Quantcast
Channel: Mawardi Yunus
Viewing all 1027 articles
Browse latest View live

TONTON DRAMA NUR 2 (TV3)

$
0
0

  • JUDUL : NUR 2
Episod : 15 episod
Tarikh Tayangan : 2 April 2019
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Penulis Skrip : Shahrulezad Mohameddin
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Terbitan : Radius One Sdn Bhd
  • WATAK PELAKON 
Amyra Rosli sebagai Nur
Syafiq Kyle sebagai Adam
Azar Azmi sebagai Juita
Datuk Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin
Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah
Azhan Rani sebagai Syed Hamadi
Noorkhiriah sebagai Aishah
Atiq Azman sebagai Amirul
Eyra Hazali sebagai Suraya
Noryati Taib sebagai Nekma
Hasrulnizam Osman sebagai Ustaz Yassin
Uchee Fukada sebagai Uchee
Munaa Bella sebagai Ustazah Nurul
Elmy Moin sebagai Marzuki
Jijie Zainal sebagai Jojo
Riena Diana sebagai Qhadeeja
Mathni Razak sebagai Mukriz
Zalif Sidek sebagai Tuan Jalal
Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin
Kuna Muzani sebagai Datin Orkid
  • LAGU TEMA / OST NUR2 
Tetap Kamu - Amylea X Megat [ Link ]
Bimbang - Artis: Marsha Milan [ Link ]
Pudar - Indah Ruhaila [ Link ]
Dua - Roman
Cintaku - Megat
Tak Pernah Hilang - Amylea & Kaer Azami

  • SINOPSIS NUR 2
Ujian demi ujian telah datang kepada Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri. Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati. Jiran mereka terganggu dengan kelas mengaji yang semakin mendapat sambutan, Adam dan Nur perlu mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana.

Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam.

Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya.

Aisyah tersempit di antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti.

Aisyah dan Hamadi turut dihalau keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menebal muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu.

Adakah Hamadi akan insaf atau terus dengan niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang lain yang sentiasa hadir untuk merosakkan seagalanya?

TONTON DRAMA NUR 2 EPISOD 4

LIRIK LAGU KERIS SAKTI OST. UPIN IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL - FAKHRUL RAZI

$
0
0

Ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya penyanyi lagu Keris Sakti yang merupakan OST. Filem Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal tu. Ramai penonton yang sudah menonton filem ini memuji suara seorang penyanyi lelaki tersebut. Kalau korang nak tahu, beliau adalah Fakhrul Razi. Untuk pengetahuan korang, penyanyi berusia 39 tahun yang berasal dari Brunei Darussalam ini pernah mewakili negaranya bertanding di World Championship Of Performing Arts yang diadakan di Hollywood, Amerika Syarikat. Jadi bukan calang-calang orang ya.

LIRIK LAGU KERIS SAKTI (OST. UPIN IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL)
- FAKHRUL RAZI

Keris sahabat pada yang setia
Seteru pada yang derhaka
Siapa dia pahlawan perkasa 
Yang akan menegak keadilan 

Tujuh petala langit seru namanya 
Tujuh petala bumi gerun akannya
Keris sakti kekuasaan raja 
Keris sakti kebesaran negara

Jangan berkelana entah kemana 
Hilang takhta hancur negara 
Pulanglah segera menghalau durjana 
Airmata merungkai segalanya

Tujuh petala langit seru namanya
Tujuh petala bumi gerun akannya
Keris sakti kekuasaan raja
Keris sakti kebesaran negara

Jangan berkelana entah kemana
Hilang takhta hancur negara
Pulanglah segera menghalau durjana
Airmata merungkai segalanya

Lalala lalala lalala lalala lalala

Jangan kelana entah kemana 
Pulang segera menghalau durjana
Jangan kelana entah kemana
Pulang segera menghalau durjana

(Ayohhh)

Jangan kelana entah kemana
Pulang segera menghalau durjana
Jangan kelana entah kemana
Pulang segera menghalau durjana

ANT-MAN AND THE WASP : NANO BATTLE ! TARIKAN TERBARU DI DISNEYLAND HONG KONG

$
0
0

Berita baik kepada penggemar siri Adiwira Marvel! Disneyland Hong Kong telah buka tarikan terbaru Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! yang merupakan tarikan bertemakan Marvel kedua di Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) , yang meneruskan lagi perkembangan taman tema ini sebagai hab bagi aksi Adiwira Marvel di rantau ini. 


Untuk pengetahuan korang, tarikan terbaru Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! ini telah dibuka kepada umum pada 31 Mac 2019 lepas.


Tarikan Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! merupakan suatu pengembaraan interaktif yang ternyata unik. Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! merupakan tarikan pertama seumpamanya yang menampilkan ciri-ciri watak ikonik Ant-Man and The Wasp, dan juga merupakan tarikan pertama Marvel di Disney Park yang menampilkan Adiwira wanita sebagai watak utama.


Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! meneruskan kisah yang bermula dengan Iron Man Experience. Pengunjung akan menyertai suatu misi penting untuk mempertahankan Hong Kong daripada serangan Hydra apabila penjahat kecerdasan buatan Arnim Zola berusaha mencuri Data Core yang mengandungi maklumat yang sangat sulit.


Sementara Iron Man sibuk menentang bot-bot Hydra di Stark Tower, beliau memanggil Ant-Man and The Wasp untuk membantu melindungi Pavilion S.H.I.E.L.D., kerana hanya Ant-Man and The Wasp yang mempunyai keupayaan untuk mengecut dan menyusup masuk di antara perisai kukuh Swarmbots dan seterusnya memusnahkan mereka dari bahagian dalam. Namun, dengan hanya mereka berdua sahaja berhadapan beribu-ribu Swarmbots, Ant-Man and The Wasp pastinya memerlukan pengunjung untuk turut beraksi bersama-sama dengan mereka!


Dengan menaiki kenderaan tempur terbaharu S.H.I.E.L.D., iaitu D/AGR yang juga dikenali sebagai Dagger, pengunjung akan menuju ke Data Core sambil memusnahkan Swarmbots di sepanjang kembara dengan menggunakan EMP Blasters.

Pengalaman Marvel yang tulen menampilkan Elemen Hong Kong

HKDL dan Walt Disney Imagineering berganding rapat dengan Marvel Studios dalam menghasilkan tarikan baharu ini. Pengarah Peyton Reed dan pasukan produksinya turut memberikan sokongan tidak penuh mereka, sementara bintang-bintang yang terlibat dengan filem tersebut, iaitu Paul Rudd dan Evangeline Lilly turut menyokong dengan melakonkan semula watak mereka. Hasilnya, pengunjung akan berasa seolah-olah diri mereka berada dalam pengalaman Marvel yang sebenar.


Suatu watak Marvel Hong Kong yang diberi nama Leslie Lam telah dicipta untuk tarikan ini. Leslie yang berasal dari Hong Kong merupakan Ketua Jurutera S.H.I.E.L.D. di Science and Technology Pavilion yang menyelia semua pembangunan dan penyelidikan pavilion. Beliau akan melatih pengunjung menggunakan teknologi terkini EMP Blasters dan juga menyediakan maklumat penting sepanjang pertempuran tersebut. Watak Leslie dijayakan oleh Jessica Hsuan (宣萱) yang merupakan artis Hong Kong pertama diundang untuk memegang sebuah watak Marvel.

Semasa pertempuran tersebut, pengunjung akan menerima komen daripada Ant-Man and The Wasp. Mereka juga akan mendapat beberapa rujukan tempatan yang dipenuhi elemen humor daripada kedua-dua adiwira tersebut. Pastikan anda melihat dengan teliti butiran Marvel yang tersembunyi semasa kembara tersebut.

Untuk menjadikan tarikan ini lebih imersif, Secure Storage Vault bagi Alien & Weapon Technology dalam S.H.I.E.L.D., pavilion mempamerkan 14 jenis artifak dan item penyelidikan daripada filem, pertunjukan TV dan komik Marvel. Sebahagian daripadanya adalah unik dan dipamerkan secara eksklusif di HKDL.

