakej yang murah dan jimat dengan syarikat penerbangan ni. Apa yang korang kena buat adalah rancang betul-betul and beli tiket kapal terbang awal-awal supaya nanti takdalah korang macam kelam-kabut bila tiket dah habis. Jangan lupa cadangkan dekat kawan-kawan ataupun keluarga korang okay. Have a good day ahead.

CARA KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT (BSH) 2019

$
0
0

Semalam kita menerima berita bahawa Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng telah mengumumkan pada pembentangan Belanjawan 2019 bahawa Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) akan diteruskan bagi tahun 2019. Jadi, para penerima sedia ada disarankan untuk mengemaskini maklumat peribadi bagi memastikan agar permohonan anda tidak ditolak dan terus menerima BSH pada tahun 2019 

Seperti sedia maklum, Bantuan Sara Hidup Rakyat dulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Setelah Pilihan Raya Umum ke-14, bantuan kewangan ingin dijenamakan semula dan akan diperkemaskan bagi memastikan agar hanya golongan yang betul-betul layak sahaja mendapat bantuan ini. Khabarnya, bantuan RM100 akan diagihkan kepada individu dibawah ketogori bujang. Dengan adanya bantuan ini, sekurang-kurangnya golongan yang kurang berkemampuan dapat meningkatkan kuasa pembelian dan permintaan terhadap barang-barang justeru merangsang perkembangan ekonomi.

CARA KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT (BSH) 2019

Jadi untuk melayakkan korang untuk menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) ini, korang haruslah mengemaskini permohonan BSH 2019 bagi penerima sedia ada pada tahun-tahun sebelum ini.


Saya doakan semoga rezeki kita dimurahkan dan diberkati oleh-NYA. Aamiin


Viewing all 1027 articles
Browse latest View live