Terdapat 150 sasaran, yang ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan saiz, yang menyediakan cabaran permainan pada tahap yang berbeza-beza kepada pengunjung. Komputer di dalam D/AGR akan merekodkan tembakan dan ketepatan sasaran oleh pengunjung, dan markah dikumpulkan serta ditunjukkan atas paparan kenderaan tersebut. Markah diberikan berdasarkan bilangan ketepatan sasaran dan saiz sasaran tersebut. Lebih kecil sasaran itu, lebih tinggi nilainya. Markah tambahan boleh diperoleh dengan mencari kombo rahsia dan turutan istimewa. Dengan menggunakan EMP Blasters, pengunjung perlu mencuba untuk menembak dan menyahaktifkan sebanyak mungkin Swarmbots, bagi membantu Ant-Man and The Wasp menewaskan Zola. Mereka juga boleh bertanding sesama ahli keluarga dan rakan mereka untuk melihat siapa yang meraih markah tertinggi!


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari https://www.hongkongdisneyland.com.

TIKET ETS BALIK RAYA SUDAH MULA DIJUAL 10 APRIL ! JANGAN LAMBAT2 NANTI TAK DAPAT BALIK RAYA

$
0
0


Sedar tak sedar dah nak puasa dah kita. Jadi dah boleh buat persiapan awal untuk balik kampung beraya kan? Nak nak bagi mereka yang menggunakan kenderaan awam untuk balik ke kampung. Bagi mereka yang akan pulang beraya menaiki kereta api, anda boleh dapatkan tiket berkenaan bermula 8.30 pagi secara online di laman sesawang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), menerusi aplikasi telefon pintar KTM MobTicket ataupun di kaunter-kaunter tiket KTMB bermula 10 April 2019.

Untuk tiket perkhidmatan ETS dan KTM Intercity yang dijual ini adalah bagi perjalanan antara Tarikh 1 hingga 16 Jun 2019 berdasarkan jadual waktu perjalanan yang disediakan. Sebanyak 36 perjalanan kereta api ETS dan 49 perjalanan kereta api KTM Intercity disediakan bagi menampung permintaan yang tinggi sempena musim perayaan itu.

Jualan tiket bagi perkhidmatan tren shuttle Terbau (JB Sentral – Woodlands – JB Sentral) pula kekal seperti biasa.

Jadi apa tunggu lagi, kalau nak balik raya kena cepat-cepat sebelum semua tiket habis.

INFO PERCUTIAN MUSLIM DI MACAO !

$
0
0
Ramai kawan-kawan saya tegur buat apa di Macao sampai 4 hari tu? Sedangkan dengan keluasan Macao yang kecil tu, mereka boleh  explore hanya dalam masa sehari sahaja.


Kalau difikir secara logik dengan keluasannya yang kurang dari 30kmkita boleh explore Macao dalam masa sehari sahaja. Tapi, korang kena tahu bahawa walaupun Macao ni kecil, tapi ianya sangat padat dengan lokasi dan tarikan-tarikan yang menarik.
❝ Macao merupakan suatu wilayah kecil di selatan China yang merupakan salah satu daripada dua Kawasan Pentadbiran Khas. Ditadbir oleh Portugal sehingga tahun 1999, ia merupakan koloni Eropah yang tertua di China dan diasaskan pada abad ke-16. Hak memerintah Macao telah dipindah-milik ke Republik Rakyat China pada tahun 1999.❞
Macao memainkan peranan unik sebagai penghubung antara China dan Barat terutama dalam hal-ehwal perdagangan pada pertengahan abad ke-16 sehingga abad ke-19.
BAHASA KOMUNIKASI | Apa yang menariknya, penduduk Macao menggunakan bahasa Kantonis, Mandarin, Portugis untuk berkomunikasi. Orang Macao (Macanese) merujuk kepada penduduk tetap wilayah ini, akan tetapi secara khusus merujuk kepada etnik campuran Portugis dan Han.


Secara pentadbirannya, Macao terbahagi kepada dua bahagian:
"Daerah Utara" terlalu dekat dengan jirannya iaitu bandar Zhuhai di tanah besar China. Dalam pada ini, penduduk berulang-alik dari tanah besar ke Macao dengan melalui daerah utara.

CUACA | Macao mempunyai iklim sub tropika dengan empat musim.
  • Musim bunga (Mac ke Mei); Suhu purata ; 12 - 26 C
  • Musim Panas (Jun ke Ogos); Suhu purata : 26 - 31 C
  • Musim Luruh (September ke November); Suhu purata : 19 - 28 C
  • Musim Sejuk (Disember ke Februari); Suhu purata : 12 - 20 C
Jadi, sebelum ke sini sila bawa baju yang bersesuaian dengan iklim di sana ya.

MATA WANG | Dalam urusan jual beli, macao mempunyai matawang sendiri iaitu Macanese Pataca. Selain Macanese Pataca, mereka juga menerima mata wang Hong Kong Dollar dalam urusan perniagaan dan jual beli yang dikira dalam 1:1.
  • RM 1 = 1.88 MOP (Macanese Pataca)
  • RM 1 = 1.80 HKD (Hong Kong Dollar)

MASA | Tiada masalah dengan masa di sini kerana Macao dan Malaysia dalam jalur yang sama. Jadi  korang tak perlu pun tukar masa di jam korang kerana masa di Malaysia sama dengan masa di Macao.
  • Masa di Malaysia = Masa di Macao

MAKANAN HALAL| Ramai yang tanya saya berkenaan restoran makanan halal yang ada di sekitar Macao. Disini saya sertakan beberapa info restoran yang mempunyai Halal Certificate dan mesra muslim yang korang boleh cuba.



Jadi itulah serba sedikit perkongsian saya berkenaan info yang korang perlu tahu jika korang nak datang Macao. Nantikan article saya yang seterusnya berkenaan tempat-tempat menarik di Macao.

PENGALAMAN PERCUTIAN HEBAT DI MACAO!! 4H3M TAK PUAS BEB!!

$
0
0

Sebelum ni saya ada kongsikan dengan korang satu artikel berkenaan Info Percutian Muslim di Macao. Jadi untuk artikel kali ni, saya nak kongsikan pula tarikan menarik yang korang boleh jumpa di Macao.

Memandangkan kami menginap di Semenanjung Macao iaitu berdekatan dengan Ponte 16, jadi wajiblah kiranya saya kongsikan dengan korang beberapa lokasi menarik yang ada disekitarnya yang korang boleh pergi dengan hanya berjalan kaki sahaja antaranya seperti Ruins of St. Paul’s, Mount Fortress, Macao Museum, Senado Square, Happiness Street dan banyak lagi.

Ruins of St. Paul’s


Ruins of St. Paul’s hari ini berdiri sebagai salah satu mercu tanda paling ikonik dan paling banyak dilawati di Macao. Ianya merupakan tinggalan sebuah gereja Katolik terbesar di Asia, dimana pada tahun 1835 ianya runtuh dalam satu kebakaran.



Apa yang tersisa hanyalah pintu hadapan yang menceritakan sejarah agama Kristian di Asia dengan simbol-simbol tentang agama berkenaan.

Mount Fortress (Macao Museum)


Mount Fortress terletak hanya disebelah Ruins of St. Paul’s sahaja. Mount Fortress merupakan sebuah lokasi terbaik untuk korang melihat pemandangan sekitar Macao dari puncak bukit. Mount of Fortress ini adalah kubu pertahanan Portugis satu masa dulu.  Tidak perlu mengambil waktu yang lama untuk mendaki kerana ada kemudahan escolator untuk penggunjung guna naik ke atas.


Di atas itu juga terdapat banyak meriam peninggalan Portugis yang kini menjadi tempat sejarah. Di sini juga ada menempatkan Muzium Macao. Untuk pengetahuan korang, Muzium Macao dibuka setiap hari kecuali pada hari isnin. Pada hari selasa pula, Muzium Macao dibuka secara PERCUMA kepada pengunjung.



Kalau anda nak tahu lebih banyak tentang sejarah Macao bolehlah masuk ke muzium ni. Nak jimat masuk hari selasa. Hehe. Boleh masuk secara percuma. 

Senado Square


Senado Square merupakan satu lokasi yang paling saya gemari, kerana disinilah korang dapat melihat percampuran budaya sebenar masyarakat Macao melalui keunikan senibinanya. Selain menjadi medan pertemuan festival serta aktiviti penduduk setempat, Senado Square sangat popular sebagai pasar beli-belah yang menawarkan barangan harga mampu, ole-ole tempatan dan produk berjenama. Bangunan tidak melebihi empat tingkat berjajar dataran itu dipercayai dibina sekitar abad ke-19 hingga ke-20.




Namun, pada 1993, dataran itu diturap batu mozek corak ombak hitam berselang putih bagi disesuaikan dengan bangunan warna terang yang mengelilinginya. Ini menguatkan lagi pengaruh Mediterranean yang cuba diketengahkan di sini. Tidak susah untuk dicari kerana ianya berada betul-betul dekat dengan jalan utama.

Happiness Street


Happiness Street (Rua da Felicidade) adalah sebuah lorong yang mana kiri kanannya merupakan rumah dua tingkat dimana kebanyakan pintunya di cat dengan warna merah tradisional China. Ianya adalah rumah kepada beberapa kedai-kedai dan restoran-restoran yang terkenal yang menyajikan beberapa snek tempatan dan cenderahati di sini.


Untuk pengetahuan korang, jalan ini pernah dijadikan lokasi penggambaran beberapa adegan dari Indiana Jones and Temple of Doom.

Semua lokasi-lokasi seperti Ruins of St. Paul’s, Mount Fortress, Macao Museum, Senado Square, dan Happiness Street ni korang boleh teroka dengan hanya jalan kaki je. Tak perlu nak naik bas atau teksi kerana semuanya dekat-dekat. Selain dari tempat-tempat yang saya share kat atas ni sebenarnya banyak lagi tarikan yang korang boleh jumpa di sekitarnya. Kalau seharian korang kat sini pun dah boleh dikatakan berbaloi. Antara beberapa tempat menarik lain yang korang boleh jumpa adalah seperti berikut :
Untuk ke sini korang boleh megambil bas 3, 3A, 4, 8A, 10, 10A, 11, 18, 19, 21A, 26A, 33 bas ke the Av. De Almeida Ribeiro (San Ma Lo).

Macao Tower


Macao Tower ni berada jauh sikit dari lokasi-lokasi yang saya nyatakan kat atas. Jadi untuk ke sini saya nasihatkan korang ambil public transportlah. Kalau naik bas, korang boleh ambil route 5, 5AX, 9A, 18, 18B, 23, 26, 32 and N2.




Macao Tower ni agat popular di di seluruh dunia. Kalau kita di Malaysia, ia diibaratkan seperti Menara Kuala Lumpur lah. Aktiviti paling popular yang korang boleh cuba kat sini adalah Bungee Jump. Mana taknya, Bungee Jump Macao Tower adalah bungee jump yang tertinggi di dunia ya! Amacam, korang berani tak?

Info Lanjut: Macao Tower

Taipa Village


Taipa Village berada di daerah kepulauan ( Taipa dan Coloane), jadi untuk ke sini kita perlu melalui jambatan. Jika korang menggunakan public transport, korang boleh ambil bas routes 11, 15, 22, 28A, 30, 33, 34. Disini juga mempunyai banyak tarikan antaranya seperti Upright Escalator, Taipa Houses& Cunha Street.

Upright Escalator | Pertama kali saya menaiki escalator seperti ini. Ianya seakan lif cuma tidak bergerak cecara 90 darjah. Kat bahagian atas ni ada sebuah taman dan track untuk orang beriadah. Dari atas ni juga kita dapat lihat pemandangan sekitar termasuklah tasik dan Taipa House yang berada hanya beberapa meter dari sini.



Taipa Houses | Taipa Houses Museum merupakan lokasi dimana korang bereluang untuk lebih memahami senibina Portugis di Taipa melalui lima buah rumah tradisionalnya yang dibina sejak 1921. Tak hanya menampilkan reka dalaman rumah, di sini juga ada tasik dan taman bunga yang cukup menenangkan selain satu-satunya gereja Katolik di Taipa, Our Lady of Carmel Church.


Kesemua lima (5) buah rumah disini berwarna hijau turquoise, dan masing-masing mempunyai tema tersendiri iaitu Macanese Living MuseumExhibitions GalleryCreative CasaNostalgic House dan House of Receptions.



Cunha Street | Kalau dah sampai di sini, jangan lupa untuk ke Cunha Street. Kat sini korang boleh membeli cenderahati di Macao. Penduduk tempatan memanggilnya sebagai Rua do Cunha (Cunha Street) . Jalan ni mendapat namanya daripada pengembara dari Portugis bernama Tristão da Cunha.


Selain dari melawat tempat-tempat menarik, kami juga berkesempatan melakukan aktiviti yang sangat best seperti pengalaman melalui jambatan baru Hong Kong – Zhuhai- Macao Bridge (HZMB), menaiki Macao Cruise, menaiki, Macao Open Top Bus, beraktiviti di Zero Latency, beraktiviti di Planet J dan menonton Elekron Show.

Macao Cruise | Mengambil masa perjalanan selama hampir 30-45 minit ini, kami dapat melihat  sendiri keindahan pemandangan yang paling ikonik dan hebat di sepanjang Taipa, Semenanjung Macau, Coloane, serta coastal line Hengqin.


Macao Cruise ni korang boleh naik di dua lokasi iaitu sama-ada di Taipa Ferry Terminal atau pun di Coloane Pier. Tempohari kami naik Macao Cruise ni di Taipa Ferry Terminal.

Taipa Ferry Terminal ke Coloane Pier
  • Cruises bermula di Taipa Ferry Terminal daily
  • Isnin-Jumaat : 1:00pm, 3:00pm, 5:00pm (last ride)
  • Sabtu-Ahad dan cuti umum : 11:00am, 1:00pm, 3:00pm, 5:00pm (last ride)
Coloane Pier to Taipa Ferry Terminal
  • Cruises bermula di Coloane Ferry Terminal daily
  • Isnin-Jumaat : 2:00pm, 4:00pm, 6:00pm (last ride)
  • Sabtu-Ahad dan cuti umum : 12:00pm, 2:00pm, 4:00pm, 6:00pm (last ride)

Jadi untuk ke Taipa Ferry Terminal korang boleh menaiki bas route  26, 36, 51A, AP1, MT1, MT4, N2 atau menaiki Free shuttle bus dari Venetian Macao, Parisian Macao, Sands Cotai Central, Sands Macao, Studio City, City of Dreams, Galaxy Macau, Broadway Hotel Macau, Wynn Palace, Wynn Macau, MGM, Grand Lisboa Hotel and Hotel Lisboa.

Info Lanjut : macaucruise

Macao Open Top Bus | Bagi korang yang ada plan untuk buat day tour di Macao, saya cadangkan korang naik Open Top Bus. Ada 11 hentian yang semuanya, dan ianya sudah semestinya akan melengkapkan perjalanan korang di Macao. Tak perlu nak sewa kereta dah, cukuplah naik bas dan korang dah pun boleh jelajah seluruh Macao dengan Open Top Bus ni.



Antara hentian Open Top Bus adalah Macau Ferry Terminal, Macau Fisherman’s Wharf, Kun Lam Statue, Hotel Lisboa, New Yaohan, Macao Tower, A-Ma Temple, Galaxy Macau, Broadway Macao dan The Venetian Macao.

Harga tiket Open Top Bus:
  • MOP150 (dewasa) 
  • MOP100 (kanak-kanak)
Zero Latency Zero Latency Macaomerupakan free-roaming multi-player virtual reality dan the virtual reality gaming arena terbesar di Macao. Permainan ini dikatakan berasal dari Melbourne, Australia.




Apa yang menariknya mengenai permainan VR ni, ianya memaparkan teknologi tanpa wayar dan pengesanan gerakan terkini, yang boleh membawa tahap permainan realiti maya seakan realiti. Jadi korang akan rasa betul-betul berada di lokasi kejadian.

Info Lanjut : ZeroLatency

Planet J | Bagi mereka yang sukakan pada tempat permainan indoor yang berkonsepkan fantasi dan kingdom, korang boleh datang ke Planet J. Apa yang menariknya, untuk masuk ke sini korang perlu memilih dan memakai costume karakter pilihan korang.



Kat dalam ni ada macam-macam jenis permainan yang sangat menarik. Ianya merupakan gabungan video games dan exercise yang sangat sesuai untuk kanak-kanak.


Waktu operasi Planet J adalah seperti berikut :

  • Isnin hingga Jumaat: 10:00 pagi hingga 7:00 petang (Kemasukan terakhir: 6:00 petang)
  • Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 10:00 pagi hingga 8:00 malam (Kemasukan terakhir: 7:00 petang)

Shop 3009, Level 3, Shoppes di Cotai Central
Sands Contai Central, Taipa, Macau (Berhampiran Food Court)

Info Lanjut : PlanetJ

Elekron Show | Ianya merupakan “world’s first all-electric indoor theatrical stunt show” yang cukup bertenaga dan sangat disyorkan untuk ditonton. Persembahan hebat yang mengambil masa selama 75-minute ni tidak pernah akan buat korang senang duduk.



Info Lanjut : ElekronShow

Kalau diikutkan, banyak lagi tempat dan aktiviti menarik yang kami tak sempat nak lakukan di Macao. Nampak gayanya memang kena datang lagilah next time. Bagi saya, cukup datang ke Macao kerana kat sini semua ada. Kemudahan public transport pun senang. Bukan tu aje, makanan Halal pun mudah nak dapat. Jadi kalau korang nak tahu senarai restoran yang menawarkan makanan Halal di Macao boleh rujuk link di bawah.


Artikel ini adalah hasil dari jelajah media jemputan Muslim Media FAM trip ke Macao dengan kerjasama Macao Government Tourism Office (MGTO), Representative in Malaysia! pada 25 – 28 Mac 2019.

LAFAZ NIAT PUASA BULAN RAMADHAN

$
0
0

Sedar tak sedar Bulan Ramadan tiba lagi. Syukur pada Allah SWT kerana masih memberi peluang untuk kita bertemu lagi bulan yang amat mulia dan barakah bagi Umat Islam ini. 
Ibadat Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai “menahan diri“. Dari segi istilah syarak puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat“.
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

Berikut adalah cara lafaz niat puasa di Bulan Ramadhan.

1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
  • Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 
  • Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

Panduan Lafaz Niat
  1. Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
  2. Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  3. Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat setiap hari apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan melafaz niat setiap hari bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki.
Sumber gambar : dtberdaya

APLIKASI NGO NEGARAKU : PROGRAM BUY & SAVE, CSR DAN SMART PARTNERSHIP

$
0
0

Pada minggu lepas saya sendiri telah berpeluang menghadirkan diri di Majlis pelancaran Mobile App NGO Negaraku yang telah berlansung di Hotel The Royal Widad @ Residency UTMKL.

APLIKASI NGO NEGARAKU

Mobile App NGO Negaraku ini merupakan satu inisiatif NGO dengan kerjasama pihak Swasta yang berurusan sebagai Syarikat Social enterprise ke arah melebarkan kesepakatan dan kerjasama antara Badan-badan bukan Kerajaan seperti NGO, Koperasi dan Yayasan.

Gabungan ini dibuat menerusi kecanggihan teknologi dan ianya dijayakan secara tertutup dan khusus untuk Ahli-ahli NGO yang berdaftar di bawah Aplikasi NGO Negaraku. Penggunaan Aplikasi NGO Negaraku ditawarkan secara PERCUMA bagi memastikan semua NGO akan dapat berfungsi dan bergerak maju ke hadapan mengikut keperluan dan situasi semasa.

BUY & SAVE I CSR I SMART PARTNERSHIP.


Menerusi Aplikasi ini pelbagai Program diperkenalkan dan induk kepada Program ini adalah BUY & SAVE.
  1. Buy & Save, CSR, Smart Partnership ini adalah inisiatif terbaru yang diperkenalkan untuk membantu pelajar khususnya di IPTA dan IPTS bagi mendapatkan produk dan barangan dengan harga jimat.
  2. Program ini sedang mengumpul penyertaan syarikat-syarikat pembekal termasuk GLC untuk bersama menjayakannya melalui penawaran produk dan barangan yang sesuai dengan harga penjimatan sebenar.
  3. Produk dan barangan yang diperolehi dari pembekal melalui belian pukal atau jaminan belian akan ditawarkan kepada Pelajar dan keuntungan dari hasil tersebut akan dikongsi.
  4. Melalui kaedah ini Pelajar akan dapat berjimat dan pihak NGO Negaraku akan dapat menyelia platfom ini secara berterusan.
  5. Untuk manafaat berganda, maka lebihan hasil yang diperolehi oleh pihak NGO Negaraku dari penjualan produk akan dikembalikan kepada Pelajar melalui sumbangan CSR.
  6. CSR ini akan memastikan Pelajar yang tidak berkemampuan akan turut beroleh manfaat.
Aplikasi NGO Negaraku ini dapat membantu dan memastikan NGO dan Ahli-ahlinya bergerak selari dan seiring dengan teknologi terkini. Penglibatan dan penyertaan syarikat pembekal termasuk GLC adalah kunci bagi menjayakan Program ini. Pulangan dan perkongsian dari belian pukal akan memastikan pembeli dapat berjimat dan Program CSR diperluaskan.

BERBUKA PUASA DI GRANDMAMA'S KALAU NAK MAKANAN CITARASA MALAYSIA

$
0
0

Salam Ramadan kepada semua pembaca. Kat mana agaknya lokasi berbuka korang hari ni ya? Kalau masih belum ada keputusan untuk berbuka kat mana, apa kata korang bawak family atau rakan sekerja untuk berbuka puasa di Grandmama's. Saya suka berbuka kat sini kerana mereka ada menawarkan set menu. Selain dari itu ada juga ala-carte menu yang korang boleh pilih dan tambah kalau rasa tak cukup.

Kalau diikutkan, tahun ni merupakan tahun ke-tiga (3) berturut-turut tak pernah miss berbuka di Grandmama's. Memandangkan saya ni jenis suka makan makanan citarasa Malaysia dan ala-ala kampung, jadi Grandmama's ni memang jadi pilihan utama. Makanan dia pun memang sedap-sedap semuanya.

SET MENU RAMADAN DI GRANDMAMA'S

Untuk outlet mereka yang berada di Pavilion KL dan Intermark Mall, mereka ada menawarkan empat (4) jenis set mengikut jumlah pax. Berikut merupakan dua (2) set menu yang saya dah cuba untuk berbuka puasa pada tahun ini.

SET B : RM168.00++ (4-5 orang)


Menu Set B ni sesuai untuk 4 ke 5 orang makan. Dalam set ni mengandungi lauk-lauk seperti berikut :
  • Kerabu Mangga dan Betik Muda 
  • Fish Head Curry Hot Pot 
  • Lamb Shank Gulai Kawah 
  • Crispy Butter Prawns 
  • Ayam Masak Merah ala Kampung 
  • Stir-Fried Mixed Vegetables 
  • Steamed Rice 
  • Kurma Dates 
  • Traditional Kuih

SET C : RM288.00++ (6-8 orang)


Ini pula merupakan Menu Set C . Set ni sesuai untuk 4 ke 5 orang makan. Dalam set ni mengandungi lauk-lauk seperti berikut :
  • Kerabu Mangga dan Betik Muda 
  • Seafood Curry Hot Pot 
  • Grandmama’s Ikan Cencaru Sumbat Sambal 
  • Sambal Petai Prawns 
  • Ayam Masak Merah ala Kampung 
  • Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce 
  • Braised Egg Beancurd with Minced Meat 
  • Paku with Sambal Belacan 
  • Steamed Rice 
  • Kurma Dates 
  • Traditional Kuih

MENU ALA-CARTE DI GRANDMAMA'S

Kalau tak cukup, korang boleh oder menu ala-carte. Berikut merupakan beberapa menu yang boleh di order secara ala carte.
  • Seabass Masak Tempoyak RM78.00++
  • Kerabu Manggadan Betik Muda RM12.00++
  • Grandmama’s Ikan Cencaru Sumbat Sambal RM23.00++ 
  • Lamb Shank Gulai Kawah RM39.00++
  • Crispy Butter Prawns RM45.00++
  • Ayam Masak Merah ala Kampung RM29.00++
  • Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce RM29.00++

HARGA SET RAMADHAN SANTAPAN BERSAMA GRANDMAMA'S


Set A RM78++ untuk 2/3 pax
Set B RM168++ untuk 4/5 pax
Set C RM288++ untuk 6/8 pax
Set D RM438+-Funtuk 8/10 pax


Individual Set Santapan Bersama Grandmama's KLIA
Seafood Curry Hot Pot Set - RM32.90++ 
Ayam Masak Merah Set - RM32.90+

Individual Set Santapan Bersama Grandmama's Genting Highland
Seafood Curry Hot Pot Set - RM32.90++ (members) 
Ayam Masak Merah Set - RM32.90++ (members)

Seafood Curry Hot Pot Set - RM34.90++ (non-members)
Ayam Masak Merah Set - RM34.90++ (non-members) 

Promosi sempena bulan ramadan ini bermula dari 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019. Jadi pastikan korang buat tempahan lebih awal untuk memudahkan perjalanan berbuka puasa korang ya :)

Berikut merupakan dua (2) lokasi restoran Grandmama's yang ada di Kuala Lumpur:

GRANDMAMA'S (Pavilion KL)
Lot 6.01.02, Level 6,
Pavilion KL 168 Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur 
Tel: 03-2143 9333 / Fax: 03-2143 9222 
Email: grandmamapkl@gmail.com

GRANDMAMA'S (Intermark Mall) 
Lot G-12, 
Intermark Mall 348 Jalan Tun Razak, 
50400 Kuala Lumpur 
Tel: 03-2181 2839 / Fax: 03-2181 2839 
Email: gmmintermark@grandmamas.com.my

AMINO MASON : PRODUK PENJAGAAN RAMBUT PALING LARIS DI JEPUN, UK DAN US.

$
0
0


Minggu lepas saya telah berkesempatan menghadiri satu majlis pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut iaitu Amino Mason Malaysia bersama Guardian Malaysia. Majlis pelancaran Amino Mason ini telah diadakan di Eight Days Salon di Ikano Power Centre.


Untuk pengetahuan korang semua, produk penjagaan rambut Amino Mason ini merupakan produk yang berasal dari Jepun. Apa yang menariknya berkenaan produk ni, ianya telah diiktiraf sebagai produk penjagaan rambut paling laris di tiga (3) buah negara iaitu Jepun, UK dan Amerika Syarikat. Walaupun terlalu banyak produk penjagaan rambut yang lain di pasaran, jenama Amino Mason ini adalah salah satu jenama penjagaan rambut semulajadi pertama yang diperbuat 100% daripada bahan organik seperti ekstrak buah-buahan dan herba serta yang dipekayakan dengan 18 Asid Super Amino untuk memberikan kepentingan bagi membersih, melembap, melindungi dan membersihkan kulit kepala dan menjaga kesihatan rambut.


Antara produk Amino Mason yang korang boleh dapat di pasaran adalah seperti berikut :
  1. Amino Mason Whip Cream Shampoo
  2. Amino Mason Milk Cream Treatment
  3. Amino Mason Fruit Cream Treatment
  4. Amino Mason Butter Milk Mask Pack
  5. Amino Mason Oil Cream Mask Pack
  6. Amino Mason Moist Hair Oil
  7. Amino Mason Moist Night Cream
  8. Amino Mason Amino Acid Hair Water
Menurut Pengarah Pemasaran Amino Mason Malaysia, Joyce Lee,"Rangkaian penjagaan rambut baharu ini sangat sesuai untuk rakyat Malaysia kerana cuaca panas dan lembap di sini boleh membuatkan rambut cepat jadi kotor dan berminyak. Jadi rambut perlu dicuci selalu dan menggunakan produk penjagaan yang betul dan berkesan. Produk Amino Mason dapat mengimbangi PH kerana diperbuat dengan bahan semula jadi seperti susu dan protein mutiara, sutera, madu manuka, minyak semulajadi daripada kekacang malah bukan sahaja lembut dan melembapkan kulit kepala tetapi produk ini tidak mengandungi paraben, silikon, sulfat atau sebarang pewarna sintetik dan surfaktan berasaskan petroleum."

Dengan 8 produk yang diperkenalkan pada majlis pelancaran tersebut terdapat dua (2) pilihan rangkaian Amino Mason ini khusus untuk mereka yang mempunyai masalah rambut kering dan rambut berminyak. 
  • The Moist Hair Care Series | dengan jambangan Mawar Putih dalam syampoo, serum rawatan, pelembap, minyak rambut dan krim malam diperbuat daripada susu, esen madu Manuka, minyak mangga, minyak badam, minyak argan dan adunan avokado serta cherimoya. Rangkaian ini sesuai untuk rambut kering hingga normal.
  • The Smooth Hair Care Series | dengan jambangan Mawar Peony dalam syampoo, serum rawatan, pelembap dan susu dari esen madu Mawar, Aprikot, Buah Delima, Rosemary dan Lavendar serta adunan buah-buahan botani seperti lemon dan raspberi. Rangkaian ini sangat sesuai untuk rambut normal hingga berminyak.

BAGAIMANA AMINO MASON BERFUNGSI

Amino Mason diperbuat daripada bahan asli dikenali sebagai "amino keratin", rangkaian produk Amino Mason mengandungi asid amino, keratin dan platinum yang disediakan dalam ketekalan whip cream yang bertindak dengan menembusi hingga ke korteks atau lapisan ketiga kulit kulit kepala. Oleh sebab asid amino dan keratin dengan skala molekul yang dikurangkan ini dapat menembus jauh ke dalam rambut, kerosakan rambut dapat dibaiki secara lebih berkesan.


Sebaik sahaja tahap asid amino dan keratin dipulihkan, platinum memainkan peranan sebagai penutup untuk mengedap permukaan dan mencegah pelepasan protein dan lembapan (punca kerosakan). Tahap kelembapan dan kederiaan sentuhan adalah benar-benar berlainan kerana khasiatnya melembapkan hingga ke hujung rambut untuk menjadikan rambut cantik berseri, manakala kolagen segar dengan keupayaan dan keserasian membendung lembapan menguruskan persekitaran kulit kepala dan menjadikan rambut lembap dan berkilat dari pangkal ke hujung.

Ketekalan whip cream  yang unik dicapai menerusi teknologi Nano, membolehkan berat molekul diturunkan dan memastikan tembusan hingga ke dalam kulit kepala. Surfaktan berasaskan asid amino botani dan bahan pembersih botani mengeluarkan buih seperti whip cream  untuk melindungi rambut daripada geseran yang berlaku semasa disyampu sambil membersih kotoran dan minyak dengan lembut. Dengan demikian, kulit kepala bersih dan terhidrat dengan sewajarnya.


Semasa majlis berlansung, kami juga diberi demo mencuci rambut dengan menggunakan produk Amino Mason ini.

Joyce juga mengesyorkan pengambilan makanan mengandungi vitamin, antioksidan, zink, kalsium, zat besi, iodin, asid amino dan asid lemak tak tepu. Semua nutrien ini sangat penting untuk memastikan kesihatan kulit kepala dan menjadikan rambut sihat dan cantik berseri.

HARGA SHAMPOO AMINO MASON


Harga sebotol shampoo atau conditioner Amino Mason ini adalah RM69.00 sahaja. Bagi yang ingin dapatkan rangkaian produk penjagaan rambut Amino Mason kini boleh didapati secara eksklusif di semua outlet Guardian di Malaysia Barat dan Malaysia Timur

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Amino Mason boleh layari :

RESIPI TERBAIK SALTED EGG BUTTER CHICKEN DI JIBRAIL SS15

$
0
0

Artikel kali ni saya nak share dengan korang sebuah restoran especially untuk mereka-mereka yang kat luar sana tu yang gemar dan suka akan menu yang berasaskan salted egg. Saya sendiri memang tidak pernah terfikir untuk ke sini kerana nama restoran ini sendiri agak pelik didengar buat pertama kali. Kalau korang nak tahu, restoran yang saya maksudkan ni adalah Jibril Lounge yang terletak di SS15.

JIBRIL LOUNGE SS15


Untuk pengetahuan korang, Jibril merupakan sebuah restoran yang berkonsepkan bar, tetapi Jibril ni menghidangkan makanan halal dan bebas daripada minuman keras. Jadi ia merupakan restoran pertama di Malaysia dengan konsep bar mesra Muslim. Apa yang menariknya, restoran ini merupakan sebuah restoran tersembunyi. Jibril Lounge ni terletak di sebalik dinding Sangkaya SS15 Subang Jaya, ada satu pintu rahsia di sebalik dinding Sangkaya untuk masuk ke Jibril Lounge.


Walaupun ianya merupakan sebuah restoran tersembunyi, tapi jangan terkejut jika korang boleh lihat orang beratur untuk makan di sini. Bila masuk je ke dalam, memang penuh dengan orang.

Bergambar bersama birthday boy

Kek dari RCPJ SuperMum

Tujuan kami ke Jibril Lounge ni adalah kerana untuk suprise birthday party Moka. Happy Birthday Moka.  Lokasi ni telah di cadangkan oleh salah seorang dari rakan kami kerana makanannya yang sangat enak. memang tidak dinafikan bahawa makanan-makanan yang ada kat sini memang semua enak. Kalau korang nak tahu, Jibril Lounge ni sangat famous dengan hidangan berasaskan salted egg.

MENU TERBAIK DI JIBRAIL SS15

Jom saya kongsi dengan korang beberapa hidangan yang sangat di syorkan oleh saya dan rakan-rakan untuk korang oder dan cuba di sini.

Salted Egg Butter Chicken RM15.90

Salted Egg Butter Squid RM19.90

Butter Chicken Chop Pasta RM21.90

Pineapple Fried Rice RM12.90

Nasi Lemak Butter Chicken RM19.90

Premium Australian Beef Ribs (Single) RM49.90

Iced/Hot Lemon Tea RM5.90

Kesemua menu kat atas ni saya dah rasa. Memandangkan dah lama tak makan western, saya oder Butter Chicken Chop Pasta . Memang tidak mengecewakan ya, sangat sangat sedap dan korang harus cuba. Tak hairanlah tempat ni sangat popular dan ramai yang datang walaupun ianya tersembunyi. Tengok pada rasa makanan dia memang saya dan kawan-kawan akan datang lagi Insyaallah.

Bergambar bersama dengan pemilik Jibril,  En. Akmyr Ahmad Azwan Abdul Kadir

Bagi pengunjung yang berminat untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman di Jibril Lounge ni, bolehlah datang ke alamat seperti yang tertera di bawah ni. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari socialmedia mereka di www.facebook.com/jibril atau Twitter dan Instagram @jibrilss15

JIBRIL CAFE
25 Jalan SS15/4B, Subang Jaya, Selangor. 
Dibuka setiaphari bermula jam 12 pm - 12 am
No Phone : 017-6110064 (akmyr)

SENARAI LOKASI BERBUKA PUASA 2019 MENGIKUT NEGERI

$
0
0

Sedar tak sedar dah berapa hari kita berada di bulan Ramadan yang mulia ni. Untuk artikel kali ni saya nak kongsikan dengan korang Senarai Lokasi Berbuka Puasa 2019 Mengikut Negeri yang korang boleh pergi untuk berbuka bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

KUALA LUMPUR 
SELANGOR
  • Hotel Summit Subang (BUFET)
  • ME'NATE Steak Hub (BUFET)(SET MENU)
  • Lugar De La Boda Puchong (BUFET)
  • Laman Kayangan Shah Alam (BUFET)
  • Hotel Tenera, Bangi (BUFET)
PAHANG

RESIPI MUDAH KARI AYAM KENTANG US LEBARAN

$
0
0


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya. Jarang sekali saya kongsi dalam article saya berkenaan dengan resipi masakan sebab saya ni bukan yang jenis pandai memasak. Tapi kadang-kadang tu kena jugak belajar kalau nak berjimat kan.

Tanpa membuang masa, untuk artikel kali ni saya nak kongsi dengan korang cara untukmemasak Kari Ayam yang cukup mudah. Apa yang specialnya resipi saya nak kongsi hari ni adalah saya menggunakan Kentang US. Ramai sangat kawan-kawan saya suggest untuk guna Kentang US ni kalau nak memasak. Kata mereka, kentang ni bukan sakat sedap ianya lembut dan mudah untuk di handle. Bukan itu sahaja, Kentang US ni jugak besar dan gebu-gebu tau.


Memandangkan kita dah dalam bulan puasa dan raya bakal tiba tak lama lagi, ada baiknya saya kongsi menu mudah untuk korang buat untuk jamu tetamu di hari raya nanti. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara memasak KARI AYAM KENTANG US LEBARAN ni.


BAHAN-BAHAN : 
  • Ayam - dua belah paha potong sederhana.
  • 1 biji ubi kentang - belah 4 (Kentang US)
  • Santan 1/2 kotak
  • Garam
  • Gula
  • Penambah perisa 
BAHAN KISAR/ TUMBUK 
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia 
BAHAN TUMIS 
  • 4 sekawan - pelaga, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang (Serba 3 semuanya kecuali kayu manis ambil setengah batang saja)
  • 1 biji bawang merah ( hiris nipis)
  • 1 ulas bawang putih ( hiris nipis )
  • 1/2 inci halia ( hiris nipis )
  • 2 tangkai daun kari 
PASTE REMPAH 
  • 3 sudu besar rempah kari + bahan tumbuk/kisar tadi + air sedikit. Kacau sebati. 


CARA MENYEDIAKANNYA :
  1. Panaskan minyak cukup untuk menumis bawang dan rempah nanti.
  2. Masukkan bahan tumis. Saya masukan semua sekali gus. Kacau hingga bau harum.
  3. Masukkan paste rempah. Kacau hingga garing. Guna api perlahan dan kacau jangan sampai hangus. Nanti gulai rasa pahit.
  4. Sesudah rempah naik minyak, masukkan ayam dan gaul sebati. Masukkan air sedikit dan kacau.
  5. Masukkan kentang dan kacau sekejap.
  6. Masukkan santan dan kacau. Masukkan air.
  7. Perlahankan api semula dan biar hingga pecah minyak.
  8. Apabila sudah pecah minyak, bolehlah angkat dan hidang dengan roti jala. 

Amacam, ok tak resipi saya ni? jangan baca je tau, korang boleh cuba sendiri resepi ni. Dan jangan lupa untuk guna Kentang US tau, nanti korang sendiri akan tahu bertapa bestnya kentang ni. Apapon selamat mencuba dan selamat berpuasa.

ALIF SATAR ft RAIHAN | SESUNGGUHNYA 2019 TRENDING DI YOUTUBE

$
0
0

Alif Satar, Raihan - Sesungguhnya2019 (Official Muzik Video)
  • Composed by Nazrie Johanie 
  • Lyrics by Nazrie Johanie 
  • Produced by The Locos Recorded, Mixed and Mastered by Taja (Archive Studio)

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu

Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu

Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukurku adalah milik Mu


TIPS PILIH BUAH DURIAN | CARA BELI DURIAN YANG BAGUS

$
0
0
Buah Durian_ sumber photo remaja.my

Mesti ramai diantara kita peminat tegar durian kan? Kalau saya nak kata minat tu tidak la, tapi nak makan tu boleh. Untuk pengetahuan korang, buah durian ni mempunyai banyak jenis ada D101, D24, Raja kunyit, Durian Udang Merah dan banyak lagi. Jadi setiap jenis berlainan size, kulit dan juga harga yang berbeza.

Memandangkan ramai kat luar sana tak tahu cara untuk memilih buah durian yang bagus semasa nak beli, article kali ni saya nak kongsikan dengan korang berkenaan TIPS PILIH DAN BELI BUAH DURIAN.

1)Lihat Tangkai

Durian yang elok adalah durian yang masak dan jatuh dari pokok secara natural. Durian yang jatuh dari pokok, tangkainya akan bergerigi. Jika tidak, ia kemungkinan durian yang sudah dipetik sebelum ia masak dan disimpan terlebih dahulu.

Nak tahu isi tebal atau tidak? Korang kena cungkil kulit tangkainya dengan kuku, jika ianya terasa tebal, maka isi dalamnya juga Insyaallah tebal. Nak tahu isi kuning atau tidak? Korang tengok dibahagian dalam kulitnya. Jika kuning maka isinya juga turut berwarna kuning.

Tapi berhati-hati ya, ada juga sesetengah penjual mencelup durian dalam pewarna kuning untuk memastikan tangkainya berwarna kuning.

2) Lihat Duri Durian

Sekiranya kulit berduri jarang dan besar-besar, maka durian itu berisi padat. Jika duri durian itu kecil dan berjarak dekat, isi durian itu pasti lembik dan kurang padat. 

3) Lihat Kulit Durian

Jangan pilih yang sudah retak atau durian yang sudah pecah di hujungya. Ini kerana, durian yang sudah pecah kebanyakannya sudah tidak elok dan berasa masam. Tapi, durian ini sesuai untuk dijadikan sebagai tempoyak.

4) Pilih Yang Ringan

Kenapa pula harus memilih durian yang ringan? Ini adalah kerana, durian yang berat kebiasannya masih mentah, ataupun isinya sudah berair , busuk dan sudah tidak elok lagi.

5) Goncangkan

Pegang buah durian dengan meletakkan kedua tapak tangan pada buah durian , pegang dengan erat dan goncang perlahan-lahan. Jika korang dapat merasakan getaran kecil, ia bermakna isi durian itu matang dan kering. Isi yang kering ini akan terpisah dari kulit durian , manakala isi yang lembab, lunak, berlemak akan melekat pada dinding kulit durian. Ini tips untuk memilih isi durian yang berkualiti

6) Pilih yang ada 5 pangsa

Apa itu pangsa? Korang lihat dari permukaan kulit durian, ia kelihatan garis dari bahagian atas sampai bahagian bawah. Durian yang bagus dan elok, ada 5 pangsa dan isinya lebih banyak berbanding durian lain yang mempunyai 6 pangsa atau lebih. 

7) Pilih yang Bulat

Durian yang bentuknya bulat bermkasud isinya besar dan banyak. Durian yang berbentuk bujur pula kebiasannya mempunyai isi sedikit sahaja. Durian berbentuk lonjong pula isinya lebih manis dan sedap. 

9) Cium Bau Durian

Kenapa harus cium? Ini kerana, durian yang berbau kuat kemungkinan buahnya besar, manis dan matang. Jadi nak pilih durian, kena cium bau durian tu dulu tau! Kalau tiada bau, durian itu mungkin masih belum masak dan isinya sudah masuk angin. Bila masuk angin, isi akan jadi tawar hambar.

Sekian saya perkongsian saya berkenaan TIPS PILIH DAN BELI BUAH DURIAN . Sumber artikel ini adalah dari forum Cari.

RESIPI MENU YANG SESUAI UNTUK BERBUKA PUASA

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat korang semua. Untuk artikel kali ni saya nak kongsikan dengan korang resipi-resipi mudah dan terbaik yang korang boleh cuba untuk menu buka puasa korang yang dikongsikan oleh rakan-rakan blogger kita. Jadi untuk resipi-resipi berbuka puasa yang terbaik, korang boleh tekan pada link-link di bawah ni.

Amacam, best tak menu-menu diorang? Jadi apa tunggu lagi, dah boleh ke dapur tu untuk cuba resipi menu-menu untuk berbuka ni. 

SIHAT BERTENAGA DI BULAN PUASA DENGAN PATI IKAN HARUAN HARWANY

$
0
0

Persediaan untuk menghadapi bulan ramadan sangat penting bagi saya. Nak nak sekarang ni cuaca panas yang agak melampau. Agak-agak mampu ke kita untuk bertahan kekal bertenaga sepanjang hari sehingga berbuka puasa?

Oleh sebab itu, tahun ni saya cuba consume produk Pati Haruan Harwany. Produk ni merupakan Pati Haruan dengan campuran Gamat. Seperti semua orang tahu, kedua-dua bahan ni sangat bagus dan mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh badan kita. Dengan gabungan kedua-duanya, sudah semestinya saya akan dapat pelbagai khasiat dalam satu hidangannya.

  • Ikan Haruan | Protin yang terdapat dalam Pati Ikan Haruan Harwany baik untuk meningkatkan daya keupayaan dan memperbaiki tisu badan kita.
  • Gamat | Sangat bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi badan, meningkatkan peredaran darah, menggalakkan kecergasan, dan rupa kulit.

Tidak seperti produk pati haruan lain, Pati Haruan Harwany ni tidak berbau hanyir dan boleh di consume oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Jadi korang tak perlu takut korang tak boleh telan sebab rasanya sangat biasa dan tidak pelik. Produk ini juga tidak mengandungi kolesterol, lemak, pengawet dan perasa tiruan

Cukup ambil 2 hidangan iaitu satu (1) pada waktu sahur dan satu (1) lagi pada waktu berbuka, Insyaallah korang akan sihat bertenaga sepanjang hari walaupun berpuasa.

Untuk pengetahuan korang, selain dari gamat, Pati Ikan Haruan Harwany mempunyai empat jenis perisa lain seperti Pati Ikan Haruan Asli, Pati Ikan Haruan Ginseng Amerika, Pati Ikan Haruan Gamat dan Pati Ikan Haruan Aloe Vera. Setiap perisa memberi kebaikan dan berfungsi tersendiri.

Bagi korang yang berminat untuk cuba, korang boleh beli Pati Ikan Haruan Harwany Malaysia ni di farmasi dan pasaraya tertentu ataupun secara online. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Pati Ikan Haruan Harwany Malaysia korang boleh follow instagram mereka dihttps://www.instagram.com/harwany.malaysia/ (@harwany.malaysia).

MADLEY LAGU RAYA A CAPPELLA | COLOUR OF VOICES

$
0
0

Raya dah dekat, jom kita dengar madley lagu-lagu raya yang dari kumpulan Colour of Voices. Apapon video ni merupakan rakaman madley lagu raya mereka pada tahun lepas  (2018). 



Dah lama saya follow kumpulan Colour Of Voices ni. Semu lagu-lagu yang diorang cover memang best. Sangat harmoni dan merdu di dengar. Apapon Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua.

Nak tonton dan dengar cover lagu best-best dari diorang, korang boleh follow diorang di facebook https://www.facebook.com/COVMalaysia.

WeChat Pay | BANYAK PROMOSI DAN GANJARAN SEPANJANG RAMADAN

$
0
0

Ramai diantara kita pernah install dan daftar aplikasi WeChat sebelum ni kerana ianya pernah viral sebagai salah satu aplikasi komunikasi pertama dengan pesanan ringkas suara pada beberapa tahun yang lalu. Kini aplikasi ni bukan sekadar untuk komunikasi je tau, macam-macam yang best ada termasuk WeChat Pay.


WeChat Pay MY

Untuk pengetahun korang, aplikasi WeChat bukan hanya sekadar aplikasi komunikasi sahaja kerana aplikasi WeChat ini juga ada menambah fungsinya mewujudkan platform perkhidmatan pembayaran ‘online’ dan ‘offline’ (mobile wallet) yang di panggil WeChat Pay. Jadi dengan adanya WeChat Pay ni, kita tidak memerlukan duit di dalam poket dan wallet kerana semua urusan pembayaran akan berlaku secara elektronik (cashless).

Tebus kupon khas Starbucks & Hari-Hari sempena Ramadan & Hari Raya

Ada berita baik untuk korang sebagai pengguna WeChatni. Dengan menggunakan WeChat Pay, mereka ada menawarkan beberapa offer sempena Ramadan dan Aidilfitri ni. Nampak memang sangat berbaloi-baloi. Sebab tu saya sendiri sanggup nak kongsi berita ni dengan korang semua.



Sebagai ganjaran untuk pengguna sepanjang bulan Ramadhan ini, WeChat Pay MY menawarkan dua tawaran hebat daripada Starbucks dan Hari-Hari kepada pengguna. Promosi perayaan khas yang sedang berlangsung akan menyaksikan pengguna WeChat Pay MY yang bernasib baik menikmati kupon serta paket wang melalui ciri 'Shake Bonus'

Korang sebagai pengguna WeChat Pay akan dapat ganjaran ni bila dah login ke laman FB rasmi WeChat Pay MY di www.facebook.com/WeChatPayMY.official/. Jadi ini cara mudah untuk korang dapatkan kupon tersebut dalam dompet WeChat Paykorang:
  1. Pertama, korang login ke laman FB rasmi WeChat Pay MY. Scroll ke bawah sampai jumpa kod bar Hari-Hari untuk diimbas.
  2. Imbas kod QR tu untuk dapatkan kupon tunai RM5. Boleh digunakan untuk perbelanjaan minimum sebanyak RM10.
  3. Untuk promo Starbucks, kalau korang belanjakan sebanyak RM8, korang akan dapat diskaun RM5 daripada harga minuman yang korang order pada bila-bila masa. Korang hanya perlu pergi ke Starbucks yang terdekat dan tebus hadiah korang ya.
Kalau korang tak faham cara untuk tebus kupon khas Starbucks dan Hari-Hari dengan WeChat Pay? Korang boleh tengok dan follow step bergambar seperti kat bawah ni.

cara untuk tebus kupon khas Starbucks
cara untuk tebus kupon khas Hari-Hari

Lebih banyak kupon dengan Shake Bonus, goncang smartphone korang! 

Sempena promosi Ramadan dan Hari Raya ini, WeChat Pay nak bagi peluang untuk korang dapatkan kupon tambahan bernilai sehingga RM9.90 tau. Cara yang sangat mudah! Dengan hanya perlu berbelanja minimum RM8 di Starbucks atau RM10 di Hari-Hari, lepas tu tunggu Shake Bonus daripada WeChat Pay.


Setiap kupon yang korang dapat hanya sah selama 14 hari bermula dari hari korang dapat kupon tu. Hanya satu kupon sahaja boleh dipakai untuk satu transaksi. Jika kupon dalam dompet WeChat Pay dah lebih daripada satu. Maksudnya kupon tu dah banyak terkumpul, kupon dengan nilai tertinggi akan digunakan dulu secara automatik ya. Kalau lebih daripada satu kupon yang bernilai sama, kupon yang hampir expired pula akan digunakan dulu.

Pada korang yang dah menang kupon, nilai kupon akan ditambah kepada kredit yang sedia ada dalam dompet WeChat Pay. Kupon akan expired kalau korang tak buka, jadi kalau tak nak rugi macam tu je sila pastikan sentiasa buka kupon yang korang dah menang.

Ni pula saya kongsikan cara untuk korang nikmati Shake Bonus dengan WeChat Pay. Tengok atau rujuk gambar kat bawah untuk lebih faham ya.

Starbuks

Hari Hari

Jadi apa tunggu lagi, jangan lupa guna kupon yang korang menang tu. Terus pergi ke Starbucks dan Hari-Hari yang terdekat dengan korang.

Bagi Duit Raya Melalui Aplikasi WeChat Pay

Jadi tiada alasan lagi kalau tak dapat balik beraya bersama keluarga di hari raya ya kerana korang masih boleh mengekalkan tradisi memberikan ‘Duit Raya‘ kepada keluarga dan saudara-mara dengan menggunakan aplikasi WeChat Pay ni. Anda tak perlu risau lagi tentang sampul raya apabila segala-galanya kini berada di hujung jari je. 

Panduan Langkah-demi-Langkah Duit Raya

Untuk Menghantar
  1. Pilih siapa yang akan menerima Duit Raya daripada anda dan pilih ciri Paket Wang pada aplikasi WeChat anda
  2. Masukkan jumlah yang ingin anda hantar dan sertakan mesej khas buat insan tersayang anda
  3. Pilih sampul Paket Wang anda
  4. Hantarkan Duit Raya anda
  5. Penerima kini boleh membuka paket wang mereka dan amaun itu akan ditambah kepada kredit sedia ada mereka

Duit Raya Diterima
  1. Setelah anda menerima Duit Raya anda, klik tab buka
  2. Anda telah menerima Duit Raya anda.


Setelah membuka Duit Raya, ia akan dimasukkan ke dalam baki dompet & baki dompet boleh dikelurkan balik ke akaun bank korang dalam masa 3 hari bekerja.

Aplikasi ini boleh dimuat turun sekarang untuk pengguna Android dan iOS. Jadi apa tunggu lagi, kalau belum install korang boleh download di WeChat.com untuk dapatkan tawaran hebat ini . Jangan lupa untuk layari Facebook WeChat Pay untuk sebarang info terkini.

AFY HANIFF D'MENC FABRIC & AIR FRESHENER

$
0
0

AFY HANIFF D'MENC FABRIC & AIR FRESHENER | Siapa kat sini tak nak rumah dan kereka dia berbau harum sentiasa kan? Nak pula bila dah nak dekat raya ni, kalau tak mampu nak beli sofa, karpet baru saya cadangkan korang guna je produk wangian dan penyegar udara keluaran Afy Haniff iaitu D'menc Fabric Freshener dan D'menc Air Freshener keluaran Afy Haniff.


Dah lama saya ni menggunakan produk keluaran Afy Haniff ni. Kalau sebelum ni, mereka cukup popular dengan produk untuk halau serangga Serai Wangi, dan selepas itu mereka keluarkan produk wangian dan penyegar udara. Untuk pengetahuan korang, produk yang terbaru ni merupakan produk yang telah di naikkan kualitinya dari produk sebelumnya.



D'menc Fabric Freshener


D'menc Fabric Freshener merupakan penyegar khas untuk fabrik. Kalau dulu nama produk yang similar dengan yang ni adalah D'menc Fabric Wangi tapi sekarang dah bertukar kepada D'menc Fabric Freshener. Pembaharuan kali ni wangiannya lebih kuat dari sebelumnya. Untuk D'menc Fabric Freshener ni ada 4 pilihan wangian semuanya iaitu :
  • Calming Lavender
  • Breezy Vanilla 
  • Refreshing Lemon Tree
  • Romantic Strawberry
Selain wangiannya yang lebih kuat dari yang lama, D'menc Fabric Freshener juga diperbaharui dengan Malodour Counteractant Technology yang mampu meresap jauh ke dalam fabrik, mampu menghapuskan 99.9% bakteria serta bau yang kurang menyenangkan dan menggantikan dengan bauan yang wangi. Walaupun ia berbentuk semburan tapi jangan risau, ia takkan meninggalkan kesan kepada fabrik. Jadi tak perlu risaulah fabrik kita rosak nanti.


Cara penggunaan :
  1. Putarkan penutup semburan kepada tanda ON
  2. Sembur ke arah fabric dari jarak 20cm
  3. Keringkan fabric dengan baik selepas semburan
  4. Selepas penggunaan putarkan penutup kepada OFF
  5. Boleh digunakan berulang kali untuk kekal wangi dan segar.

D'menc Fabric Freshener ni sangat sesuai untuk disembur pada langsir, sofa, karpet, kasut, cadar, pakaian, topi keledar, kusyen kereta. Macam aku biasanya sembur di langsir dan pakaian. Saiz botol D'menc Fabric Freshener ni adalah 650ml.

D'menc Air Freshener


D'menc Air Freshener ni bau dia sangat wangi, ia juga tahan lama tau sebab kandungannya mempunyai pati haruman yang kuat. Satu botol D'menc Air Freshener ni boleh tahan hingga 60 hari (2 bulan). Sangatmenjimatkan. Kalau produk yang dulu ada hanya 4 pilihan tapi kini D'menc Air Freshener ada 8 pilihan wangian seperti :
  • Green Apple - Fresh Green
  • Tutty Fruity - Sweet Scent
  • Vanilla - Cool Air
  • Autumn - Odour Neutralizer
  • Pandan Leaves - Feel The Nature
  • Lavender - Exclusive Air
  • Sparkling Lemon - Fresh Scent
  • Honeydew - Morning Dew


Cara penggunaan :
  1. Buka penutup kayu
  2. Buka penutup keselamatan (stopper)
  3. Pasangkan semula penutup kayu
  4. Terbalikkan hingga nampak penutup kayu bertukar warna lebih gelap
  5. Ulang proses terbalikkan botol jika bau telah berkurang
D'menc Air Freshener ni sesuai untuk diletakkan di kawasan ruang makan, dapur, tandas, bilik tidur, dalam almari, dalam kereta. Ya, aku letak dalam bilik tidur, tandas dan dalam kereta. memang wangiiiii. Saiz D'menc Air Freshener ni  adalah 60ml.

Macam-macam pilihan bauan ada kan? Pilih je yang mana berkenan. Untuk D'menc Fabric Freshener,  saya lebih gemar pewangi Breezy Vanilla  dan Refreshing Lemon Tree. Bauan dia fresh je. Kalau yang lain tu bau dia agak manis sikit. Masing-masing ada citarasa tersendiri kan. Yang suka fresh boleh pilih dua wangian ni. Yang suka bau manis-manis boleh pilih wangian Romantic Strawberry tu.

Bagi mereka yang sangat titik beratkan tentang bahan-bahan yang terkandung dalam pewangi ni. Korang tak perlu risau dan was-was kerana Afy Haniff adalah produk tempatan dan mempunyai logo halal. Maknanya mereka tidak menggunakan bahan terlarang dan selamat digunakan. Ha, jangan tak tau, Afy Haniff juga merupakan salah satu penaja dalam rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan.

Kat mana nak dapatkan produk D'menc Fabric Freshener dan D'menc Air Freshener ni? Kedua-dua produk ni ada dijual di Giant, Tesco, Aeon Big, Mydin, The Store, Jaya Grocer, Pasaraya Hero dan beberapa pasaraya yang lain. Ia juga boleh dibeli secara online di Lazada, Shoppe dan 11Street. Jadi apa tunggu lagi, jom kita dapatkan wangian D'menc Fabric Freshener dan D'menc Air Freshener dari Afy Haniff. Info lanjut boleh rujuk di bawah ni ya :


Website :

Facebook :

Instagram :
Viewing all 1027 articles
Browse latest View live